Monday, 15 August 2016

Water Theme Park A Farmosa Resort

Antara sebab percutian ke A Farmosa Resort ini terjadi sebab anak kedua kami Muhammad Asfa asyikla menyebut hendak tidur di hotel dan ingin mandi kolam.



Tidak banyak gambar yang dapat diambil sebab kami simpan telefon di Locker. Seronok juga di sini, Water Theme Park A Farmosa Resort ada menyediakan:
  • sewaan tiub (pelampung) untuk 'twin' dan 'single'
  • kedai keperluan mandi-pakaian dan sebagainya
  • Bilik salinan dan tandas
  • Surau
  • Kedai makan
  • Gazebo sesuai yang datang dalam family besar
Banyak bahagian yang kami tidak dapat sertai atas faktor keselamatan anak-anak yang masih kecil dan ketingggian tidak melepasi syarat minimum untuk bermain. Antara bahagian yang kami sempat pergi seperti 
  • Kolam Renang Berombak ( Wave Pool)
  • Peluncur Kelajuan Tinggi ( High Speed Slide)
          Di sini kami suami isteri bergilir-gilir meluncur air, sebab kanak-kanak bawah ketinggian
          4 kaki (tidak silapla) tidak dibenarkan untuk sertai permainanan ini.
  • Family Raft Slide
         Kemain seronok anak saya yang berumur 6 dan 4 tahun sebab boleh serta saya dalam 
         permainan luncur air ini. Tiubnya lebih besar boleh memuatkan 5 orang.
  • Kids Adventure Pool
        Di sinilah kami berlama, di mana tempatnya sesuai untuk kanak-kanak mandi dan bermain. 
        Selepas itu kami kembali ke Wave Pool yang memang semakin meriah dengan pengunjung.

Selepas zohor kami bersiap-siap untuk ke Safari Wonderland. Sempat kami singgah bersolah zohor di surau yang disediakan.

 Muslimah bersolat di bahagian bertabir dan muslimin bersolat di bilik lain yang lebih kecil. Sekiranya kawasan dilarang bersepatu pasti lebih bersih.


Pintu masuk surau


Ruangan wuduk yang lebih terbuka.

Sekiranya bercuti di Melaka jangan lupa singgah di Water Theme Park A Farmosa Resort. Percutian bercuti bersama keluarga pasti menyeronokkan, in shaa Allah.



No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...