Kredit: Noorhayati Abdul Rahim
Alhamdulillah baru sahaja selesai menyiapkan 'task' pertama daripada Puan Masayu Ahmad dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Diperkenalkan oleh sahabat selepas saya mengadu blog sudah lama tetapi jualan masih kurang.
Task pertama selepas membuat entri perkenalan ialah menyiapkan 44 entri berfokus dalam tempoh 20 hari bermula 31 Julai 2016. Alhamdulillah syukur selesai semalam entri yang ke 44 pada 18 Ogos 2016.
Sepanjang menyiapkan entri ini, saya sebenarnya menjadi orang yang lebih peka pada suasana sekeliling. Setiap momen saya akan ambil gambar supaya ada sesuatu yang dapat saya ceritakan dan tulis di blog saya.
Ia sebenarnya mengajar saya untuk lebih berdisiplin dan konsisten menulis di blog supaya blog ini nampak lebih segar dan aktif. Secara jujurnya, saya juga tidaklah konsisten dalam menulis kerana kekangan aktiviti harian yang kadangkala menghalang saya membuka laptop di rumah dengan kehadiran anak-anak. Tetapi in shaa Allah apabila ada target 20 hari ini, saya tetap akan usahakan juga hingga selesai.
Kadangkala apabila idea datang saya terus menulis di blog melalui telefon dan 'publish' seperti yang diajar Puan Masayu Ahmad. Apabila berkesempatan barulah saya edit semula dengan ayat yang lebih formal. Bertuahnya saya sebab saya sudah mempunyai blog sebelum ini, jadi saya akan ambil sumber dari blog lama saya dan edit cara penulisan sekiranya berkaitan dengan fokus penulisan saya kali ini.
Satu lagi perkara yang saya ibu anak tiga ini amalkan, sekali saya buka laptop saya akan pastikan saya akan 'publish' sekurang-kurangnya 3 entri. Supaya boleh imbangi semula hari-hari yang saya tidak dapat menulis entri baru. Kadang-kadang idea ada tetapi keperluan menaip yang mengambil masa menyebabkan saya perlukan masa yang betul-betul terluang seperti hari cuti dan sewaktu anak-anak sudah tidur.
Harapan saya melalui Kelas Asas dan Penulisan Blog ini saya akan mampu menulis di blog dengan lebih baik beserta pengisian yang bukan hanya bermanfaat kepada bisnes saya tetapi juga buat pembaca blog Diari Santai Sihat Berinformasi. Terima kasih buat Puan Masayu Ahmad dan ABDR sendiri dalam membimbing saya dalam meningkatkan gaya penulisan. Sesungguhnya ini baru hanya permulaan, in shaa Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manfaat Vitamin C Shaklee
Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...
-
1. Apa ESP tu? Energizing Soy Protein iaitu minuman yang membekalkan tenaga segera dan ia kekal dalam tempoh yang lama. 2. Siapa boleh min...
-
Teks: Noorhayati Abdul Rahim Assalamualaikum dah lama tak update blog. Ok saya nak kongsi beberapa keistimewaan Vitamin C yang orang luar be...
-
Teks: Noorhayati Abdul Rahim Minggu lepas sekolah kami menerima kehadiran kunjungan dari Jabatan Bomba bagi mengadakan latihan kebaka...
No comments:
Post a Comment