Thursday 28 May 2020

Alfalfa Shaklee membantu untuk kurus?

Teks : Noorhayati Abdul Rahim







ALFALFA : RAJA SEGALA TUMBUHAN

"Memberi 1001 Khasiat Untuk Kesihatan Dalaman"





Penerangan Produk

Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.*

Disebabkan kemampuan akar Alfalfa boleh menyerap nutrien sedalam 6 meter bawah tanah menjadikan ia terkandung 1001 khasiat herba.

Keistimewaan Alfalfa Shaklee

Alfalfa Complex Shaklee Malaysia adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950’an.

>Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California, Shaklee menuai Alfalfa semasa di puncak kematangan – semasa berumur 2 tahun, untuk memastikan anda memperolehi kandungan nutrisi sebaik mungkin.

>Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California, dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet Alfalfa.

Shaklee tiada ladang sendiri sebabnya bahan mentah Shaklee adalah yang terbaik dari seluruh dunia. Jadi lebih baik fokus tentang penyelidikan R&D produk berbanding jaga ladang.

Pernah sekali Shaklee reject beribu-ribu tan daun Alfalfa dari pembekal sebab dicemari racun perosak. Racun perosak ni pula bukan ladang tu guna tetapi bawaan dari hujan dan angin.

Bayangkan kalau shaklee ada ladang sendiri takkan dorang nak reject kan. Itu pun berebut-rebut company lain beli daun Alfalfa tu sebab dorg tahu kualiti yang Shaklee tetapkan tersangat tinggi.


Alfalfa Shaklee ada 2 packaging tau

Saiz S ada 330biji

Saiz L ada 700biji


Memandangkan 1 keluarga ambil Alfalfa jadi ambil botol besar iaitu Saiz L ada 700biji sangat jimat dan berbaloi.

Saya sendiri memang makan Alfalfa Complex ini. Bantu badan segar dan lawas. Lebih jimat makan botol besar.


Sekali telan memang 10 bj (maksimum 10bj sehari) makan dengan Peppermint buang angin memang๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Pinjam gambar kawan. Ini antara kandungan dalam Alfalfa complex




SIAPA PERLUKAN ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Sebab ianya boleh di ambil oleh semua golongan iaitu lelaki dan wanita namun dos pengambilan mengikut tahap kesihatan masing-masing dan fokus anda sendiri.


✅ Keputihan

✅ Menopous

✅ Ibu menyusu

✅ Wanita dalam pantang

✅ Dalaman wanita

✅ Gastrik

✅ Obesiti

✅ Alergik

✅ Angin dalam badan

✅ Sembelit

✅ Kesuburan

✅ Perapat Wanita

✅ Menyahkan toksik

✅ Masalah resdung

✅ Lebih bertenaga


Best betul Alfalfa ni tau siapa yang belum bertukar kepada jamu moden ini teramatlah rugi.


Alfalfa ni sifat dia alkali tau. Sebab itu bile badan kite berasid, buat kite rse lemah, sakit, lesu dan seangkatan dengannya. Jadi bile alkali bergabung dengan asid ia akan naturalkan balik dalaman badan kite. Jadi kalau badan cepat letih lesu bolehlah cuba jamu semulajadi Alfalfa ini. Disebabkan Alfalfa Shaklee ini bertindak sebagai agent detoks, ia boleh membantu mencuci mendapan toksin lemak dalam badan kita. Sekaligus bila dinding kapilari darah, usus dah bersih mudahlah bahan-bahan baik nak diserap dalam badan. Proses untuk kurus dan turun berat badan itu lebih lancar dan mudah in shaa Allah.


Alfalfa boleh melawan alergi dengan izin Allah. Contoh mereka yang kulit sensitif ke gatal hidung sebab habuk dan kotoran boleh cuba Alfafa Shaklee ini.


Kalau kite jenis mudah kembung perut macam saya memang best sangat Alfafa ni. Sembelit memang xdelah, hari-hari membuang adalah.


Ini kire produk bajet, biasa Omega Guard (minyak ikan) bantu singkirkn kolestrol selain Phytocol-ST. Tapi Alfalfa Shaklee ini ada saponin bahagian berserat yang bertindak macam span serap kolestrol daripada masuk ke dalam darah kita.


Membantu mengurangkan risiko kanser . Badan cepat letih boleh cuba Alfalfa complex ni.


Alfalfa ni memang popular di kalangan ibu menyusu. Ia dikenali sebagai milkbooster. Produk pertama saya beli dengan Shaklee masa hamil 8 bulan anak no 2 tahun 2012. Lepas tu saya sambung dengan set penyusuan termasuk Alfalfa Shaklee sebagai milkbooster.



Ini stok EBM anak saya no 3. Gambar masa anak no 2 tak jumpa pulak.Alhamdulillah Allah izin penuh deep freezer.

Pengalaman ini saya tak rasa masa anak sulung mungkin tidak bersedia.


Stok ni sebelum saya naik kerja cuti 3 bulan. Masa nak kemas deep freezer keluarkan stok EBM sikit. Alhamdulillah rezeki sehingga anak ke 4 dapat bekalkan susu ibu untuk anak-anak.



Biasa orang cari Alfalfa complex untuk masalah resdung dan keputihan.



Disebabkan Alfalfa ni agent detoks jadi ia membantu badan detoks toksin dalam darah , minyak sebum sebagainya yang mengaktifkan penghasilan jerawat.

Saya nak kongsi testimoni customer saya yang dah cuba Alfalfa Shaklee ini.


Customer saya ni ada cyst. Awalnyer dia cuba Alfalfa complex dengan GLA complex (kawal hormon) alhamdulillah dia kata doktor bagitahu cyst dia akhirnya pecah.

Alfalfa , GLA dan Zinc ni ada dalam set kesuburan untuk ikhtiar hamil.

Sebab Alfalfa Shaklee ini kan ada 1001 khasiat herba jadi memang baik untuk dalaman wanita in shaa Allah.


Customer ini anak dara lagi cuba Alfafa dengan Garlic (antibiotik semula jadi) kemain wow dan teruja sangat dia bile dah tiada keputihan.


Ini regular customer saya belikan Alfalfa untuk anak buah dia yang alami masalah kulit berjerawat.

Bersih katanya pipi anak buah dia selepas amalkan Alfalfa Shaklee ini.


Ini customer saya pun muda lagi alami masalah resdung. Dia cuba Alfalfa jerawat makin kurang, gatal hidung pun sudah berkurang dan paling yang best  senang membuang katenya dengan kata lain Alfalfa Shaklee membantu untuk lawas.


Mencari Produk Shaklee?


SMS/WhatsApp: 0173737174

Instagram: shakleemelaka_by_yatty







Monday 25 May 2020

Vitamin C Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni saya nak kongsi tentang Vitamin C Shaklee dan kenapa ramai orang suka sampai out of stock di HQ. Kita lihat apakah berbeza Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C jenama lain.




Sebiji tablet Sustained Release Vita-C Plus bersamaan dengan 7 biji setengah oren

iaitu untuk mendapatkan 500mg Vitamin C sehari laratkah kite nak makan 7 biji oren?

Rasanya ada yang mau termuntah telan limau bebanyak.

Vitamin C Shaklee juga dikenali sebagai Asid Askorbik dan ia larut air. Tidak berlaku ketoksikan badan kalau ambil berlebihan sebab ia akan keluar melalui urin dan mungkin alami cirit birit .


Anak saya semua suka sangat vitamin C Chewable khas untuk kanak-kanak. Pernah anak kene cirit birit. rupenya kantoi dia pergi makan dekat setengah botol chewable C. Alhamdulillah xde ape-ape.


Chewable C vitamin untuk kanak-kanak kepekatannya ialah 100mg sebiji dan anak-anak hanya perlu makan 1 biji sahaja sehari.



Kalau perasan pada botol Vitamin C ada tulis Sustained release kan.


Itu bezanya vitamin C shaklee dgn vitamin C jenama lain. Setiap jam 1 tablet Vitamin C hanya membebaskan 100mg vitamin C dalam darah pada satu-satu masa. Jadi satu tablet 500mg itu habis terbebas dalam darah dalam masa 5 jam


Jadi kalau orang yang sakit sangat dan alami demam selesema ke boleh amik 1 tablet untuk setiap 5 jam.


Dan ingat JANGAN PATAHKAN VITAMIN C SR ni!!!


Nutritionist Shaklee bagitahu kalau kita patahkan tablet Vitamin C Shaklee, sistem 'Sustained Release' itu sudah tiada. Jadi rugilah kalau makan, serap sikit, selebihnya keluar ikut urin/ air kencing. RUGI kot.


Dalam vitamin C Shaklee, bukan sahaja ada asid askorbik. Ia juga ada bioflavonoid.


Apa benda alah ni?


Bioflavonoid ini adalah pigmen dari buah-buahan sitrus. Sebab ada bioflavanoid ini ia bantu penyerapan Vitamin C dalam darah kite lebih optimum


Ada ibu hamil alami Hb low, amik iron dengan Vitamin C memang membantu juga tingkatkan penyerapan. In shaa Allah.


Sekarang kita tengok pula apakah manfaat Vitamin C Shaklee ini kepada pengamalnya.



Kita tahukan kos nak dapatkan kolagen di luar mahal. Takpe kite amalkan sahaja Vitamin C Shaklee ini. Bukan sudah berumur baru nak amalkan tetapi mulalah daripada sekarang.



Ia merangsang penghasilan kolagen yang mana kita tahu kolagen ni membina otot-otot kulit kite supaya tegang dan kurang kedut. Kolagen juga membantu dalam pembentukan kuku, rambut dan tulang kite.


Nak awet muda mohler cuba vitamin C Shaklee ini amalkanlah selagi ada hayat in shaa Allah kesannya orang sekeliling kite yang nampak.


Vitamin C membantu penyembuhan luka lebih cepat, gusi berdarah biasa ibu-ibu hamil alami dan lebam-lebam pelik keluar kat kulit.



Vitamin C Shaklee memang diketahui membantu meningkatkan daya tahan badan kepada penyakit


Sebab tu masa musim covid ini memang masyaAllah hari-hari orang tanya Vitamin C.

Even doktor pun cadangkan kite amalkan Vitamin C untuk tingkatkan daya tahan badan pada penyakit.


Kalau kite tengok mereka yang sihat daripada covid asbab imunisasi badan mereka tinggi. Jadi kite usaha tingkatkan imunisasi badan kite. Selainnya kite doa dan tawakkal pada Allah

Ini antara usaha kite untuk diri dan keluarga.

Kalau ada rezeki bekalkan juga pada mak ayah kite di kampung. Moga Allah izin bantu tingkatkan imunisasi badan mereka.



Selain itu vitamin C ini memang popular sebagai Vitamin Cantik.

Alhamdulillah ramai customer memang puas hati dan repeat order Vitamin C Shaklee ini.

Ada yang alami jerawat berpasir, datang repeat order dah takde jerawat dia. Ada yang gelap sebab training askar, repeat order sebab muka sudah semakin cerah.

Ada yang jatuh cinta sangat sampai promote pada kawan-kawan dan saudara mara.


Vitamin C Shaklee juga membantu masalah mereka yang sukar tidur.
Sejak akhir-akhir ini, memang ramai customer alami anxiety disorder.
Antara simptomnya mereka alami stress, sukar tidur dan kebas-kebas tangan.


Vitamin C juga memperbaiki dalaman kita. Kurang kolestrol dan kapilari darah yang sihat akan membantu mengurangkan risiko sakit jantung, stroke dan darah tinggi in shaa Allah.


Kita tahu serangan kanser asbab radikal bebas yang terbentuk apabila kite tertekan, tak jaga makan dan seangkatan dengannya.

Untuk mengurangkan risiko kanser kita dicadangkan amalkan VITAMIN A,C dan E.

Vitamin C antara dalam kumpulan ini yang bertindak sebagai antioksida. Ia bantu meneutralkan radikal bebas dalam badan kite.

Okay sekarang kite tengok testimoni Vitamin C Shaklee daripada customer saya sendiri.


Adik ni amik vitamin C sebagai persediaan dia dan suami nak menunaikan umrah Februari lepas tak silap. Dia sudah amalkan vitamin C bulan Disember.

Sebab dia tengok ada saudara dia amalkan vitamin C balik umrah sihat dengan izin Allah.

Dia dan suami alami demam dan selsema cepat baik alhamdulillah.


Ini customer saya yang bagi naak dia vitamin C dan Vitalea

Alhamdulillah ank dia sebelum tu selalu lesu, alami sembelit bagai. Lepas amalkan Vitamin C dan Vitalea (multivitamin) alhamdulillah teruja dia kongsi testimoni dengan saya.


Ini customer saya yang dia suke sangat vitamin C Shaklee sebab kulit dia semakin cerah dan glowing.
Putih melepak dia kata.


Ha ini testimoni Vitamin C Shaklee parut hilang, jerawat pun malu nak naik.


Ini bukan customer saya tetapi ada yang kongsikan di group.
Memang nampak sangat beza kulit gelap jadi cerah kan.


Kalau tak nak makan suplemen sangat saya cadangkan  Vitamin C ini janganlah tinggal.
Sebab nikmat sihat tidak boleh nak ditukar ganti dengan duit yang banyak pun.

Mencari Produk Shaklee?








SMS/WhatsApp: 0173737174




Instagram: shakleemelaka_by_yatty

Sunday 24 May 2020

Alfalfa Shaklee sebagai agent detoks

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Assalamualaikum. 2 Syawal hari ini. Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Walaupun raya kita tahun ini jauh berbeza namun kita syukuri nikmat sihat dan aman yang Allah berikan pada kita dan keluarga kita.



Sebulan kita berpuasa menyingkirkan toksin dan membakar lemak sebagai proses semulajadi yang Allah izinkan pada kite berlaku dalam tempoh sebulan Ramadhan.

Tetapi apabila masuk musim raya mulalah semua lupa nak jaga makan asbab nikmat makan diperolehi itu digunakan sepenuhnya tanpa rasa bersalah. hihihi

Jadi apakah pilihan yang Shaklee bagi agar kita bukan sahaja dapat makan apa yang kita mahu makan dalam masa kita juga menjaga kesihatan kita.



Set Detoks Shaklee terkandung Alfalfa Shaklee dan Herblax Shaklee. Kedua-dua produk ini juga terdapat di dalam set kurus Shaklee kerana ia membantu menyingkirkan toksin dan lemak badan.

Alfalfa mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Alfalfa Shaklee ini sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.

Apa pula fungsinya Alfalfa Shaklee ini yang popular dalam set kurus Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee ini.

1. Mencuci hati, darah dan usus kerana ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan yang mana Alfalfa Shaklee memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air.

3. Baik untuk sistem penghadaman dengan mengurangkan masalah kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol kerana Alfalfa Shaklee mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan darah tinggi dengan izin Allah.

5. Melawan tumor kerana ia membantu meneutralkan keadaan badan sekaligus memperbaiki sel-sel kanser in shaa Allah.

6. Melegakan keletihan yang merupakan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

7. Mencegah/ merawat atritis .


Apa pula fungsinya Herblax Shaklee yang juga popular dalam set kurus Shaklee.

1. Pembersihan najis yang tersekat kerana ia menggalakkan pembersihan yang lembut.

2. Membantu masalah sembelit.

3. Mengempiskan perut.

4. Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Berikut adalah  9 Herba yang terkandung di dalam Herblax Shaklee yang sangat membantu dalam sistem penghadaman kita.


Ini antara Testimoni Herblax Shaklee.




Set detoks Shaklee ini lebih baik jika diambil bersama Peppermint Ginger Plus yang terkandung 4 jenis Herba iaitu

1. Pudina yang melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut, melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit- birit.

2. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak.

3. Pokok Adas membantu menghilangkan kembung perut. Melegakan sakit perut dan gejala flu serta membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Cekur manis membantu melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan melembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


Antara Testimoni Shaklee


Mencari Produk Shaklee?




SMS/WhatsApp: 0173737174


Instagram: shakleemelaka_by_yatty




Friday 15 May 2020

Jom Shaklee (Welcom Set)

T


Kenapa Shaklee perlu menjadi suplemen pilihan anda? Boleh tonton Video ini.


Bulan ini Shaklee ada menawarkan keahlian percuma kepada mereka yang mendapatkan Welcome Set Shaklee. Dapat diskaun 10% daripada Harga Ahli tau.





Mencari Produk Shaklee?


SMS/WhatsApp: 0173737174

Instagram: shakleemelaka_by_yatty

Testimoni Tonsil dengan Shaklee



Ini sebabnya saya tak boleh nak berhenti berkongsi kebaikan produk Shaklee. Kegembiraan customer tu tak terucap rasanyer.

Iya yang Maha Penyembuh tetap Allah Ya Syaafi'. Bile kite dipilihNya sebagai 'asbab' customer lebih gembira lebih sihat.

MasyaAllah tiada daya upaya tanpa izin Allah.

Pelanggan saya alami tonsil yang menyakitkan . Dengan mengamalkan Omega selepas 3 hari tonsil mengecut dan sakitnya hilang. Alhamdulillh dengan izin Allah customer serasi.


Mencari Produk Shaklee?


SMS/WhatsApp: 0173737174

Instagram: shakleemelaka_by_yatty

Wednesday 13 May 2020

Doa Malam Lailatulqadar

Alhamdulillah kite dah masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan dengan izinNya
 Jom kite baca doa Malam lailatulqadar ini bersama-sama.




Monday 11 May 2020

6 Cara Menangani Ketidakselesaan Semasa Berpuasa



Semasa berpuasa, terdapat kemungkinan kita mengalami ketidakselesaan. Berikut adalah 6 cara untuk menanganinya supaya anda boleh terus bertenaga sepanjang hari!



1. Tidur yang Mencukupi

Tidur yang tidak mencukupi, kandungan nutrien pemakanan dan kehilangan elektrolit boleh menurunkan tahap tenaga. Semasa berpuasa pastikan:
Dapat rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti supaya bangun dengan rasa segar.
Pastikan badan anda terhidrat dengan Performance®.
Rancang makanan anda dan sertakan makanan yang memberi tenaga berpanjangan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder.


Masukkan Coenzyme Q10 ke dalam diet anda untuk meningkatkan tenaga.


                                         

2. Cecair dalam Badan yang Mencukupi

Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan yang berlebihan menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak mendapat cecair yang mencukupi sebelum mula berpuasa dan aktiviti fizikal. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala. Elakkan dehidrasi dengan:
  • Kekal sejuk.
  • Elakkan pendedahan kepada haba yang berlebihan.

  • Ambil Performance® penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan gabungan propietari elektrolit OPTI-LYTE™ dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.


                                    

3. Mengekalkan Berat Badan

Kita mungkin mengalami kenaikan berat badan yang tidak diingini kerana terdapat kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi dengan lemak. Ini menghapuskan manfaat sebenar berpuasa. Kekalkan berat badan optimum dengan:

  • Makan secara sederhana.
  • Mengamalkan tabiat makan yang sihat melalui kawalan diri dan disiplin.
  • Menutup jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang memberikan 19 vitamin dan mineral penting.


  • Urus berat badan anda dengan Cinch® Shake Mix, kaya dengan protein, serat dan kalsium, memberikan manfaat makanan dengan rasa seperti pencuci mulut.


                                           

4. Pencernaan yang Lawas

Ketidakselesaan biasa dihadapi semasa berpuasa adalah sembelit yang boleh berlaku akibat pengambilan cecair dan serat yang rendah. Adalah penting untuk:
  • Minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
  • Kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran.

  • Atur pergerakan usus dengan campuran propietari yang dipertingkatkan yang mengandungi daun senna serta Herblax, dimana secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi.


                                             

5. Tiada Masalah Pedih Ulu Hati

Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Kawal pedih ulu hati dengan:
  • Makan secara sederhana.
  • Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder untuk menguatkan otot perut dan esofagus.

  • Ambil pudina dan halia seperti Peppermint Ginger Plus untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman.


                                               

6. Pilih Makanan yang Sihat Ketika Sahur
Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala. Kurangkan sakit kepala! Pastikan anda:
Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang - pastikan anda bangun untuk sahur.
Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit.






Mencari Produk Shaklee?




SMS/WhatsApp: 0173737174


Instagram: shakleemelaka_by_yatty

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...