Monday, 15 August 2016

Safari Wonderland A Farmosa Resort


Entri percutian kami sekeluarga di A Farmosa Resort bersambung di sini. Antara yang termasuk dalam pakej penginapan kami ialah tiket masuk ke Safari Wonderland. Seronokla anak-anak tengok pelbagai haiwan. Sebelum tu kami berendam di Water Theme Park. Cakap nak pergi tengok 'tiger' barulah mereka semua keluar dari air bersiap untuk ke Safari Wonderland.

Semasa masuk ke Safari Wonderland ini semua sudah kepenatan. Nasib baikla ada perkhidmatan 'truck' untuk bawa kami ke sekitar kawasan Safari Wonderland ini.


Ini rupa 'truck' yang kami naik. Di awalnya pelik juga kenapa 'truck' ini berjaring besi penuh. Terfikir juga takkanlah kami akan masuk ke kawasan haiwan liar pulak. Jom sertai pengembaraan kami bersama 'truck' ini.


Haiwan pertama kami lihat ialah lembu. Jalan dia boleh tahan berbatu-batu, bukan jalan tar tau.


Gajah ini kakinya diikat dengan rantai besi. Teringat cerita gajah yang sejak kecik dirantai kakinya. Ia berusaha melepaskan diri beberapa kali tetapi tidak berjaya. Apabila gajah ini sudah dewasa, walaupun kakinya diikat dengan rantai besi yang sama, dia tidak berusaha lagi untuk melarikan diri. 

Walaupun dari segi logiknya kalau dia lari rantai itu memang akan terputus. Ini antara kisah motivasi yang dikongsikan bagaimana sukarnya seseorang untuk berubah lebih maju apabila mindanya sudah diset yang dia tidak mampu lakukan. Selingan sedikit yer.


Zirafah yang ini si anak. Ada lagi yang lebih tinggi.

Ini paling real kau. Harimau kat sebelah trak je. Kebiasaan kalau kita pergi ke zoo harimau kita hanya lihat dari luar pagar sahaja. Tapi di Safari Wonderland ini memang kami merentasi kawasan harimau ini. Patutla trak ini berjaring besi penuh. Rupanya pengembaraan yang mencabar.


Hah kemain kagum anak-anak tengok beruang ini. Masa ini kami dibenarkan turun trak untuk memberi makan beruang. Beruang ini diberi makan lobak. Selepas masuk trak baru kami merentasi kawasan beruang.
Trak ini tidak membawa kami melawat secara keseluruhannya. Adalah dalam 20 minit bersama trak. Kemudian kami diturunkan di tempat kami mula-mula naik tadi.

Selebihnya kami perlu bereksplorasi sendiri. Berjalan kakilah makna. Kebetulan jam sudah menunjukkan 4 petang. Dalam 4.30 petang  akan berlangsung pertunjukkan Gajah. Jadi kami hanya pergi kawasan sekitar sahaja selain badan yang sudah keletihan.


Ini anak-anak ayam yang comel dan gebu.

Kami masuk ke Reptiles House dan antara haiwan yang kami jumpai di sini


 Ular Albino. Ada pelbagai jenis lagi ular di sini.


Ini King Cobra atau ular tedung. Kami ketuk dinding tu kemain kembang lagi kepalanya nak mematuk.


Buaya pun ada.



Kura-kura ini kemain besar lagi. Tidak ingat apa pula spesisnya.


Kemudian kami keluar ke tempat masuk tadi semula. Sebab Pertunjukkan Gajah akan berlangsung sebentar lagi. Sempatlah anak melihat ayam belanda dan bangau. Angsa juga ada. 

Sebenar banyak bahagian lagi bahagian yang kami tidak lawati seperti Monkey Island sebab badan betul-betul sudah keletihan. Begitu juga anak-anak.


Sebelum berlangsung Pertunjukkan Gajah.


Saya memang kagum dengan persembahan dari 5 ekor gajah dan pelatih mereka. Pandai sungguh mereka berlakon pengsan apabila disumpit. Tidak termasuk lakonan 4 ekor gajah pura-pura tidur dan salah seorang kawan mereka mengejutkan mereka. Memang comel betul gelagat gajah-gajah ini.

Tapi yang tidak kami sangka penutup pertunjukkan Gajah ini. Habis disemburnya penonton dengan belalainya. Termasuk saya terkena semburan air itu.

Jadi sekiranya ke Melaka jangan lepas peluang ke Safari Wonderland di A Farmosa Resort.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...