Sedang 'scroll' facebook keluar memori lama ini.
Hari istimewa adik saya yang ketiga akhir a.k.a mak anjang Ieka Rahim. Seharian melayan karenah anak-anak hero..fuuhhh...Selepas ini kalau adik Iela Rahim konvo saya merancang hantar depan pintu sahaja. Saya dan anak-anak tinggal di homestay sahaja. Boleh ke begitu? hihihi
Waktu ini ayah dan ibu saya di Kuantan tidak dapat nak sertai kami. Tiada yang boleh memandu kereta dan bercuti kerja. Ayah saya bekas pesakit 'stroke' memang tidak dapat memandu sendiri. Jadi adik-adik saya ini naik bas ke Melaka, kami pergi ke Ipoh dari Melaka. Adik saya berkonvokesyen di Politeknik Ungku Omar.
Semasa adik saya sibuk mengambil jubah dan mendaftar apa yang patut, kami sempatla berjalan-jalan di Ipoh Parade. Tidak silap waktu itu ada Pameran Tentera. Sempat pula kami bergambar kenangan.
Rindu pulak lama tidak berjalan. Kalau ada rezeki dan panjang umur pada masa akan datang kami pergi konvo adik di Kelantan pula. In shaa Allah
No comments:
Post a Comment