Monday 21 December 2020

Manfaat Vitamin C Shaklee

 



Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi kita perlu mendapatkannya daripada pemakanan dan suplimen bagi menyokong sistem imun badan yang sihat. (Daya tahan badan kepada penyakit)


Buah pinggang akan bantu untuk singkirkan lebihan Vitamin C, ia tidak boleh disimpan dalam badan kita, sebab itu kita perlu topup Vitamin C dalam badan kita setiap hari.


Ia boleh boleh didapati secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C


Apabila kekurangan Vitamin C, kita akan mudah sakit  terutamanya selsema. Antara tanda kekurangan Vitamin C  iailah

  1. Kita akan mudah mengalami lebam pada kulit.
  2. Memiliki kulit yang kering dan kusam
  3. Sekiranya mengalami luka ia lambat sembuh
  4. Kerap sakit kerana sistem imunisasi badan merosot
  5. Mengalami keradangan gusi yang boleh menyebabkan kehilangan gigi kerana gusi mudah berdarah
  6. Sistem pencernaan yang lemah
  7. Mengalami masalah sendi dan hilang kekuatan tulang
  8. Hidung  sering berdarah.

Manfaat Vitamin C

  1. Tingkatkan sistem imunisasi  badan terutamanya apabila anda sering terkena air hujan dan anda mudah sakit memang sesuai mengambil Vitamin C setiap hari. Siapa gemarkan Bubble Tea? Tahukah anda 1 cawan bubble tea bersamaan dengan 20 sudu teh gula. Apabila kita makan atau minum sumber yang kandungan gulanya tinggi, imun sistem akan jadi lembap/ block selepas beberapa jam kita mengambil makanam/minuman manis.  Jadi sangat penting lepas ambil makanan manis  kita telan Vitamin C.Kita bersin kerana badan terdedah kepada kuman dan virus. Vitamin C bantu kuatkan sistem imun walaupun orang sebelah bersin secara kerap.


Bagaimana Vitamin C bantu tingkatkan sistem imun badan


Darah putih adalah komponen paling penting dalam sistem imun,  ia bertindak seperti  askar sentiasa bersedia menjaga dan melindungi badan daripada serangan virus atau kuman. Vitamin C meransang penghasilan sel darah putih dalam badan kita.

Vitamin C bantu badan kita hasilkan antibodi iaitu sejenis protein penting yang bertindak mengikat mikrob dan meneutralkannya.

2. Ambil Vitamin C setiap hari membantu mengurangkan tempoh pemulihan selsema dan juga kurangkan insiden demam. Boleh ambil 1000mg sehari termasuk daripada sumber buah- buahan dan suplimen.



Bangun pagi tak henti bersin, hidung tersumbat dan masalah sinus memang dicadangkan ambil Vitamin C sebab ia bantu kurangkan keradang dan tindakbalas alergik pada saluran nafas anda.



3. Vitamin C juga vitamin cantik, sejenis antioksida yang melindungi kulit anda daripada sunburn. Seperti sunblock yang berfungsi daripada dalam dan berupaya melawan radikal bebas bagi mengurangkan tanda-tanda penuaan.



Ia bantu melindungi kulit daripada kemusnahan UV, daripada pancaran matahari. Menghasilkan kulit yang lebih cerah dan berseri.

Penghasilan kolagen. Bile tinggi kolagen kulit kurang kedut dan tompok penuaan kurang, tona kulit yang lebih cantik.



4. Vitamin C penting kedua-dua ibu hamil dan bayi. Mereka perlukan vitamin C setiap hari. Ia meransang penghasilan kolagen ialah protein struktur yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang dan juga kulit kita. Sebelum mula hamil sehingga bersalin perlu konsisten Vitamin C.

Wanita yang TTC  iaitu yang sedang ikhtiar hamil perlu ambil Vitamin C bagi membantu menebalkan lapisan endometrial, bantu kawal paras progestron dan estrogen yang sihat.

5. Untuk suami Vitamin C adalah antioksidan yang kuat bantu meningkatkan mutu air mani dan sperma di mana sperma  mempunyai bentuk yang cantik dan sempurna. Pecut macam BMW.

Jika suami perokok memang perlu ambil Vitamin C bagi kurangkan risiko radikal bebas dari rokok kepada sperma.



6. Kalau semasa hamil, jantung bekerja keras untuk bekalkan nutrient mencukupi untuk janin, Ketika ini badan kita akan tingkatkan isipadu darah sehingga 30% . Oleh sebab peningkatan isipadu darah, waktu ini mmg sgt ptg ibu hamil tingkatkan pengambilan zat besi bagi menyokong penghasilan sel darah merah dan hemoglobin. Bantu elakkan anemia si ibu. Vitamin C bantu tingkatkan penyerapan Iron.

Semasa hamil apabila badan cukup Vitamin C boleh bantu mengurangkan risiko bayi pramatang, biasa ibu hamil 5 bulan apabila tulang rawan bayi perlahan-lahan membentuk tulan,  masa ini penting mengambil Vitamin C bagi meningkatkan penyerapan zat besi , tingkatkan imun dan menghasilkan kolagen yang merupakan sebahagian daripada saluran darah.

Apabila masuk 7 bulan, Vitamin C penting untuk kesihatan kulit bayi dan ibu. Tingkatkan sistem imun badan keduanya.

Apakah lagi Manfaat Vitamin C?



  1. Meningkatkan fungsi imun
  2. Mempercepatkan tempoh pemulihan selsema
  3. Menggalakkan kulit cerah
  4. Menyokong kesihatan sendi
  5. Meningkatkan penyerapan zat besi semasa hamil dan menyusu
  6. Membantu pembaikan tisu dan penyembuhan luka
  7. Melindungi sel2 badan daripada kerosakan radikan bebas

Siapa perlukan Vitamin C?

Setiap orang memerlukan Vitamin C dan paling utama buat meraka yang mudah sakit serta yang ingin tampil cantik dan awet muda.

Apakah keistimewaan Vitamin C Shaklee?



  • 500 mg sumber semulajadi vitamin C yang tinggi
  • 120 mg  kompleks bioflavanoid sitrus- untuk tingkatkan keberkesanan penyerapan Vitamin C. Bioflavanoid ini adalah antioksidan dan ia boleh didapati daripada selaput putih pada buah sitrus. Bahagian kulit paling penting, ia tinggi Bioflavanoid. Bantu tingkatkan penyerapan dan menunjukkan kesan yang ketara.
  •  


  • Sistem Pelepasan Berperingkat Proprietari. 500mg Vitamin C dibebaskan ke dalam darah selama 5 jam. 100mg dibebaskan setiap jam. 1bj=500mg dlm 5 jam utk tingkatkan penggunaan dan kurangkan pembaziran Vitamin C
  • Vitamin C diekstrak dari jagung, sumber semulajadi yang lembut untuk perut kita tetapi Bioflavanoid diekstrak daripada kulit buah sitrus seperti lemon, oren dan anggur.
  • Ambil 1bj sehari selepas sarapan


  • Pemakanan biasa 500mg bersamaan dengan 7.5 oren, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah.


  • 1 biji Vitamin C hanyalah berharga RM 0.43. Dan pelaburan kita untuk kesihatan kita hanyalah RM12.90 sebulan. Sebotol Vitamin C Shaklee ada 180 biji yang boleh bertahan sehingga 6 bulan. Jimat sangat.

Betul ke Vitamin C ini berkesan?

Jom kita tengok Video Vitamin C dan buah epal ni.



Potong epal masuk dalam 1 bekas mengandungi vitamin C dan 1 bekas tanpa perlindungan Vitamin C.

Hari pertama dah nampak perbezaan warna yang mana buah epal dengan perlindungan Vitamin C masih segar manakala buah epal tanpa perlindungan Vitamin C sudah mula bertukar warna perang kerana teroksidasi.

Selepas 3 hari buah epal dengan Vitamin C masih segar tetapi buah epal tanpa perlindungan Vitamin C mula lembik.



Jom perhatikan pula Vitamin C dan buah pisang ini.

  1. Potong pisang kepada dua dan hancurkan.

2. Hancurkan  sebelah pisang dengan Vitamin C dan sebelah lagi tanpa Vitamin C . Kesannya kita akan nampak dengan pantas sekali.



3. Buah pisang yang dicampur dengan Vitamin C tidak teroksida dan berwarna cerah berbanding buah pisang tanpa campuran Vitamin C.

Daripada dua eksperimen ini kita akan lebih yakin untuk mengamalkan Vitamin C setiap hari. Vitamin C adalah pilihan terbaik yang selamat, berkesan dan terbukti.

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...