Sunday 24 February 2019

Hari Akhirat

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Perkongsian Kelas Beriman pada Hari Akhirat petang Jumaat lepas bersama PU Yusof Arbain.

Surah Yassin adalah Jantung Al Quran yang banyak cerita mengenai Hari Akhirat.

Kebiasaan kita baca Al Quran ayat beriman kepada Allah hadir bersama ayat beriman kepada Akhirat,

BAB 1 Ustaz fokus pada: BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

1) Keprihatinan Al Quran kepada Hari Akhirat

    a) Allah mengaitkan beriman kepada Allah & Hari Akhirat
        Surah Al Baqarah Ayat 62
"Sesiapa sahaja di kalangan mereka itu yang beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh.."

    b) Allah gunakan bukti dan perumpamaan
       Surah Yasin 78-82
" Serta dia mengemukakan perumpamaan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dia juga lupa kepada kejadiannya (yang lemah asalnya) sambil bertanya, "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur?" (78)

"Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pertama Kali. Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)" (79)

"Tuhan yang telah menjadikan api (yang boleh didapati) daripada pohon-pohon hijau untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon-pohon itu" (80)

"Tidaklah diakui bahawa Tuhan yang telah menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Dialah Pencipta lagi Maha Mengetahui" (81)

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah Engkau!". Maka ia terus menjadi." (82)

     c) Al Quran menyebut Akhirat dengan pelbagai nama. Setiap nama menggambarkan kegerunan yang
         akan berlaku pada hari tersebut.

2) Hikmah Penekanan Hari Akhirat

    a) Membantah Kepercayaan yang menolak kejadian Hari Kiamat.
        Surat At Taghabun ayat 7
" Orang yang kafir itu mengatakan bahawa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: "Bahkan Demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Yang demikian it adalah mudah bagi Allah (untuk melaksanakannya)

    b) Supaya kita melakukan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran
       Surah Al An'am ayat 92
"Orang yang beriman kepada hari akhirat tentu beriman kepada Al Quran dan mereka tetap memelihara solat mereka"

   c)Mengingatkan manusia Akhirat itu lebih baik/kekal berbanding dunia
      Surah Al A'la ayat 17
"Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal"

BAB 2 NAMA² HARI AKHIRAT

1- Yaumul Qiyamah (Hari Kiamat)-70x dalam Al Quran
Qiyam daripada perkataan berdiri
Hari manusia bangun berdiri

2- Yaumul Akhir (Hari Akhir)-27x dalam Al Quran
Hari terakhir iaitu tiada lagi hari sesudah itu.

3- Yaumul Ba'iths ( Hari Kebangkitan)-2x dalam Al Quran
Orang yang mati dibangkitkan

4-. Yaumul Khuruj ( Hari keluar)-2x dalam Al Quran
Manusia keluar dari kubur massing ketika sangkakala kedua
ditiup

5-. Yaumul Jam'i (Hari Pengumpulan)-3x dalam Al Quran
Hari Allah mengumpulkan semua manusia

6-. Yaumul Talaaq (Hari pertemuan)-1x

7- Yaumul Hisab (Hari Penghisaban) -4x

8- Yaumud Din (Hari Pembalasan)-11x

9- Yaumul Fashl (Hari Keputusan) -6x

10- Yaumul Wa'id (Hari ancaman)-1x

11- Yaumul Hasrah (Hari Penyesalan)-1x

12-Yaumul Khulud (Hari yang Kekal)-1x

13-Yaumul Azifah (Hari yang dekat)-1x

14- Yaumul Tanad (Hari panggil Memanggil)-1x

15- Yaumul Taghabun (Hari didedahkan segala kesalahan)-1x

16- Al Waqiah (Pasti terjadi)-2x

17- Al Qariah (Hari yang menggoncangkan hati)-5x

18- Al Haqqah (Dipenuhi segala hak)-3x

19- Al Ghasyiyah (Hari Yang Diselubungi)-1x

20- Ath-Thammatul Kubra (Hari bencana yang amat besar)-1x

21-Ash Shakhkah (Suara Yang Memekikan)-1x

Ajar Anak Solat

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

[Solat bermalas-malas]

Semalam masa mama sedang solat Maghrib, abang Aqif pun datang sebelah solat Maghrib. Dia solat 
sendiri. Masa tu mama perasan dia solat dengan malas, dia sujud kepala yang sentuh sejadah bukan dahi dan hidung. Selesai sahaja dia solat mama pun bagi tazkirah sikit, kebetulan baru lepas baca surah An-Nisa' ayat 142 pasal orang munafik dan solat orang malas. Terus mama tunjuk ayat ini kat dia.

Image may contain: text
Dia bukan tidak tahu anggota sujud, apa yang perlu menyentuh sejadah, sebab mama dah pernah 
bagitahu sebelum ni.
                                   Image may contain: one or more people and text
                                        Gambar sumber googles

" Abang tahu tak cara abang solat ni cara orang munafik solat. Orang munafik ni hanya Allah sahaja yang kenal, depan kita dia solat, bersedekah, buat baik semua tapi belakang kite dia xbuat pun, dia nak menunjuk sahaja. Dia tipu Allah, tapi Allah tu tahu semua dalam hati orang munafik"

"Tengok ayat ini Allah cakap ape, orang munafik dia solat dengan malas, aish tengah jupe Allah ni, nak bercakap-cakap dengan Allah kenapa nak malas-malas. Solat itu menunjukkan kesyukuran kite pada nikmat-nikmat yang Allah berikan kat kita. Apa lagi sifat orang munafik, dia riak suke menunjuk-nunjuk. Lagi satu sangat sedikit ingat Allah. Solat tapi dalam kepala dok pikir benda lain, pasal nak mainlah, nak tengok tvlah itulah yang solat tapi tak ingat Allah"

"Mama teringat cerita ustaz (PU Yusof) masa kelas mengenai Hari Akhirat, selepas dihisab, kaum kafir dah tentulah dimasukkan ke neraka. Orang beriman dan kaum munafik akan meniti sirat. Bayangkan berapa ramai yang meniti, di bawahnya api neraka, dan keadaan masa tu sangat gelap😰"

"Masa tulah Allah kurniakan cahaya pada orang-orang beriman, dan kaum munafik merayu-rayu nak sedikit cahaya dari orang beriman. Tapi xdapatlahkan. Ustaz cadangkan baca doa dari surah At Tahrim ayat 8, yang terangkan pasal orang beriman terpancar cahaya dari hadapan dan kanan mereka."

                                Image may contain: text
                                                             Barisan yang terakhir

Moga Allah sempurnakan cahaya buat kita, ibubapa serta zuriat keturunan kita dan tergolong dalam 
golongan orang-orang beriman dan terhindar dari menjadi orang yang munafik. Amiin

Kawan-kawan yang berminat dan mahu push diri untuk mula bersahabat dengan Al Quran, saya 
menjemput semua ke SEMINAR AUDITLIFE INCOME pada 3 Mac 2019 (Ahad) di Kuala Lumpur 
bersama Puan Husna Haron.

Pendaftaran akan ditutup pada 27 Februari 2019 (Rabu).

Daftar seorang rm250.

Daftar bersepuluh rm140.

Tiada bajet mintak Allah Ya Razzak Ya Wahhab Ya Wasi' bantu.

Anak tiada siapa jaga mintak Ya Baari' Ya A'lim uruskan.

Allah Maha Besar semua masalah kita amat mudah bagiNya.
Mintaklah dengan DOA. Allah Ya Sami' Maha Mendengar Allah Ya Mujib Maha Memakbulkan DOA. In shaa Allah.

                         No photo description available.

Thyroid dan Vivix Shaklee


                                                 Image may contain: 1 person, smiling, text

MasyaAllah dengan izin Allah,pelanggan saya adik Linda ini diuji dengan masalah Thyroid 
menyebabkan beliau sukar untuk makan dan ada bengkak bersaiz ping pong.

Alhamdulillah dengan izin Allah baru 4 kali makan Vivix, bengkak menjadi kecut dan kembali berselera
makan. Tiada Daya upaya dengan izin Allah yang Maha Penyembuh ❤️

Alhamdulillah nikmat sangat perasaan dapat bantu orang meningkatkan kualiti kesihatan dengan
pertolongan Allah😍

Jom dapatkan Promo Vivix Februari 2019❤️
                                          Image may contain: 1 person, smiling

Beli set berkembar (TWIN PACK) layak dapat PERCUMA PRODUK SHAKLEE❤️
.
Dalam banyak-banyak produk Shaklee Vivix satu-satunya produk yang memperbaiki dr peringkat DNA 
lagi. Ia tinggi kandungan antioksida. Produk tinggi antioksida akan meneutralkan radikal bebas dalam
badan. Radikal bebas ni bergerak bebas dalam sel badan kita yang menyerang sel badan kita dan 
menjadikan kita penat,kulit kusam,sakit dan sebagainya yang negatif ini.
.
Stress pun akan meningkatkan radikal bebas dalam badan.

Nak cuba?

Mencari Produk Shaklee?
Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
SMS/WhatsApp: 0173737174
Instagram: noorhayati_abdul_rahim



Unta di Pantai Puteri Melaka



                                Image may contain: one or more people and outdoor
Short Vacation Arab Saudi.
Taklah di Pantai Puteri Melaka jer. Melaka ni kalau tetiba jer rasa nak bawak jalan anak-anak ada sahaja
 tempatnya.
Tapi jangan pergi tempat tumpuan ramai, percutian jadi berjam dalam kete jadinya nanti.


                               Image may contain: 1 person, smiling, outdoor and nature
Asalnya encik suami ajak tengok sahaja dan tidak bagi bagi anak-anak naik unta. Hampir setengah jam 
juga duduk di kerusi menjadi penonton. Anak-anak audah merengek nak naik Unta Pantai Puteri.
Kebetulan masa suami bawak hero no 3 pergi tandas berdekatan, mama pun cakap pada hero nombor
 1 dan 2,
"Nak naik doalah dengan Allah, cakap Ya Allah Ya Fattah bukalah hati abah bagi abang naik unta, sebut Ya Fattah banyak kali"

Lepas tu anak pun DOA dan sebut Ya Allah Ya Fattah beberapa kali dan mama mintak pergi tiup kat muka abahAbah keluar tandas sahaja, abang Aqif terus zikir dan tiup kat muka abah.
Encik suami pun tanya, " Kenapa?"
Ceritalah pada suami keinginan anak-anak. Rupa-rupanya sebelum keluar tandas tadi encik suami sudah
 terdetik nak bagi anak naik unta (masa anak mula zikir kot❤️)
Teruslah abahnya bawak semua naik unta comel ni. Siap pakej mak dia naik sekali😍
                                
                               Image may contain: 1 person, smiling, outdoor

Mama pun cerita topik Sains kat anak. Bonggol tempat simpan makanan. Bulu mata panjang nak halang mata dari masuk pasir masa ribut pasir kat tanah Arab. Ekor dia cantik cam rambut orang😅

Patutnya mama cerita kisah Nabi Salleh yang Allah kurniakan seekor  unta sebagai mukjizat. Bagaimana seekor unta keluar daripada batu. Kaum Thamud iaitu kaum nabi yang melanggar perjanjian yang ada diceritakan dalam Surah As-Syams.

Kaum Thamud berselang seli beberapa hari tempoh giliran meminum air Allah berikan. Tetapi kaum Thamud ini tamak, mereka rasa giliran mereka lambat untuk dapat minum air. Mereka nak minum hari-hari. Jadi mereka telah membunuh Unta itu dan menyebabkan kemurkaan Allah.

Moga kita ibu-ibu dikurniakan ilham untuk sentiasa bercerita kisah-kisah Al Quran ini bersama anak-anak. Amiin

Mencari Produk Shaklee?
Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
SMS/WhatsApp: 0173737174
Instagram: noorhayati_abdul_rahim

Saturday 23 February 2019

Tempat menarik di Pulau Pinang

Teks: Noorhayati Abdul Rahim



Baru-baru ini saya mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang pada 14 sehingga 16 November 2018. Saya bawa bersama hero saya nombor tiga dan empat.

Di sini saya catatkan memori perjalanan kami sebagai kenang-kenangan masa akan datang in shaa Allah. Sebenarnya Pulau Pinang bukanlah pertama kali saya jejak. Negeri ini saya jejak pertama kali apabila saya masuk matrikulasi pada tahun 2001 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang iaitu di Kepala Batas. Ia masih di bawah negeri Pulau Pinang walaupun tidak terletak di Pulau.

Pada Januari 2009 saya kembali ke Pulau Pinang menyambung pelajaran dengan mengambil Diploma Perguruan (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang selama 11 bulan. Setahun selepas itu saya kembali lagi menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik saya di sana.

Kembali kepada rombongan saya bersama murid-murid Khas kami. Kami bertolak dari sekolah seawal 8 pagi menuju ke Pulau Pinang. Singgah di R & R Ayer Keroh kerana kami dapat tajaan daripada pihak KFC (tapau). Meneruskan perjalanan dan kami singgah di R & R Seremban untuk sarapan pagi dan makan tengahari serta solat di R & R Sungai Perak. Terima kasih pada seorang pemuda yang membantu saya menurunkan stroller anak menggunakan eskalator. Kebiasaan encik suami yang lakukan, tetapi kali ini dia tidak turut serta.


Kami tiba di Pulau Pinang dalam pukul 7 petang dan cuaca di sana hujan sederhana. Kami menginap di Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang  (Westlands) dengan bayaran RM5 per kepala. Alhamdulillah Dorm di sini sangat selesa dan bersih.


Bersiap-siap dalam pukul 9 malam kami mula jalan-jalan cari makan. Kami makan malam di Warung Tok Mat Mee Udang @Tanjung Bungah. Bila saya google rupenya tempat ini sangat cantik sebab tepi pantai betul. Kami pergi pada waktu malam, memang tidak nampak apa pun. Kedainya terperosok ke dalam, kalau tiada dalam google maps memang kami tidak tahu. Nak masuk ke sana dalam hujan renyai dengan melalui beberapa lopak air, kami tidak sangka kedai ini popular juga. Malam yang kami sampai, makanan memang lambat sampai sebab seorang tukang masak sahaja yang memasak, tetapi jujurnya Mi Udang di sini sangat sedap dengan harga RM15 semangkuk. Kawan-kawan yang makan pelbagai masakan lain turut mengatakan masakkannya sedap. Jadi berbaloilah kami tunggu lama. Selesai makan kami pulang dan berehat.

Esoknya seawal 7 pagi kami telah keluar sarapan. Saya tidap pasti nama kedainya tapi kami memilih gerai di tepi jalan sahaja. Selesai sarapan kami bergerak ke Bukit Bendera Pulau Pinang. Rezeki kami bersama anak-anak istimewa dapatlah kami masuk melalui 'Fast Lane' tanpa perlu menunggu lama. Sampai di puncak kami hanya menikmati pemandangan indah bandar Pulau Pinang. Ada juga pertunjukan burung dan ular. Terdapat cafe sekiranya ingin menghilangkan dahaga dan lapar. Kami berkesempatan menaiki BUGGY iaitu RM25 untuk satu BUGGY. Merasalah dibawa pusing-pusing sekitar Bukit Bendera. Di sini ada satu pakej THE HABITAT untuk masuk perlu bayar RM47 tapi kami tidak ambil pakej ini memandangkan ingin menjimatkan masa lagi pun kami diberitahu perlu berjalan jauh juga. Lain kali sekiranya kami sampai ke Penang lagi kami akan cuba ambil pakej ini pula, 



 Bergambar di Bukit Bendera
Menaiki Buggy




Dalam kereta kabel

Turun daripada Bukit Bendera kami terus menuju ke Wonderfood Museum Penang. Menarik sungguh Wonderfood Museum Penang ini dipenuhi dengan replika makan 'giant'. Seronokla bila bawak anak-anak memang teruja semua nak mengambil gambar dengan pelbagai jenis makanan. Ada satu sudut bilik yang dijaga oleh dua orang staff. Menurut staff di situ makanan dalam bilik itu disalut dengan emas yang betul sebab itu bilik tersebut ada pintu berkunci. Ia dilengkapi dengan CCTV lagi.

Image may contain: 7 people, including Noorhayati Abdul Rahim, people smiling  Image may contain: 3 people, people sitting and food
      Pelbagai pilihan makanan manis, yummy                                 Roti Canai gergasi

                       Image may contain: food Image may contain: 1 person
                       Tu dia durian dan kuih muih gergasi pun ada di sini.

Image may contain: 1 person, indoor Image may contain: 1 person, sitting
  Pelbagai lagi makanan yang terdapat di sini

                                Image may contain: 1 person, standing Image may contain: 1 person
                                  Seronok si bujang nombor 3 jadi model.

Image may contain: 1 person, smiling, food Image may contain: 1 person, smiling, sitting, table and indoor
Lai-lai ada yang nak beli ikan                                  Haish gagahnyer hero mama nih

               
                       Image may contain: 2 people, people smiling, food  Image may contain: 1 person, food
                       Rasa habis tak makan tu                       Nah sotong kurita telan

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, table, food and indoor Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor
Iyarrrkkk                                                                  Hero no 4 nyenyak tidur

                           Image may contain: 2 people, including Noorhayati Abdul Rahim, people smiling, food and indoor Image may contain: 2 people, including Noorhayati Abdul Rahim, people smiling, people standing and indoor
                          Satay Gergasi                                        Lots of food

Selesai menerokai Wonderfood Museum ini, kami menumpang makan di kedai makan seorang yang berhati mulia. Kami tumpang makan yang mana makanan telah dibeli secara bungkus dan dihantar oleh seorang runner. Tuan kedai ini sangat baik, bagi kami makan dan belanja setiap minuman tambahan yang kami order. Hanya Allah mampu membalas kebaikan beliau.

Kami sambung perjalanan kami dengan pergi ke Magic World Penang melangkah ke alam yang penuh misteri. Setibanya di sana kami dihidangkan dengan Persembahan dari staff di sana. Dari pintu masuk lagi kami dah merasai kuasa magiknya, melalui lorong-lorong bercermin yang menyebabkan kami terhantuk ke cermin berkali-kali sebelum menemui jalan keluar. Di tingkas atas ada kedai Aiskrim bagi sesiapa yang ingin merasi desert di situ. Tapi kami tidak berkesempatan untuk menikmatinya. Ada pelbagai ruang untuk kami bergambar bagi merasai sama dunia magik tersebut.


               Image may contain: 2 people, table and indoor Image may contain: 1 person, indoor
               Ini jer gambar yang sempat disnap

Selesai ke Magic World kami merancang untuk berjalan kaki ke Street Art tetapi cuaca tidak mengizinkan, hujan mula turun. Kami pun membatalkan hasrat kami dan menunggu bas datang menjemput kami untuk ke McDonald Birch House. Makan petang kami ditaja oleh McD cawangan ini. Cantik sangat rekaan dalaman bangunan McD ini dan luas serta selesa untuk anak-anak murid kami. Terima kasih pihak McD kerana belanja kami.

Selepas selesai mengisi perut kami  singgah ke Perangin Mall untuk solat di suraunya. Keadaan masa ini hujan lebat. Selesai solat kami bersiar-siar di dalam Mall mencuci mata. Dalam pukul 7 kami sambung perjalanan kami ke Char Kuey Teow Parit/longkang di Bayan Lepas. Kalau ikut review di google memang sedap, tetapi bila merasai sendiri bagi saya biasa sahaja. Tapi selera masing-masingkan tidak sama. Mungkin tukang masak tak sama kot malam tu, allahua'lam.

Selesai makan kami terus pulang ke penginapan kami untuk berehat.

Hari ketiga iaitu hari terakhir kami di Pulau Pinang kami ke Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Pulau Pinang. Subhanallah banyak sangat benda baru kami belajar di sini. Ada 141 murid di sini. Antara perkara baru kami belajar, sekolah ini ada bilik untuk setiap matapelajaran. Bila ikut jadual waktu guru matapelajaran hanya berada di biliknya dan murid yang datang ke bilik-bilik mengikut matapelajaran pada jadual waktu. Waktu Nilam mereka di perpustakaan adalah waktu petang dan diselia oleh Pembantu Pengurus Murid. Bak cakap gurunya, sekolah ini bagaikan MRSM Pendidikan Khas. Muridnya hadir dari seluruh pelusok negara. Majoriti tinggal di asrama. Pihak sekolah juga menyediakan sarapan mi goreng yang sedap buat kami.

                            Image may contain: 11 people, people smiling, people standing and outdoor
                            Bergambar bersama guru-guru SM Pendidikan Khas Pulau Pinang

Dua sehingga 3 jam juga kami di sekolah ini. Selesai lawatan penanda aras kami bergerak ke Restoran Nasi 7 Benua di Sungai Ara untuk makanan tengahari. Unik betul restoran ini, dalam satu pinggan ada 7 jenis nasi iaitu  nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi lamuni, nasi minyak, nasi kacang dal dan nasi hujan panas. Lauk kita boleh pilih untuk selera kita. Harganya tidak silap saya rm6.50 siap dengan air teh O ais. Kalau datang ke Pennag bolehla cuba makan nasi 7 benua ini.

Selesai mengisi perut kami menuju ke Jeti untuk memberikan pengalaman kepada murid kami merasai naik Feri untuk ke seberang sana. Kami solat siap-siap sebelum menaiki feri. Tiba di Butterworth kami menaiki bas RapidPenang untuk ke Terminal Bas  Butterworth di mana bas kami menanti. Seronok anak murid kami naik bas walaupun hanya seketika.

                                  Image may contain: 9 people, people smiling
                                  Bergambar dalam feri

                                  Image may contain: 7 people, including Noorhayati Abdul Rahim and Rina Razali, people smiling, people sitting and indoor
                                  Merasai pengalaman menaiki bas Rapid

Kemudian kami singgah ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali untuk membeli jeruk yang memang terkenal di Pulau Pinang sebagai ole-ole buat orang Melaka. Di sini selesa kita boleh singgah untuk solat dan ke tandas. Selesai membeli belah kami bergerak pulang ke Melaka dan berhenti makan malam di R & R Tapah. Kami tiba di Melaka hampir jam 2 pagi. Alhamdulillah moga ada lagi rezeki kami untuk ke Pulau Pinang.

Image may contain: 21 people, including Farisah Yahya, Syahrul Fazli, Faiza A. Rahman, Shazlin Sulaiman, Ibhaliza Ibrahim, Nor Azizah Salleh, Nurulhezrina Abd Halim and Shahirah Amnah, people smiling, people eating, people sitting and food

Jom ke kite bercuti ke Pulau Pinang.

Ingin mencuba produk Shaklee?

http://www.wasap.my/60173737174/shaklee

USAHA SABAR

Petang semalam selepas jemput anak-anak hero soleh dari masjid lepas solat Jumaat bawa mereka makan dan pergi sekolah mama semula sebab banyak keje mama nak setelkan.

Kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari😂
Geram dengan hero-hero, main-main gaduh, seorang menangis seorang mencubit. Mamatidak boleh fokus, hati rasa nak marah sangat. Hati jadi bertambah marah sebab kerja  tidak dapat disiapkan pada masa yang dirancang. Perancangan asal semua lari. Kita hanya merancang, perancangan Allah lebih baik.

Dalam kereta bersambung lagi si sulung marah² dan menangis mama ajak balik ketika dia belum habiskan merekod bacaan NILAM. Kira mamalah pulak ganggu kerja dia😚

Mama mengejar masa nak hantar permohonon Jawatan kerja (untuk makcik² diorang) di Perpustakaan Awam. Perpustakaan tutup pukul 5. Nak jemput hero no 3 lagi di tadika. Jam dah pukul 4.45 petang.
Jadi taulah ape terjadi dalam kereta sepanjang jalan, mama marah²la. Walaupun pagi² mama dah niat nak jadi ibu sabar.

Wallahuyuhibbussoobirin
Wallahuyuhibbulmuhsinin
Dan Allah Dia menyukai orang² yang bersabar (Ali 'Imran 146)
Dan Allah Dia menyukai orang² yang berbuat kebaikan
(Ali 'Imran 148)

Ayat Allah ini mama masih dalam usaha amalkan. Walaupun semalam tidak berjaya mama akan usaha lagi dengan bantuan Ya Sobur Ya A'ziz Ya Qowiy Ya Matin.
Sampai rumah lepas solat Asar mama amikla Al Quran baca nak menenangkan hati yang dikuasai syaitan tadi.

Tup tup muka pertama ayat pertama terus dapat ayat ini
.....Dan sungguh telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti nyata kemudian sungguh banyak di antara mereka setelah itu di bumi, orang-orang yang melampaui batas"
(Al-Maidah 32)

Walaupun dalam ayat ni ditujukan pada kaum Bani Israel tetapi terasa terkena pada batang hidung sendiri. "ORANG² YANG MELAMPAUI BATAS” Terus amik jam zikir, istighfar kat Allah. Akulah yang marah² tadi xingat dunia melampau batas, ya Allah ampunilah aku😕

Sebab tu Allah cakap Al Quran tu mukjizat dan panduan hidup. Kite tersasar Allah tarik balik kite ke jalanNya dengan mukjizat Al Quran ini. Kite tidak sempurna tapi moga Allah pandang usaha kita untuk kembali ke jalanNya.

Jom mulakan langkah pertama kite ke dunia cinta Al Quran.
Seminar AUDITLIFE INCOME di Kuala Lumpur 3 Mac 2019 (Ahad).


#backtoalquran
#husnaharon
#auditlifeincome

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...