Sebenarnya ini percutian tidak dirancang. Membuat tempahan melalui telefon terus 'check in'.
Bersama pakej penginapan kami, kami dapat 4 tiket masuk ke tiga tempat:
- Cowboy Town (Old West)
- Water Theme Park
- Safari Wonderland
Entri kali ini saya ingin ceritakan pengalaman kami masuk ke Cowboy Town atau Old West. Dulu kami pernah merancang untuk masuk ke sini (walk in), tapi membatalkan niat kami sebab waktu sudah lewat.
Antara pemandangan di dalam Cowboy Town
Ia memang dibuka pada waktu malam. Pastikan anda masuk sebelum jam 8.30 malam. Sebab jam 8.30 malam sehingga 10.00 malam ada 'Carnival Show'. Iaitu
- Red Indian Show (8.30 malam)
Kalau datang bersama keluarga dan anak-anak memang sangat sesuai. Persembahannya menarik dan mengkagumkan, in shaa Allah.
Persembahan Red Indian ini banyak bermain dengan kemahiran bermain api. Bagaimana api dimasukkan ke dalam mulut dan api dinyalakan apabila minyak tanah disemburkan daripada mulut.
Selepas persembahan Red Indian ini, kami berehat sebentar dengan disajikan pemandangan indah, kambing-kambing jinak berkeliar berhampiran kami. Comel dan bersih mereka. Keldai pun ada juga.
Selepas itu persembahan bersambung.
- Animal Musical Parade
Perarakan dimulakan dengan sekumpulan burung dan ayam. Comel sangat. Teratur je mereka bergerak. Yang ini saya tidak sempat ambil gambar, sebab tetiba da mulakan.
Kuda pun ada sertai perarakan
Lembu juga tidak ketinggalan
Perarakan orang berkaki panjang hehehe
Penari berpakaian tradisional
Ada perarakan kenderaan yang pelik-pelik pun ada
Perarakan berlangsung dalam 40 minit. Di akhir pertunjukkan, pengacara a.k.a penyanyi latar menjemput penonton cilik turun bersama menyanyikan laku Oppaganam Style. Penutup kepada persembahan ialah Pertunjukan Bunga Api. Kemain seronok anak-anak saya melihat keindahan bunga api.
Selepas itu sempatla kami bergambar di sekitar luar Cowboy Town atau Old West.
Sekiranya anda datang bercuti ke Melaka, jangan lupa dapatkan pakej bercuti di A Famosa Resort. Pergilah ke Cowboy Town sebelah malamnya. Selamat bercuti semua.
No comments:
Post a Comment