Saturday 29 December 2018

Ibrah Surah Al Fatihah

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sumber YouTube: Ustaz Shaari Abdul Rahman (Ibrah Surah Al Fatihah)

Tips makbul DOA dari surah Al Fatihah

1. Puji-puji Allah
(Cth Ya Allah Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang, rumah tanggaku diuji dengan ekonomi, dengan kesihatan org tersayang- jangan prasangka buruk pada Allah)
Cth Nabi Ayub berdoa dengan Allah tanpa berprasangka buruk pada Allah, Nabi Ayub diuji sebab Allah sayang baginda.

2. Mintak tlg Allah sungguh-sungguh

3. Nyatakan asbab makbul doa apa yang boleh bantu Agama/kembali Allah
(Contoh: Mintak Allah murahkan rezeki supaya dapat bersedekah setiap hari)

Belajar dari doa Nabi Zakaria mohon zuriat untuk pewaris ajar taurat kepada bani israel

Qarun mintak Kaya dengan Allah tetapi tidak meminta utk kebaikan agama..Allah bagi kaya tapi akhirnya dia makin Kaya, lalai dan menunjuk2 serta khianat pada Nabi Musa dan pengakhiran hidup yang buruk

Mohon Allah beri kesihatan untuk lebih kusyuk dalam solat.

Sebab SOLAT?
1- Sebab kita adalah hamba, Tuhan suruh kita buat.
2- Tanda berterima kasih/syukur atas nikmat-nikmat yang Allah bagi pada Kita
3- Memelihara diri dari azab Allah di akhirat (rasa takut, Allah sentiasa perhatikan kita)

Assirat= Jalan yang lurus
Mustaqim= Jalan menuju ketinggian yang kita baca semasa berdiri tempat paling yang mana masa berdiri kita mudah untuk mencapai sesuatu

Israk Mikraj = Rasulullah bergerak dari Mekah ke Baitulmuqaddis (jalan lurus) Dan naik ke Sidratul Muntaha (menuju ketinggian)

CIRI-CIRI ORANG DAPAT HIDAYAH (berada di tempat tinggi)

1- Mereka nampak apa yang orang lain tak nampak
Perumpamaan naik kapal terbang di tempat paling tinggi akan lebih luas pandangannya (boleh nampak) berbanding yang ada di bawah.
Orang dapat hidayah nampak 'bahaya' berbanding orang lain contoh MENUNDUKKAN PANDANGAN APABILA NAMPAK PEREMPUAN CANTIK . Mereka faham akan mukadimah perzinaan.
Ketika Rasulullah diuji dengan kewafatan putera baginda yang kedua, apabila Mendengar surah Al Kauthar surah paling pendek dalam Al Quran baginda yang sedih boleh tersenyum dan memujuk Siti Khadijah untuk bersabar kerana baginda faham apa yang Allah sampaikan.

2- Selalu merasa ibadahnya xsempurna, xckup membuatkan dia nak buat lagi, nak tambah lagi.
(Perumpamaan kapal terbang berada ditempat tinggi menjadikan mereka takut terhempas.

Cth kalau bersedekah dia rasa xckup nak sedekah lebih lagi kat tempat lain.
Semakin belajar agama semakin risau.

Ciri Nabi Ibrahim yang membina Baitullah bersama anak baginda dengan cara terbaik. Walaupun tidak berbuat dosa beliau berdoa bertaubat kepada Allah kerana merasakan kerja baginda kurang sempurna.

Sebelum tidur rasullulah membaca surah Al Mulk dan Assajadah surah paling banyak cerita tentang neraka walaupun baginda penghulu syurga.

Sahabat nabi dijamin syurga banyak baca surah Al Munafiqun kerana risau mereka tergolong dalam golongan munafik.

3- Bila berada di atas dunia nampak kecil. Orang dapat hidayah memandang dunia hanyalah sementara dan akhirat yang kekal

#notaalfatihah
#backtoalquran

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...