Sunday, 7 August 2016

Teknik menulis murid khas

Hari ini gantikan guru yang tidak hadir untuk kelas yang kehadiran muridnya seorang sahaja. Murid ini bukan sahaja bermasalah pendengaran tetapi juga lemah fizikal, duduk atas kerusi roda. Dia juga bermasalah dalam menulis mengikut koordinasi yang betul. Tetapi dia bijak, boleh mengenali huruf dan nombor.

Semasa mengajar tadi, saya perasaan murid ini menulis dalam keadaan yang tiada sempadan. Sehingga penulisan itu boleh masuk ke ruang jawapan bagi soalan sebelah. Menggunakan semua ruang yang ada. Datang ilham untuk bantu murid ini menulis dalam sempadan yang kecil

Saya lukiskan ruangan berkotak agar dia dapat menulis dalam sempadan dia sahaja. Cara sebegini masih perlu diasah juga kemahiran menulis huruf dan nombor dengan lebih sempurna.Mungkin ibu dan bapanya perlu membantu murid ini di rumah.

 Itu yang dikatakan "Practice makes perfect". In shaaAllah



1 comment:

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...