Monday 22 August 2016

Latihan kebakaran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Minggu lepas sekolah kami menerima kehadiran kunjungan dari Jabatan Bomba bagi mengadakan latihan kebakaran di sekolah kami. Siap ada situasi di mana pejabat sekolah berasap (buatan) dan misi menyelamat murid yang dimasukkan ke dalam ambulans.


Selepas siren amaran dibunyikan, murid, guru dan kakitangan sekolah berkumpul di kawasan meletak kereta. Kami diberikan beberapa penerangan mengenai fungsi peralatan yang diletakkan dalam trak Bomba yang canggih ini.

Di awalnya kami diberitahu pakaian lengkap ahli Bomba termasuk kasut semasa sesi menyelamat ialah 35 kg. Sangat kagum mereka boleh Bergerak Pantas dengan membawa berat pakaian sebegini.


Sesi penerangan oleh wakil Jabatan bomba kepada semua warga sekolah kami.

Saya baru tahu bahawa saiz trak bomba yang besar ini terkandung air di dalamnya. Saya terlupa berapa Liter yang diberitahu sebelum ini. Sumber air dari sekitar kawasan kebakaran juga perlu diambil bagi memastikan keperluan air sentiasa ada selain memastikan sumber air di dalam trak sentiasa ada. Ia dilengkapi alat untuk menapis air yang akan masuk ke trak Bomba. Penapisnya seperti gambar di bawah, seperti bakul rotan.


Kami juga diperkenalkan dengan beberapa peralatan. Antaranya alat di bawah ini yang mampu memotong batu dan merenggangkannya jika perlu.



Kami juga diberitahun pili Bomba memang perlu ada dalam setiap rumah taman. Dalam 6 buah rumah bersamaan satu pili bomba. Kedudukan pili bomba ini memang sudah dirancang sebelum taman-taman ini diwujudkan.

Selesai penerangan daripada pihak Bomba, kami diberi peluang menaiki trak Bomba keluar dari pintu belakang sekolah kemudian masuk ikut pintu depan. Siap siren dibunyikan lagi. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki trak Bomba.

























No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...