Saturday 6 August 2016

Lockdown- Real Escape Game


Lockdown-Real Escape Game bertempat di The Shore Shopping Gallery Melaka.


Lockdown bukanlah sebuah rumah berhantu atau 'maze'. Ia adalah lebih kepada pengalaman permainan mencari jalan keluar ataupun menyelesaikan masalah seperti 'treasure hunt' dengan secara berpasukan. Bilangan minimum pemain diperlukan adalah 2 dan maksimum 8. Setiap permainan mengambil had 45 minit untuk keluar dari bilik dikunci. Pemain perlu menyelesaikan teka-teki atau mencari klu bagi mendapatkan klu seterusnya di dalam bilik itu. Mana-mana pasukan yang mampu untuk membebaskan diri dalam tempoh 45 minit akan mendapat hadiah .

Terdapat 5 bilik di Lockdown Melaka pada hari ini. Small Hill Asylum, Wolf Within, Candy House, Seven and The Latest Edition dan The Undying Temple.




Small Hall Asylum antara bilik yang saya dan rakan-rakan masuk untuk mencari jalan keluar. Serius da macam ejen FBI, CSI dan sebagainya. Hahaha




Ha xngeri korang masuk tempat ada mayat gitu. Masuk plak dengan anak murid, cikgu pun boleh tahan penakut, hihihi.


Klu semua bilik ditulis dalam bahasa Inggeris kecuali Candy House, yang menyediakan tiga pilihan bahasa; Inggeris, Melayu dan Mandarin. Candy House juga disyorkan untuk aktiviti keluarga.


Pintu masuk Candy House. Tak tau nak cerita lebih sebab x masuk bilik ni.


Kalau anda nak mencuba bolehla ke The Shore Melaka.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...