Friday, 21 October 2016

Promosi Omega Guard Oktober 2016

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Ada beberapa hari lagi sebelum Promosi Omega Guard tamat 31 Oktober ini. Jom ambil peluang ini.

Beli 6 botol Omega Guard PERCUMA 1 botol
Beli 2 botol Omega Guard DISKAUN 5%

Untuk siapakah Omega ini?


 Jom cuba.



Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Kapasiti Perut Bayi

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


KAPASITI PERUT BAYI

Ada dengar orang cakap x?
"Susu kau tu xckup, anak lapar, kene campur formula jugak"
"Susu kau xckup, tambah nestum bagi dia kenyang"
"Bagi air masak, lepas bagi susu"

Sakitnya hati apabila tengok kaum ibu bagi anak nestum dan susu formula dalam pantang lagi.

Sedarkah anda kaum ibu, kapasiti perut bayi hanya sekecil saiz guli,di awal kelahirannya. Molekul halus susu ibu menjadikannya cepat diserap tubuh bayi, dan menyebabkan bayi cepat lapar lagi. BUKAN sebab susu ibu xmencukupi.

Tahukah anda air masak, susu formula dan nestum itu terlalu besar saiz molekulnya untuk diserap bayi d awal kelahirannya. Ia akan membebankan sistem usus bayi dan buah pinggangnya. TIDAK KASIHANKAH ANDA membebankan sistem badan bayi anda yang anda tunggu 9BULAN untuk melihatnya dan masih panjang lagi proses pertumbuhannya yang ingin anda lihat.

Di awal kelahiran susu ibu perlu diberi bagi menebalkan lapisan imunisasinya yang mampu menjaga kesihatannya sehingga dewasa. SANGGUPKAH ANDA memberinya air masak dan susu formula untuk merosakkan lapisan yang sedang menebal itu?

Bagai lumut menghijau di tepi longkang, jika semakin lama ia dibiarkan menebal. warna hijau itu pasti sukar untuk ditanggalkan. Begitu juga lapisan imunisasi ini..semakin lama tempoh penyusuan susu ibu semakin mantap sistem imunisasi anak anda.

Jom bertekad jayakan penyusuan eksklusif ibu-ibu ;-) Moga kita dipermudahkanNya.




Tuesday, 11 October 2016

Teknik Sandwich Pikat Anak

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di blog, Allah kurniaan kesihatan yang baik untuk mencatat sedikit di sini.

Baru sahaja membaca ebook dari seorang kaunselor mengenai cara tangani anak untuk elakkan dari memarahi mereka.

Saya terpikat dekat satu tekni yang dikongsi berkenaan Teknik Sandwich. Teknik apakah itu?

Cara menegur anak dalam masa yang sama kita menjaga emosi anak.

Contoh situasi:

Menegur si abang yang memukul si adik.
"Abang Aqif ni baiklah, mesti Allah sayang" ---> PUJI (Roti)
"Tapi kalau abang Aqif sayang adik, tidak pukul adik" ---> Point nak ditegur (Isi sandwich)
"Laaaagi baik...lagi Allah sayang"---> Tutup dengan pujian (Roti)
"Abang mintak maaf dengan adik yer"----> Tindakan
In shaa Allah moga Allah kurniakan kita sebagai ibu kekuatan untuk lebih positif dan sabar dalam mendidik anak-anak kita. Ameen

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Sunday, 4 September 2016

Vitalea berubah wajah

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Vitalea. Multivitamin pertama Dunia sudah tukar penutup warna putih. Bagi memenuhi permintaan anda semua.
Vitalea adalah Vitamin asas yang ada dalam semua set kesihatan Shaklee..

#sethamil
#setkesuburan
#setpantang
#setpenyusuan
#setkesihatanwanita
#setkesihatanlelaki


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Detox bersama Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

[Hasil detox 7 Hari turun 4 kg]



Sebenarnya segan nak letak gambar sendiri mesti nak ada teman en.suami sebelah hahaha..lagi2 gambar gemuk lagila segan IπŸ˜‚πŸ˜‚..pertama kali kot letak kat public. Biasa pilih2 gambar yg mesti nampak kurus Kih3..Gambar kurus xsempat plak nak snap dgn en.somiπŸ˜…

Lagipun menyahut cabaran dari master Fazliana Jamil nak bertanding nih..😊

Misi Detox yang sangat selamat. Di awalnya saya pun xsangka boleh melaluinya. Siapa sanggup hari pertama hanya makan 'green raw vegetables'. Saya pula masih menyusukan anak, memang gigihla. Hala ke petang rasa seperti tidak tahan, tanyala dalam kumpulan bimbingan master. Rupanya ibu menyusu istimewa sedikit boleh makan nasi dan buah-buahan. Ingat lagi malam tu saya melantak pisang sampai kenyang.

Dan bahagian membahagiakan apabila makan Peppermint memang keluar habis semua angin kus2 bertoksin. Ringan sungguh badan masa itu.

Hari kedua saya sudah mula makan nasi berselang seli dengan sayuran buah-buahan. Saya bukan jenis yang makan ulam. Bayangkanlah reaksi muka saya bila mengunyah ulam Raja dengan Pegaga. Gelak kawan-kawan saya melihatnya

Hari ke 3 baru saya timbang, mak aih hampir 2 kg turun. Pergh teruja sungguh. Dan terus bersemangat saya detox pada hari-hari seterusnya.

Hari ke 5 saya ada 'cheat' 2 pinggan Nasi bagi memenuhi jemputan Kenduri. Esoknya saya timbang berat da cecah 62kg dan 61 kg pada Hari ke7.





Saya perasan kalau tidak makan Alfafa berat lambat sikit turun. Sebab Alfafa ni ejen detox yang mengeluarkan lemak dan toksin ni keluar dari badan.




Kalau perasan set detox ini tiada langsung produk membakar lemak. Itu pun boleh membantu turun berat 4 kg dalam seminggu. Selepas detox badan menjadi lebih bersih seperti baru lepas servis. Selepas itu bila ambil set kurus in shaa Allah lagi cepat penurunannya. Yalah semuanya lebih mudah diserap sebab sudah cuci dulu semua,.

Saya memang sangat tidak sangka mudahnya nak kurus. Kalau tahu dari awal saya buat, hihihi.

Anda berminat untuk kurus dengan sihat. Meh pm dan wasap, saya kongsi jadual saya turun 4 kg dalam masa seminggu.
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim


UPSR 2016

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Selamat menduduki UPSR kepada semua pelajar terutamanya anak-anak murid yang saya kasihi Zulhusni, Qarina, Qistina dan Alia Maisara.

Murid-murid khas bermasalah pembelajaran. Moga Allah Redha dengan setiap ilmu diberikan. Moga ditajamkan ingatan, dipermudahkan menjawab dan dilembutkan Hati pemeriksa untuk membantu. In shaaAllah




Chat Conversation End

Saturday, 3 September 2016

Promosi Vitamin C Shaklee

Teks : Noorhayati Abdul Rahim


Promosi Vitamin C Shaklee September 2016

BUY 2 Get 5 % OFF
BUY 6 Free 1


Meh kumpul order dengan kengkawan

JomπŸƒπŸƒπŸƒ

Umur makin bertambah, kulit makin Kusam..Vitamin C adalah suplemen terbaik memelihara 

kesihatan kulit.

Kulit cantik adalah BONUS. 

Paling utama ia mampu membantu meningkatkan imunisasi badan kitaπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Ibu yang menyusukan anak pun elok amalkan moga khasiatnya turut diserap anak. In shaa Allah

Hidung berair dan kerap bersin akibat resdung juga sesuai amalkan Vitamin C.


Sebelum menjadi lebih teruk amalkan Vitamin C Shaklee 2 biji setiap 5 jam.

Ibu Hamil Alami Bacaan Hb rendah boleh amalkan 'iron' bersama Vitamin C. Ia membantu 

menyerap 'iron' dengan optimum

Ingin cuba?

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Promosi ESP September 2016


Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Bulan ini beli 2 tong ESP dapat 5% diskaun

Kalau beli 6 tong dapat Percuma 1 tong ESP

ESP Promo September

πŸ’Ÿ
Buy 2 get 5% off


πŸ’Ÿ
Buy 6 Free 1
Jom ambil peluang jimat ini..


Untuk Siapa #Esp ni?

πŸ’ŸIbu menyusu anak
πŸ’Ÿibu Hamil
πŸ’Ÿibu berpantang
πŸ’Ÿpesakit gastrik
πŸ’Ÿmereka yang sering letih
πŸ’Ÿibu yang menghampiri menopause
πŸ’Ÿmereka yang menjaga kesihatan
πŸ’Ÿmereka yang sibuk 




Apa kandungan ESP yang boleh membekalkan tenaga segera berjam-jam lamanya?
🍢3 sudu ESP bersamaan 14 g protein
🍢Non GMO yang membezakan ESP dengan soya lain di Pasaran
🍢Lengkap dengan 9 asid amino yang tidak mampu dihasilkan badan

Protein ni makanan sel..sel cukup makan dan sihat memberikan kulit yang lebih sihat dan segar..in shaa Allah

Esp dan Set Hamil
πŸ’Ÿ ESP menjadi sumber tenaga buat ibu Hamil
πŸ’Ÿ membekalkan kalsium buat ibu dan anak dikandung
πŸ’ŸProtein diperlukan untuk pertumbuhan bagi
πŸ’ŸIa juga membantu menguatkan Rahim si ibu
ESP dan set penyusuan Shaklee
ESP membantu memekatkan susu dan mengenyangkan bayi
Selain memberi tenaga buat ibu serta menjaga kesihatan ibu tersayang.

ESP dalam set pantang
πŸ’Ÿmembantu Memulihkan Luka
πŸ’Ÿmemberi tenaga buat ibu
πŸ’Ÿmembantu penyusuan si Kecil
ESP memelihara kesihatan luaran dan dalaman kita dengan izin Allah. In shaa Allah jom cuba.


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim
πŸ’ͺπŸ’ͺ




Virus Zika

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ini wabak baru telah melanda Malaysia yang dikenalpasti sedang aktif di Singapura. Mangsa pertama adalah di Klang, seorang ibu yang pernah ke Singapura bagi melawat anaknya yang telah diserang Virus Zika. Allahuakbar, mendengarkan akibatnya kepada ibu yang sedang hamil menjadikan ia satu Virus yang menakutkan.

Semalam kes terbaru di Sabah, seorang warga tua yang turut diserang virus Zika tetapi meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Di sini saya kongsi sedikit maklumat Virus Zika yang saya perolehi dari Facebook yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Dan jangan lupa amalkan doa Allah pelihara kita dari wabak penyakit di entri saya yang lepas .
Doa dijauhi wabak penyakit.


Moga kita dan keluarga serta seluruh penduduk Malaysia Allah pelihara kesihatan dan keselamatn dari wabak baru ini.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Wednesday, 31 August 2016

Wildlife Theatre Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pasti ramai yang belum tahu mengenai tempat ini 'Wildlife Theatre Melaka'. Saya pun ada asalnya tidak mengetahui kewujudan tempat ini. Kebetulan Program 'Released Stress' bersama calaon UPSR seramai 4 orang diadakan di sini memberi peluang kepada saya melihat apakah tempat bernama Wildlife Theatre Melaka ini.



Kami masuk dan duduk ditempat khas. Ia adalah tempat bagi pertunjukkan Singa Laut. Pertama kali saya melihat singa laut sedekat ini. Matanya bulat dan jarang mahu melihat kami. Hanya fokus kepada makanan mereka iaitu ikan kembung yang dipotong kecil.

Sebelum bermula persembahan kami diberi peluang memegang seekor ular kecil. Ini anak-anak murid yang sedang memegang ular. Cikgunya tidak berani.



Ada juga maskot singa laut yang menyambut kehadiran kami. Sempatlah bergambar bersama singa laut pink ini.

Ada 3 ekor singa laut yang menunjukkan pelbagai aksi bagi menarik perhatian kami. Singa-singa laut ini diberikan dengan nama khas antaranya Charmp, An dan satu lagi saya lupa. Persembahan berlangsung dalam 1 jam.

Saya baru tahu singa laut ini boleh berdiri dan berjalan seolah-olah seperti manusia. Kalau mereka berenang kemain lincah lagi, habis satu kolam air beralun kerana pergerakan mereka.


Berikut antara aksi-aksi mereka yang sempat saya rakamkan.
Aksi mereka menyentuh bola yang digantung tinggi.


Aksi mereka mengimbangi bola sambil bergerak ke darat.

   
Aksi mereka memasuki gegelung.



Kami juga diberi kesempatan membaling gegelung kecil untuk disambut singa laut.


Saya sendiri diberi peluang membaling bola untuk ditanduk singa laut.


Singa laut ini pandai mengikut arahan. Siap boleh menepuk tangan. Kagum sungguh saya melihatnya. Makhluk ciptaan Allah yang sering kita katakan tidak punya akal mampu mengikut arahan apabila dilatih.

Sekiranya anda ke Melaka bolehla berkunjung ke sini.

Tiket hari biasa:
Dewasa          rm 15
Kanak-kanak rm10

Tiket hujung minggu
Dewasa rm20
Kanak-kanak rm 15

Selamat bercuti di Melaka.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Salam Kemerdekaan ke 59 Tahun


Teks: Noorhayati Abdul Rahim



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 Tahun buat semua rakyat Malaysia. Didoakan negara kita sentiasa di bawah pemeliharaan dan rahmatNya. Perpaduan dan kecintaan kepada negara Malaysia kekal selamanya. In shaa Allah.

Sunday, 28 August 2016

Seminggu hilang 4 KG

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Melihatkan sahabat-sahabat berjaya menurunkan berat badan dengan sihat, saya pun tetiba rasa ingin mencuba. Lebih-lebih lagi bila saya menimbang berat saya sudah pun mencecah 65 kg. Ini berat tertinggi yang saya pernah cecah setakat ini. Tidak termasuk waktu mengandung yang berat paling maksima 69kg.

Mulanya susah juga pada hari pertama. Ini sahaja yang saya makan. Sejujurnya saya memang bukan jenis yang makan ulam. Inilah hari pertama ulam raja dan pegaga masuk ke mulut. Memang gigih betul nak sihat dan kurus.


Saya ikut jadual yang diberi oleh team Shaklee. Saya memang jenis tidak menahan makan. Saya akan makan apa sahaja yang saya mahu. Lebih-lebih lagi saya masih menyusukan anak yang berumur 2 tahun sebulan.

Hari pertama makanannya ialah 'raw vegetables'. Menggigil jugalah badan sehingga ke petang. Sudahnya saya makan juga buah-buahan dan minum ESP. Malamnya saya makan pisang sehingga kenyang. Juga diselangi beberapa biji kurma.

Kepayahan memakan sayuran dan buah di hari pertama terubat apabila pada hari ketiga saya menimbang berat saya hampir mencecah 3 kg. 3 hari sahaja telah turun hampir 2 kg. Menjadikan misi detox ini sesuatu yang menyeronokkan.




Hari-hari seterusnya hanya memakan sup sayur bersama ayam dan separuh tapak tangan nasi. Setiap kali makan lebihkan sayuran dan selang masa antara waktu makan, buah-buahan menjadi santapan. Air manis dan makanan manis memang hampir tiada. Paling gigihnya air batu saya tinggal terus serta tiada guna minyak langsung ketika memasak.

Saya juga mengamalkan beberapa produk Shaklee bagi melancarkanlan lagi misi detox saya ini. Ini antara produk yang diamalkan dan fungsinya.



Misi ini menjadi semakin seronok apabila setiap hari ada penurunan berat. Cuma pada hari kelima ada sedikit 'cheat' kerana menghadiri 2 kenduri di rumah rakan. Alhamdulillah di bawah ini keputusan detox saya selepas 7 hari. Sebab saya ibu menyusu memang tidak tinggal protein dan karbohidrat. Kalau bagi individu yang tidak menyusukan anak jadualnya lain sedikit.



In shaa Allah akan datang saya akan amalkan lagi cara pemakanan semasa detox ini. Rupanya tidaklah susah untuk kurus dengan sihat. Lebih baik jika ditambah dengan senaman ringan. Sekiranya berminat mencuba misi detox ini boleh hubungi saya. Saya akan bimbing anda sebaiknya.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Saturday, 27 August 2016

Kisah Nabi Musa dan Tongkat

Tetiba teringat akan kisah Nabi Musa ini yang dikongsi oleh Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz pada seminar yang saya hadiri minggu lepas.

Saya baru sahaja tahu yang Nabi Musa dibesarkan oleh Nabi Syuaib selepas melarikan dari Firaun. Apabila sudah dewasa baru baginda pulang berkumpul dengan Firaun.

Masa baginda pulang itulah Allah bagi mukjizat tongkat boleh bertukar ular. Semasa itu Firaun ajak semua ahli sihir dia bertanding. Firaun ini Ketua ahli sihir

Sihir mereka sebenarnya yang dibaling oleh ahli2-ahli sihir itu adalah tali dan ia tidak bertukar menjadi ular pun.Tetapi sihir mereka itu memukau mata yg melihat tali itu sebagai ular.

Ahli sihir yang membaling itu nampak ia adalah tali. Tetapi yang melihat telah nampak ia sebagai ular.

Sewaktu Nabi Musa membaling tongkatnya ia bertukar menjadi ular.
Ahli sihir itu terkejut. Mereka juga nampak ia sebagai ular bukan tongkat.

Nabi Musa yang membaling pun nampak ia sebagai ular bukan tongkat.
Selepas itu semua ahli sihir itu menyembah Allah kecuali Firaun.

Allahua'lam

Promo Ostematrix Shaklee

Hari ini 28 Ogos 2016

Lagi 4 Hari promo Ostematrix berlangsung.

BUY 2 5% Off
BUY 6 FREE 1

Siapa sesuai?
💟Wanita & lelaki
💟Ibu Alami menopause
💟Ibu Hamil
💟ibu menyusu
💟mereka yang menjaga kesihatan tulang
💟mereka yang bekerja lasak
💟mereka yang sembelit
💟mereka yang sukar tidur

Jom Cuba
017.3737174
Noorhayati Abdul Rahim

Thursday, 25 August 2016

Karnival Sambutan Jubli Perak 25 tahun Masjid Al Azim

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pada 25-28 Ogos akan berlangsung Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Al Azim. Antara aktiviti yang diadakan seperti dalam gambar. Jom sama-sama kita meriahkan dengan ilmu bermanfaat. In shaa Allah.


Durian Murah

Kebetulan tadi cod Herbal Blend Shaklee dengan Lecithin di Sungai Udang. Ternampak gerai menjual durian berhadapan dengan Petronas Sungai Udang.

Durian kampung RM8 sekilogram. Rasanya boleh tahan manis.
Buahnya tidak besar mana, tetapi ada dalam 10 ulas juga masa saya buka salah satu darinya.

 Sesiapa yang mengidam durian Murah bolehla dapatkannya di Petronas Sg Udang. Penuh satu van mereka tadi.



Wednesday, 24 August 2016

World #Quran Hour

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pada 9 Zuhijjah ini ada Program Satu Jam Bersama Al Quran bermula jam 9.00 pagi. Ia program anjuran Rumah Mengaji yang akan dijalankan serentak bersama muslim satu dunia. Kita akan mengaji bersama-sama selama satu jam.


Temanya ialah Berinteraksi dengan Al Quran Cinta & Syukur. Ia akan dilancarkan di Universiti Islam Antarabangsa, di mana di universiti ini terpabagai pelbagai kaum dan bangsa dari segala pelusuk dunia. Jom kita sertai mereka.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Tuesday, 23 August 2016

Teknik Jibril untuk Hafazan Al Quran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah Ahad lepas direzekikan Allah untuk ke Seminar Al Quran bersama Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz di Politeknik Port Dickson, Seremban.

Saya nak kongsi ilmu yang Ustaz berikan ini, moga bermanfaat juga buat semua pembaca. Mungkin ada sedang menghafal ayat al quran ataupun yang sedang mengajar anak menghafaz.

Teknik Jibril

Teknik ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kita yang

  • tidak konsisten
  • mudah lupa
Kenapa dinamakan Teknik Jibril?

Kata Ustaz, sebelum ini beliau pernah melawat hingga ke Gua hira', Jabal Nur. Orang yang pernah pergi mungkin lebih tahu. Nama Teknik Jibril ini diberi atas sebab Ayat Al Quran pertama yang diwahyukan Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah di sini. 

Ia adalah teknik Hafazan Harian yang fokus kepada

1- Berapa? (jumlah halaman)----- 3 baris ayat sehari
2- Berapa lama? (waktu hafazan)-----30 minit sehari
3- Cara mengulang ( waktu ulangan)----- 3x ulang pada waktu solat

Mari kita pergi lebih jelas kepada fokus tadi

3 baris ayat sehari
Contoh seperti gambar

Waktu terbaik untuk menghafal adalah sebelum waktu subuh. Selepas subuh kebiasaan hari bekerja kita sudah sibuk bersiap diri dan anak sebelum bergerak ke tempat kerja.

30 minit sehari

Langkah-langkah:

  • 5 minit (Pembiasan)
  1. Baca secara pandang sebanyak 3x, untuk membetulkan tajwid, baris & makhraj sebutan.
  2. Lihat Tafsir makna ayat untuk memahaminya.
  3. Potong setiap baris kepada beberapa potongan pendek (7-9 potongan)
  4. Baca 2x lagi untuk menghubungkan ayat tadi dengan makna yang baru dibaca.
Surah Al Mulk ayat 13-15
  • 15 minit (Hafaz dan gabung)
  1. Ketika menghafaz, hafaz mengikut potongan yang telah dibuat.
  2. Baca setiap potongan 2x secara pandang, kemudian 2x tanpa pandang.
  3. Setiap kai satu baris berjaya dihafaz, baca 2x tanpa pandang, sebelum beralih kepada baris potongan seterusnya.
  4. Ulangi proses di atas sehingga selesai ketiga-tiga baris.
  • 10 minit (Pengukuhan)
  1. Gabungan hafazan setiap baris itu dengan yang lain.
  2. Apabila ia berjaya dihafaz, cuba baca kesemuanya tanpa pendang (tanpa gagap & sangkut) sebanyak 10x
  3. Selesai menghafaz , kini sudah mula bekerja.

3x ulang pada waktu solat
  • Sebelum solat (Ulang 3 baris yang telah dihafaz sehingga lancar -persiapan)
  • Ketika solat (Baca 3 baris tadi selepas Al Fatihah dalam 2 rakaat pertama)
  • Selepas solat (Baca kembali sebanyak 3 x- zikir wajib harian)
Kesimpulan


Kita adalah Hamba

Teks:

Beberapa hari lepas terkesan dengan dua ayat ini. Terasa terkena tepat ke batang hidung sendiri.




Mencari dia apabila terasa susah, berdoa sebanyak-banyaknya, tetapi apabila diberi nikmat leka dan alpa.




Padahal semua berlaku atas kesalahan sendiri. Ayat-ayat ini memberi peringatan buat diri sendiri. Astagfirullahala'zim

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by noorhayatiabdrahim

Monday, 22 August 2016

Latihan kebakaran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Minggu lepas sekolah kami menerima kehadiran kunjungan dari Jabatan Bomba bagi mengadakan latihan kebakaran di sekolah kami. Siap ada situasi di mana pejabat sekolah berasap (buatan) dan misi menyelamat murid yang dimasukkan ke dalam ambulans.


Selepas siren amaran dibunyikan, murid, guru dan kakitangan sekolah berkumpul di kawasan meletak kereta. Kami diberikan beberapa penerangan mengenai fungsi peralatan yang diletakkan dalam trak Bomba yang canggih ini.

Di awalnya kami diberitahu pakaian lengkap ahli Bomba termasuk kasut semasa sesi menyelamat ialah 35 kg. Sangat kagum mereka boleh Bergerak Pantas dengan membawa berat pakaian sebegini.


Sesi penerangan oleh wakil Jabatan bomba kepada semua warga sekolah kami.

Saya baru tahu bahawa saiz trak bomba yang besar ini terkandung air di dalamnya. Saya terlupa berapa Liter yang diberitahu sebelum ini. Sumber air dari sekitar kawasan kebakaran juga perlu diambil bagi memastikan keperluan air sentiasa ada selain memastikan sumber air di dalam trak sentiasa ada. Ia dilengkapi alat untuk menapis air yang akan masuk ke trak Bomba. Penapisnya seperti gambar di bawah, seperti bakul rotan.


Kami juga diperkenalkan dengan beberapa peralatan. Antaranya alat di bawah ini yang mampu memotong batu dan merenggangkannya jika perlu.



Kami juga diberitahun pili Bomba memang perlu ada dalam setiap rumah taman. Dalam 6 buah rumah bersamaan satu pili bomba. Kedudukan pili bomba ini memang sudah dirancang sebelum taman-taman ini diwujudkan.

Selesai penerangan daripada pihak Bomba, kami diberi peluang menaiki trak Bomba keluar dari pintu belakang sekolah kemudian masuk ikut pintu depan. Siap siren dibunyikan lagi. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki trak Bomba.

























Pengedar Shaklee Melaka

Pengedar Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang & Melaka Tengah Teks: Noorhayati Abdul Rahim Assalammuala...