Saturday, 21 January 2017

Teknik menulis

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Melalui buku "Melatih Kanak-kanak Menulis" tulisan Dr. Suraya Zaidon dan Siti Rasyiqah Munirah Rejab menampal merupakan teknik awal dalam persediaan menulis untuk Kanak-kanak 4-6 tahun.

Kebetulan tahun 2017 tahun pertama saya mengajar Subjek Bahasa Isyarat dan Komunikasi dengan murid pra sekolah yang saya rasa besar tanggungjawabnya. Tapi apabila murid dapat apa yang kita sampaikan Allahu rasa syukur sangat. Yalah kita orang yang pertama memperkenalkan huruf kepada mereka. Huruf- huruf ini akan membentuk perkataan seterusnya ayat yang akan menjadi perantara untuk mereka berkomunikasi.

Murid pra sekolah umur 5 tahun pasti seronok dengan aktiviti berbanding duduk memegang buku sepanjang masa. Teknik menampal sebagai asas permulaan menulis melatih otot-otot lengan dan jari bergerak yang dikawal melalui visual mereka iaitu mata.


Seorang lagi murid bermasalah pembelajaran yang sukar untuk fokus di dalam kelas. Awalnya saya meminta dia melakukan aktiviti mewarna bagi membiasakan menggunakan visual-motor halus serentak. Tetapi bukan sahaja tangan dia perlu saya pegang, matanya turut tidak melihat objek yang sedang diwarnakan. Ditambah lagi dia menguis kertas tersebut sehingga koyak.

Daripada itu saya dapat idea untuk membuat aktiviti mengoyak kertas. YA mengoyak kertas seperti 'simple' kan. Tapi yang mengejutkan saya dia buat dengan sangat baik. Matanya tertumpu pada jari-jarinya yang sedang mengoyakkan kertas tersebut. Dia menggunakan sepenuhnya visual-motor halusnya.

Malah boleh mengikut arahan daripada mengoyak cebisan besar kepada cebisan yang kecil. Kami teruskan aktiviti dengan menampal. Bagi saya dia seorang murid yang bijak, dia pandai mencari ruang kosong untuk menampal kertas yg dikoyak sebelumnya.

Dan akhirnya kelas selama satu jam berlangsung dengan lancar. Dia boleh duduk di kerusinya menumpukan 'kerjanya' tanpa bangun. Nikmat yang besar sangat bagi saya. 


Hasil kerja dua murid yang alami masalah yang sama. ALHAMDULILLAH.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_yatty


Thursday, 19 January 2017

Teknik Menulis

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Tahun pertama mengajar murid bermasalah pembelajaran..menyebabkan saya cuba mencarigali ilmu baru..mendapat kelas yang ada muridnya bermasalah koordinasi visual tidak selari dengan motor kasar dan halus..

Teringat buku yg dipinjam dari sahabat. Pinjam tahun lepas belum mula baca pun lagi. Semalam mula saya baca dan arini terus khatam punya teruja untuk mengajar mereka. boleh juga aplikasi ia pada murid pra sekolah yang juga merupakan tahun pertama saya mengajar.



Biasa setiap tahun saya mengajar murid tahap 2 dan UPSR bermasalah pendengaran tetapi mengikut silibus murid normal.

Melalui buku ini teknik mewarna merupakan antara kemahiran awal sebelum mula menulis. Bagi membiasakan otot-otot tangan (motor halus) bergerak serta murid belajar menguasai ruang dengan mewarna dalam ruangan terhad.

Kedudukan kertas dan postur badan turut mempengaruhi. Kertas diletak serong seperti gambar supaya murid lebih selesa. Sebelah tangan memegang kertas.

Murid saya ini kalau berjalan pun boleh jatuh kerana tidak mampu mengawal visual dan koordinasi badan serentak. Hasil kerja beliau mewarna walaupun tidak sempurna bagi saya sangat baik bagi murid yang mengalami masalah mengawal koordinasi badan. ALHAMDULILLAH 💟


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_yatty

Pengedar Shaklee Melaka

Pengedar Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang & Melaka Tengah Teks: Noorhayati Abdul Rahim Assalammuala...