Saturday, 6 August 2016

Restoran Bas


Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Korang tau tak pasal Restoran Bas Melaka?

Di Melaka bas-bas lama yang tidak digunakan, dijadikan sesuatu yang lebih berguna, 'reuse'
omputih cakap.




Ha meriah x bas ni da jadi restoran sebagai tempat keluarga makan juga menghabiskan masa bersama. Kebanyakan bas-bas ini tidak memasak makanan di dalam bas, tapi gerainya di luar, makan sahaja dalam bas.



Ni masa ke sana bersama anak-anak sempatla minum air kelapa dengan makan Char kew tiau. Restoran bas ni terletak di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka. Tepi pantai tau, jadi memang sesuai sangatla kalu nak berekreasi dengan keluarga. Kalau hujung minggu memang ramai, sepertinya  semua orang Melaka di sini.

Nak cari tandas pun senang. Tandas bas namanya ni..hihihi



Bukan Restoran bas je ada, Hotel Bas pun hado.Nama dia BUSTEL, memang sesuai untuk mereka yang datang dari luar Melaka. Hotel dalam bas.

Gambar ni saya amik di web Projek Travel. Kalau sesiapa mahu menginap di sini bolehla hubungi nombor telefon tertera yer.




Hah sederet Bas Hotel (BUSTEL). Tempat ini boleh menjadi tempat tumpuan dan menarik untuk anda lawati, in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...