Friday 16 June 2017

Tempoh Simpanan Susu EBM

Baru ini ada sahabat bertanya tempoh Simpanan Susu EBM yang baru diperah sekiranya diletakkan pada suhu bilik.

Jom kita semak jadual ini moga bermanfaat.


Doa bebas daripada bebanan hutang

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Salam Ramadhan 22. 10 hari terakhir ini mati kita ambil kesempatan berdoa dengan lebih banyak. Moga Allah bantu kita untuk bebas daripada bebanan hutang. AMIIN


Wednesday 14 June 2017

Ramadan 2017

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Image may contain: text


[Puasa]

Mendidik anak-anak berpuasa bukanlah mudah. Emak ayah kene bertukar jadi 'narrator'. Kadang lucu, ape idea yang keluar terus terpacul kat mulut bagi memujuk anak.

Bila jam dah menghala ke petang mulala macam-macam karenah anak-anak mintak dilayan. Nak air,.nak minum..nak Vitagen..
Temperature mama pun boleh naik bila semua alasan tidak mahu diterima😅


"sikit je lagi"
"jarum panjang tu ke no 3 dah azan"
"kawan-kawan semua puasa, malulah"
"kita puasa kerana ape?,kerana Allah kan"
"Nak masuk syurga ke nak kawan dengan Syaitan"

Bila berjaya perlulah dipuji.

"hebat abang boleh puasa kan"
"siapa bagi abang tenaga boleh puasa sampai abes-Allah"

"Tahniah abang berjaya bagi semua Syaitan menangis sebab abang puasa sampai berbuka"

"Kalau abang buka puasa awal tadi berkumpul Syaitan panggil kawan-kawan dia bertepuk tangan sebab abang jadi geng dia xpuasa"

Alhamdulillah Aqif dan Asfa puasa sampai berbuka semalam walaupun en.abah bawa p soping raya tghari semalam.

Sampai je rumah mama terus suruh mandi supaya badan lebih segar. Selepas itu solat zohor dan di'paksa' tidur. Jadi bila bangun tu tidaklah lama masa menunggu untuk berbuka. Kene pulak ada upah nak berbuka nanti dengan air Vitagen😀

Ini hanyalah permulaan. Macam-macam lagi karenah anak-anak mama mintak dilayan.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Tuesday 13 June 2017

Vitamin C


Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah..#testimoni #vitamincShaklee


"kulit cerah" "putih"

           "xnak tukar dah"


Adik pun nak beli jugak, kawan yang lelaki pun nak order.

No automatic alt text available.

Monday 12 June 2017

Detox



Teks: Noorhayati Abdul Rahim

[Eat Clean & Detox]

Baru nak start detox dengan eat clean khas untuk ibu menyusu. Kalau dulu saya detox hari pertama ke 3 hanyalah sayuran dan buah-buahan dan ia memang menjadi. Walaupun menipu jugalah makan nasi sebab masih menyusukan si Afif boleh menggigil satu badan.

Kali ini untuk ibu menyusu hanya amalkan 'eat clean'.
 Apa tu?

Jaga 'portion' dalam pinggan makan.

1/4 nasi (karbohidrat)
1/4 protein (ikan, Ayam, daging)
1/2 fiber (sayuran dan buah-buahan)


Image may contain: food

Saya memang jenis tak makan ulam. Dari kecik saya tak pernah makan ulam-ulaman. Tapi sejak saya cuba untuk Detox, saya PAKSA diri saya makan ulam. Masa tu saya makan ulam raja, pegaga, kacang botol. Sampai kawan saya cakap boleh tertipu tengok kak Yat makan nampak sedap tapi sendiri makan memangla xsedap.hihihi

Jadi kalu tengok portion eat clean ni sesuaila untuk yang berpantang cam saya nikan. Yang penting cukup nutrien untuk baby juga.

Detox ni bukan semata nak buang lemak..nak turun berat semata, tetapi mengeluarkan juga toksin-toksin dari badan. Jadi badan lebih sihat dan cergas in shaa Allah.💪

Nak lagi best amalkan set detox Shaklee sama.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Sunday 11 June 2017

Vivix Shaklee

Cerita ini saya kongsikan daripada cerita seorang teman di aplikasi telegram tanpa sebarang 'edit'. Testimoni pula adalah daripada pelanggan saya sendiri.

[Cerita Vivix dan Diabetes dari seorang anak]

Image may contain: 1 person, text

Pagi semalam, mok Imma gi Hospital Kubang Kerian.

Nak ambil result darah. Hari tu dah pergi untuk ambik darah. Biasalah hospital kerajaan ambil masa sikit nak tau result darah kan.. Kene tunggu tarikh berikutnya baru boleh dapat tahu result.


Bila mok update result kat whatsapp group, 1 family happy dan bersyukur sangat. Sebab mok kata, bacaan kencing manis dah turun kepada 5.1!

Imma ingat lagi, 2 bulan lepas, Imma balik kampung. Masa tu ibu jari kaki mok luka dan bernanah. Risau sangat, sebab bernanah dan keluar air bisa. Bawa mok pergi klinik, doktor cek kencing manis mok 14. Doktor kata, at least nak 8 sebab mok memang dah lama menghidap kencing manis.. so doktor macam tak konfiden nak target turun banyak, tu yang doktor kata at least 8.

Masa tu baru 2 botol vivix mok makan, Imma bagitau mok, teruskan je makan. Imma akan kirim vivix kat mok tiap bulan. Masuk bulan April, Imma kirim botol ke 3 kat mok.

Alhamdulillah. Tak sangka pulak semalam bacaan kencing manis mok turun banyak. 5.1.. syukur sangat sangat.

Pastu, mok kata kolestrol jahat pun turun jugak, daripada 8 kepada 4. 😭😭

Syukur alhamdulillah. Hadiah untuk mok sempena Hari Ibu semalam.

Imma pesan kat mok, kalau consume vivix jangan tinggalkan ubat yang hospital bagi. Just makan macam biasa ubat hospital tu. Air kosong kene minum.

Syukur alhamdulillah.. happy sangat. Tq Allah, kerana izinkan semua ini berlaku. 😭

Kalau ada kawan-kawan yang ada mak menghidap kencing manis, Imma sangat rekomen bagi mak korang consume vivix. Serius, Imma boleh katakan pelaburan yang sangat samgat berbaloi. Lagi pun, mak kita sendiri juga yang sihat.

Botol ke 4 vivix bakal menyusul dengan ikatan reben dan kotak berbalut cantik, istimewa untuk bonda tersayang. 😘😘😘😘

Sayang mok. 😊

Ingin cuba boleh whatsApp na.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Saturday 10 June 2017

Tips Penyusuan



Merancang menyusukan si kecil anda?

No automatic alt text available.

Jom kongsi tips penyusuan ini;

1)Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.


2)Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.

3)Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.

4) Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.

5)Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.

6)Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.

7)Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.

8)Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Friday 9 June 2017

Stok Susu Ibu

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Saya nak kongsikan cara untuk pindahkan stok susu ibu sekiranya kita berpantang di kampung dan bagaimana untuk bawa pulang ke rumah kita dengan keadaan susu kekal beku sekaligus selamat untuk diminum anak.

Dahulu masa anak pertama memang kurang ilmu sampai tidak buat stok punya takut susu rosak. Sudahnya tidak mampu menampung keperluan anak. Harap tidak terjadi pada ibu-ibu yang lain pula yer.

Misi membawa pulang susu ebm #adamareez ke Melaka dari Kuantan menyebabkan pelbagai amanat diberikan kepada suami.

"abang x off kan deep freezer kat umah?"
"abang jangan tutup ekon kereta yer"
"abang sampai2 nanti uruskan ni dulu tau, masuk satu plastik, nant saya tau ikut batch"


Almaklumla sudah hampir 3 tahun tidak mengangkut stok ebm seperti ini.

Ok mula-mula
Image may contain: food

1. Mampatkan stok ebm berselang seli dengan ais. Pastikan semua bahagian kena dan 'cover'.

Image may contain: one or more people, people eating and food

2- Taburkan garam. Garam ini yang akan mengekalkan keadaan ais tetap beku sehingga ke destinasi.

No automatic alt text available.

3- Tutup dengan surat khabar yang bertindak sebagai penebat haba.

Image may contain: candles

4- Tutup rapat-rapat kalau boleh ikat dengan tali atau tindih dengan benda berat.

Pastikan 'ice box' ini berada dalam kereta yang dipasang penghawa dingin. Perjalanan ke Melaka mengambil masa dalam 4 jam. Sampai-sampai terus masukkan dalam 'deep freezer'. Pastikan 'deep freezer' itu sudah dipasang awal sebelum suami pulang ke kampung. Jadi apabila sampai rumah 'deep freezer' sudah bersedia menerima stok ebm beku.

Jangan simpan kalau stok susu ibu itu telah cair. Ia perlu dihabiskan dalam masa 2 jam. Selebihnya terpaksa dibuang. Sedihkan kalau terjadi begitu. Jadi usahakan minimumkan kesilapan. On deep freezer awal-awal. Susu ibu yang sudah cair dibimbangi telah tercemar dengan bakteria. Kasihanilah anak kita. Jangan ambil ringan yer.

Moga ilmu ini bermanfaat in shaa Allah,

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Thursday 8 June 2017

Set Umrah Shaklee


Teks: Noorhayati Abdul Rahim

No automatic alt text available.


Beberapa minggu lepas ada yang bertanya pasal Set Umrah/Haji ini. Kebetulan mak dan abah saya nak pergi menunaikan ibadah umrah ada beberapa produk yang akan saya bekalkan buat mereka in shaa Allah.

Antaranya

1. Performance Drink

Untuk hidrasi imbangi cecair badan dan mengelakkan kekurangan air dan kekeringan


2. Nutriferon
Membantu meningkatkan daya tahan kepada penyakit

3. Vitamin C
Meningkatkan imunisasi badan

4. Vitalea 

Multivitamin yang membekalkan tenaga

5. Ostematrix 

Sebagai sumber kalsium melancarkan pergerakkan sendi dan mengurangkan sakit lutut dan pinggang

6. B complex 

Melancarkan peredaran darah

Ini antara  suplemen yang saya siapkan masuk dalam pillbox untuk mak abah selama 2 minggu di tanah suci.

No automatic alt text available.

Alhamdulillah mereka pun telah selamat pulang dengan sihat dan selamat 25 Mei lepas, syukur.


Ada yang nak hadiahkan pada yang tersayang?
Roger saya yer.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Wednesday 7 June 2017

Omega Guard

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Ada yang bertanya mengenai Omega Guard untuk anaknya yang kerap alami batuk dan semput.

Testimoni dari customer saya sendiri yang anaknya mengalami asma. 


Image may contain: 2 people

🌹Batuk semakin berkurang
🌹Tiada lagi muntah
🌹BERKESAN
👍👍👍👍👍

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Tuesday 6 June 2017

Ubat Tahan Sakit Gigi

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

[Ubat tahan sakit untuk ibu menyusu]

Baru-baru ini saya ke Klinik Pergigian swasta. Sementara menunggu ubat bius bekerja, saya berborakla dengan doktor.

Saya:
"Saya menyusukan anak doktor, saya pergi klinik kerajaan tapi kena tunggu temujanji minggu depan. Saya kesian kat anak kalau saya banyak makan antibiotik dan ubat tahan sakit nak sampai ke minggu depan. Harap setel hari inilah. (cabut gigi)"

Doc:
"Ok kita tengok boleh tidak setel hari ini"

Sambil itu doktor menyiasat ubat apa yang saya dapat. Saya dapat antibiotik Amoxycillin warna purple kelabu dan ubat tahan sakit Mefenamic Acid warna biru kuning.

No automatic alt text available.

Doc:
"Antibiotik itu tiada masalah boleh ambil, cuma ubat tahan sakit tu puan tak bagitahu ke puan menyusukan baby. Sebab ubat tu akan masuk ke saluran susu ibu. Bila baby minum dibimbangi baby kene cirit-birit atau naik alergi. Sebab baby kita tak tau macamana respon dia dengan ubat kita ambil.

No automatic alt text available.
Saya:
"Saya baru makan 2x ubat tahan sakit ni semalam doktor. Buat masa ini baby xde simptom camtu. Cume saya ada buat stok susu jadi terpaksa buangla."

No automatic alt text available.

Kemudian doktor cuba mulakan rawatan. Setelah beberapa kali bius saya masih merasa sakit. Sebab kuman akibat jangkitan itu masih ada. Antara ilmu baru yang saya dapat arini. Selagi sakit bermakna jangkitan masih ada dan kita perlu teruskan makan antibiotik sekurang-kurangnya 3 hari.

Jangkitan akan menghalang ubat bius daripada bekerja sepenuhnya. Akibatnya semasa rawatan sedang berlangsung kita akan alami rasa sakit. Di akhirnya saya tidak dapat meneruskan rawatan dan perlu menghabiskan antibiotik selama 5 hari dulu bagi mematikan kuman dahulu.

Berbalik kepada ubat tahan sakit tadi, doktor memberitahu hanya Paracetamol yang selamat untuk ibu menyusu kerana ia tidak akan masuk ke saluran susu dan terus ke sistem perkumuhan kita.

2 ilmu saya dapat hari ini, ubat tahan sakit yang selamat untuk ibu menyusu dan jangkitan menghalang ubat bius bekerja secara optimum.

Moga ilmu ini bermanfaat untuk anda juga yang berstatus ibu menyusu.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Monday 5 June 2017

Pink

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

My boy in pink😘

#adamareez
#azatykids


Dua tahun lepas encik suami aktif menjual rompers dan jumpsuit. Jual di pasar malam dan Facebook. Meniaga di pasar malam dalam 2 bulan sahaja. Sebab puan isteri cadangkan berhenti berniaga.

Bukan tidak mahu menyokong tetapi rasa seperti tiada 'life' dan tidak berbaloi dengan penat serta masa diluangkan. Setiap hari bekerja tetap sampai rumah sudah pukul 6 petang dan sambung berniaga di Pasar Malam pula. Sabtu di Pasar malam Alor Gajah dan Ahad di Pasar malam Masjid Tanah. Gigih suamiku mencari rezeki untuk kami anak beranak tanpa cuti.

Belum masuk pergi ambil stok pakaian di Puchong dan GM Klang hanya dengan menaiki motorsikal dari Melaka. Bukan sebab mahu jimat duit minyak, tapi tidak gemar menempuh jem yang boleh mendatangkan tekanan tahap maksima.

Kemudian timbul pula bunyi pinggang sudah kerap sakit. Yalah menunggang motorsikal dalam perjalanan yang jauh serta mengangkat 'generator' sebagai sumber tenaga elektrik di waktu malam. Boleh tahan berat juga nak angkat generator tu. Suami memang tiada pembantu manakala puan isteri pun tidak mampu membantu sebab menguruskan 3 hero di rumah.

Sudahnya demi keluarga tersayang dan kesihatan suami pun berhenti meniaga. Jadi masa tu ada stok rompers dan jumpsuit yang comel. Banyak jugakla. Kami bagi sahaja kepada satu tempat yang memerlukan. Dan masa itu saya pilihla beberapa helai yang saya berkenan.

Entah bagaimana saya pilih warna pink sahaja semua. Mungkin terpengaruh dengan beberapa individu yang tolong 'telek' baby nombor empat mungkin perempuan dengan IzinNya.

Dan nombor 4 ni Allah rezekikan lagi bayi lelaki. Alhamdulillah. Jadi kupakaikan sahajalah stok baju pink yang ada. Comel je baby boy pakai kaler pink kan?

Jangan marah yer. Post panjang nak cerita pasal baju kaler pink ni je.


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Sunday 4 June 2017

Set Pantang Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Beberapa harini ramai bertanya mengenai Set Pantang Shaklee.

Apa yang istimewanya Set ini?

Set ini boleh diambil ketika hamil, berpantang dan menyusukan bayi.

Sebotol boleh tahan 1 hingga 6 bulan. Jimat kan?


Ape lagi khasiatnya?
No automatic alt text available.
Set berpantang dan menyusu dan kesihatan.

💟ESP
Memulihkan luka dalaman dan memekatkan susu

Bonus: Kulit cantik gebu.

💟Vitamin C
Luka pulih cepat dan meningkatkan sistem pertahanan badan untuk mencegah penyakit ibu dan bayi serta memberikan kulit yang cantik.

💟 B compex
Melancarkan peredaran darah serta memberikan rse tenang bagi ibu berpantang

💟Vitalea with Iron
Sebagai multivitamin yang lengkap memberi tenaga buat ibu berpantang

💟Ostematrix
Sebagai sumber kalsium untuk ibu dan bayi sekaligus menstabilkan tekanan darah ibu. Bonus melawaskan sistem pencernaan ibu semasa berpantang

💗Alfafa
Meningkatkan penghasilan susu ibu

Ada yang nak cuba?

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Saturday 3 June 2017

Doa Kesejahteraan

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Image may contain: text

Hidup bila tidak berhutang tidak merasalah orang kata. Baru kerja bagaimana mahu beli kereta dan rumah secara tunai betul x?

Saya kongsikan doa yang terdapat dalam Mathurat dan Ustaz Ebit Liew pun ada sarankan doa ini bagi meringankan baban hutang yang kita tanggung. Sebab hutang hidup boleh tertekan dan suami isteri bergaduh.

Moga Allah beri kekuatan untuk kita amalkan dan istiqamah di jalanNya in shaa Allah.

Saya pinjamkan juga kata-kata dari seorang tokoh yang saya perolehi dari aplikasi telegram.

Amalan yang bisa membuka pintu rezeki misalnya sholat tepat waktu, memperbanyak istigfar, silaturahim, dan sedekah.~Aa Gym~

Selamat beramal.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Friday 2 June 2017

Pengedar Shaklee Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sahaja ingin berkongsi rasa apabila pelanggan 'reject' kita.


No automatic alt text available.

Individu yang hanya bertanya tidak membeli sebenarnya pelanggan juga. Kita tidak perlu punya rasa kecewa dengan 'rejection' atau 'pelanggan tak jadi' ini. Sebab Allah kan Maha Pemberi Rezeki. Kalau Allah sudah tentukan rezeki kita macamana mengelak pun pelanggan akan cari kita juga begitu juga kalau sebaliknya.

Baru-baru ini ada seorang pelanggan yang pernah menghubungi saya suatu ketika dahulu dan kemudian diam. Saya simpan sahaja nombor telefon dengan namanya. Mana tahu akan datang dia akan mencari saya semula kan.

Tetapi setiap pertanyaan 'pelanggan tak jadi' atau 'pelanggan survey harga' kita layan sahaja dengan ikhlas dan gembira tanpa mengharap balasan. Kalau dia mahu beli dengan kita maknanya itu rezeki kitalah dan kalau sebaliknya Allah lebih tahu yang terbaik dan mungkin akan diganti dengan lebih baik sekiranya kita redha, in shaa Allah.

Sebelum ini dia ambil dengan Pengedar Johor katanya melalui Pos. Kali ini suami hantar terus sampai depan rumah siap dapat percuma pillbox. Tidak rugi sekiranya ambil produk Shaklee dengan kak Yati Pengedar Shaklee Melaka ni tau.

Ada lagi nak cuba?


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Thursday 1 June 2017

Pengalaman Pertama

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itu yang mampu dilafazkan selepas melahirkan anak ke empat saya pada 28 April yang lalu. Dilahirkan pada 1 Syaaban bersamaan dengan hari Jumaat. Jangkaan awal ialah 25 April tetapi baby nak keluar Jumaat. Syukur juga kerana pernah saya mengucapkan kepada suami, seronoknya kalau baby keluar hari Jumaat. Alhamdulillah Allah makbulkan ucapan saya itu.

Ini adalah pengalaman pertama saya melahirkan anak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan. Ketiga-tiga anak saya dilahirkan di Hospital Melaka. Memang perancangan saat akhir kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung (Kuantan) supaya saya boleh melahirkan anak di sini. Jadi tidaklah renyah saya ingin berkemas di dalam pantang. 

Anak-anak semua akan ikut saya bercuti selama dua bulan di kampung. Anak yang sulong akan bersekolah darjah 1, manakala anak kedua didaftarkan di tadika cawangan Kuantan. Yang nombor 3 masih belum bersekolah.

Pengalaman saya sewaktu di HTAA memang berbeza dengan Hospital Melaka. DI HTAA terdapat dua tempat bersalin 'Low Risk' dan 'High Risk'. Memang bilik bersalinnya tidak sesibuk di Melaka. Orang kata masih relax lagi. Saya serah diri ke wad pada 26 April (Rabu) selepas zohor. Wad saya betul-betul berdepan dengan 'Labour Room' (LR). 3-5 langkah sahaja dari pintu LR. Wad saya bukanlah sebuah bilik tapi hanya ditutup dengan tirai langsir dan hanya ada 2 katil sahaja untuk ibu-ibu menunggu waktu bersalin. Memang 24 jam kene bertudung sebab suami kepada isteri di dalam LR bebas masuk menjengah isteri memasing. Nasib katilnya di bahagian paling hujung. Masih ada lagi wad lain di luar yang saya masuk selepas bersalin. Kuotanya lebih ramai, adalah dalam 10 katil. 

Berbeza dengan Melaka, sebelum kaum adam ini masuk area LR memang ada nurse @ guard ikut. Mereka akan pastikan semua tirai di LR ditutup baru kaum adam boleh masuk menuju LR yang menempatkan isteri mereka. Jadi di situ aurat masih terjaga lagi in shaa Allah. 

Di HTAA bilik bersalin 'Low Risk' doktor kebanyakkan muda-muda dan baik. Awal-awal saya dah mintak doktor perempuan. Alhamdulillah mereka faham. Hari Khamis 27 April itu seharian saya bersantai sambil baca buku yang dibawa, kadangkala mengaji, kadangkala tidur. Yalah saya yang paling relaks sebab sakit ala-ala sahaja, doktor pun tidak datang periksa. Kecewa juga awalnya rasa seperti tidak dipedulikan, tetapi apabila nurse datang periksa 'contraction' saya masih belum kuat. Siap nurse gelak-gelak tengok saya relax sangat. Bahagian paling tidak seronok, sampai 3 kali partner sebelah katil bertukar. Yalah diorang masuk LR, saya juga menunggu kekecewaan. Tapi belum sampai masa kan nak buat macamana.

Tepat 12 malam doktor panggil saya masuk LR dan telah tiba 'turn' saya pula. Kiriman air milo pada encik suami tidak juga kunjung tiba. Apabila masuk LR saya telefon suami yang sedang makan berdekatan kawasan hospital. Terusla dia teman saya sepanjang proses menahan sakit itu. Disebabkan 'contraction' saya tidak kuat mana, prosesnya lambat. Jadi doktor masukkan ubat melalui tiub di tangan untuk percepatkan/kuatkan 'contraction'. Ini pengalaman pertama saya, yang tidak saya lalui semasa 3 anak sebelum ini. Sebab itu kesakitannya lain macam. Out of control, seperti kembali kepada kelahiran anak pertama.

Semasa proses melahirkan doktor mengesyaki bayi saya terbelit dengan tali pusat. Lebih-lebih lagi  jantung baby makin menurun. Doktor membuat keputusan untuk menghantar saya ke 'High Risk' bagi menjalani pembedahan. Ya Allah dalam keadaan yang sakit itu, saya tidak mampu berfikir hanya berserah. Tetapi dalam hati meminta juga kepada Allah untuk kelahiran normal. Rasa takut mendengar perkataan 'operation'. Proses untuk menaiki ambulan ke bangunan lain pasti tidak menghilangkan kesakitan yang saya alami dan ia tidak melegakan.

Ketika doktor membuat panggilan telefon meminta ambulans, alhamdulillah ketika itu Allah memakbulkan permintaan saya. Allah izinkan saya melahirkan bayi saya secara normal. Hanya ibu-ibu sahaja yang tahu bagaimana leganya perasaan kami suami isteri ketika itu. Bukan itu sahaja Allah juga makbulkan permintaan saya untuk dapat baby hari Jumaat. Ya Allah syukur sesangat Allah Maha Baik. Membantu di saat genting yang ketika itu kita sangka tiada lagi jalan keluar. Alhamdulillah.

Image may contain: 1 person

Bayi lelaki dilairkan pada 28 April 2017 pada jam 3.43 pagi. Seberat 3.75 kg. Mohon didoakan anak lelaki keempat saya Muhammad Adam Areez menjadi anak yg soleh serta mukmin yang berbakti. In shaa Allah amiin.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...