Saturday 29 December 2018

Ibrah Surah Al Fatihah

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sumber YouTube: Ustaz Shaari Abdul Rahman (Ibrah Surah Al Fatihah)

Tips makbul DOA dari surah Al Fatihah

1. Puji-puji Allah
(Cth Ya Allah Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang, rumah tanggaku diuji dengan ekonomi, dengan kesihatan org tersayang- jangan prasangka buruk pada Allah)
Cth Nabi Ayub berdoa dengan Allah tanpa berprasangka buruk pada Allah, Nabi Ayub diuji sebab Allah sayang baginda.

2. Mintak tlg Allah sungguh-sungguh

3. Nyatakan asbab makbul doa apa yang boleh bantu Agama/kembali Allah
(Contoh: Mintak Allah murahkan rezeki supaya dapat bersedekah setiap hari)

Belajar dari doa Nabi Zakaria mohon zuriat untuk pewaris ajar taurat kepada bani israel

Qarun mintak Kaya dengan Allah tetapi tidak meminta utk kebaikan agama..Allah bagi kaya tapi akhirnya dia makin Kaya, lalai dan menunjuk2 serta khianat pada Nabi Musa dan pengakhiran hidup yang buruk

Mohon Allah beri kesihatan untuk lebih kusyuk dalam solat.

Sebab SOLAT?
1- Sebab kita adalah hamba, Tuhan suruh kita buat.
2- Tanda berterima kasih/syukur atas nikmat-nikmat yang Allah bagi pada Kita
3- Memelihara diri dari azab Allah di akhirat (rasa takut, Allah sentiasa perhatikan kita)

Assirat= Jalan yang lurus
Mustaqim= Jalan menuju ketinggian yang kita baca semasa berdiri tempat paling yang mana masa berdiri kita mudah untuk mencapai sesuatu

Israk Mikraj = Rasulullah bergerak dari Mekah ke Baitulmuqaddis (jalan lurus) Dan naik ke Sidratul Muntaha (menuju ketinggian)

CIRI-CIRI ORANG DAPAT HIDAYAH (berada di tempat tinggi)

1- Mereka nampak apa yang orang lain tak nampak
Perumpamaan naik kapal terbang di tempat paling tinggi akan lebih luas pandangannya (boleh nampak) berbanding yang ada di bawah.
Orang dapat hidayah nampak 'bahaya' berbanding orang lain contoh MENUNDUKKAN PANDANGAN APABILA NAMPAK PEREMPUAN CANTIK . Mereka faham akan mukadimah perzinaan.
Ketika Rasulullah diuji dengan kewafatan putera baginda yang kedua, apabila Mendengar surah Al Kauthar surah paling pendek dalam Al Quran baginda yang sedih boleh tersenyum dan memujuk Siti Khadijah untuk bersabar kerana baginda faham apa yang Allah sampaikan.

2- Selalu merasa ibadahnya xsempurna, xckup membuatkan dia nak buat lagi, nak tambah lagi.
(Perumpamaan kapal terbang berada ditempat tinggi menjadikan mereka takut terhempas.

Cth kalau bersedekah dia rasa xckup nak sedekah lebih lagi kat tempat lain.
Semakin belajar agama semakin risau.

Ciri Nabi Ibrahim yang membina Baitullah bersama anak baginda dengan cara terbaik. Walaupun tidak berbuat dosa beliau berdoa bertaubat kepada Allah kerana merasakan kerja baginda kurang sempurna.

Sebelum tidur rasullulah membaca surah Al Mulk dan Assajadah surah paling banyak cerita tentang neraka walaupun baginda penghulu syurga.

Sahabat nabi dijamin syurga banyak baca surah Al Munafiqun kerana risau mereka tergolong dalam golongan munafik.

3- Bila berada di atas dunia nampak kecil. Orang dapat hidayah memandang dunia hanyalah sementara dan akhirat yang kekal

#notaalfatihah
#backtoalquran

Thursday 27 September 2018

Tempat Menarik di Muar Johor

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pada cuti hari 1 Malaysia yang lalu, saya dan suami bawa anak-anak ke Don Hu Jurassic Park Muar.
Lagi satu tempat 'seronok' yang bajet bagi saya.


Kenapa saya kata bajet, kalau ke sini tanpa apa-apa penyertaan aktiviti di sini, anak-anak masih boleh berseronok. Saya hanya google maps Dinasour Park Muar untuk ke sini hasil informasi kawan sekerja. Ada satu bahagian terdapat patung-patung Dinasour dibina dan kita boleh masuk secara percuma. Ada pelbagai patung dinasour dengan pelbagai saiz.







Kalau tanya saya nama-nama dinasour ini memang saya tidak tahulah kan. Janji anak-anak seronok rasa bermakna betul percutian separuh hari ini.


Ada beberapa aktiviti berbayar yang terdapat di sini. Antaranya menaiki gerabak keretapi mengeliling trek disediakan. Awalnya saya sangkakan RM10 per kepala. Rupanya RM10/gerabak. Rezekilah anak-anak dapat naik bersama abahnya. Siap abang-abang dapat duduk gerabak depan secara percuma.


Lagi satu yang menarik ialah permainan Dinasour Water. Sekali naik RM10 dan boleh naik 2 orang. Kalau anak kecil boleh ditemani ibu atau ayah.


Lagi satu permainan yang kami cuba, saya tidak ingat namanya. Tetapi anak-anak dan abahnya dapat merasai naik dinasour atas trek yang disediakan. Hanya RM5 untuk seekor dinasour. Mak jadi penonton sahaja dari luar.


Maaf gambar tidak berapa jelas sebab kenderaan sedang bergerak. Almaklumlah handphone murah.
Lagi 1 permainan kereta langgar. Yang ini sahaja anak-anak tidak sertai. Ada juga dijual pelbagai cenderama berbantuk patung dinasour dan payung.

Kebetulan hari itu sebelum kami nak balik hujan lebat yang lama jugalah. Terpaksalah kami beli payung sebagai kenang-kenangan untuk bergerak ke kereta yang berada di luar bangunan. Oh ya, sementara menunggu hujan reda sempatlah 'seekor' dinasour terlepas berhampiran kami.


Bahagian paling terakhir kalau datang ke Muar mestilah kene cuba Mi Bandung Muar. Kami google maps sahaja, keluarlah maps Mee Bandung Udang Galah Muo Ori.


Tu dia udang galahnya. Tak silap hari itu, ada dalam 6 ekor. Jangan ditanya harga, sebab kami bayar langsam dengan yang lain sekali. Lagipun encik suami bayar, puan isteri makan sahaja.

Cubalah datang ke Don Hu Jurassic Park Muar, pasti anak-anak gembira. Tapi ada anak sahabat pergi menangis sebab ada bunyian suara dinasour. Takut kena makan barangkali.

Ada yang ingin mencuba produk Shaklee?
SMS/ WhatsApp: 0173737174
Instagram: noorhayati_abdul_rahim


Wednesday 26 September 2018

Tempat Menarik di Port Dickson

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah, sudah lama tidak menulis di sini. Tajuknya tempat menarik di Port Disckson. Tetapi sebenarnya satu tempat sahaja yang nak diceritakan.

Kebetulan beberapa minggu lepas, semasa cuti 1 Muharram, kami bawa anak-anak ke tempat yang dekat sahajalah dari Melaka. PD Ostrich Show Farm. Banyak sangat pengalaman yang anak-anak boleh kutip di sini. Bukan ada Ostrich sahaja, pelbagai haiwan lagi yang kita boleh bagi makan dan pegang.


Masuk-masuk sahaja sudah boleh bagi makan kambing, kemain seronok anak-anak tidak takut langsung. Bersebelah Ostrich Farm ini ada juga Dinasour Park, tetapi kami tidak masuk memandangkan kos yang tinggi bila kene bayar untuk lima orang. Kita cari 'keseronokkan' yang bajet sahaja.

Oh ya, bayaran masuk ke PD Ostrich Show Farm ini RM15 untuk Dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Jadi kos untuk kami berlima tidak termasuk si kecil ialah RM60. Belum termasuk daun-daunan dan palet RM6 untuk diberikan kepada haiwan yang terdapat di sini.


Tengoklah Ostrich itu, bagi palet ia makan, bagi daun saya tak pasti daun apa pun ia makan, tidak menolak langsung. Walaupun saya tiada keberanian nak bagi ia makan secara langsung daripada tapak tangan saya, tapi menurut pekerja di situ Ostrich ini tidak menggigit jadi tidak perlu takut. Saya melihat sahajala Ostrich itu mematuk makan palet di tapak tangan suami.


Kami juga diberi peluang untuk bagi makan Arnab. Ada pelbagai jenis arnak dan ada juga tikus belanda. Anak berpengalaman memegang arnab jinak di situ sambil mendengar bunyi bising angsa di sebelah tempat arnab tadi.



Tengoklah si kecik itu kemain berani lagi, geram sungguh dia dengan arnab itu. Jangan risau ada paip disediakan untuk membasuh tangan anak-anak selepas memberikan haiwan-haiwan di sini.

Kebetulan kami sampai staff di sini mengadakan Ostrich Show. Sebenarnya anak-anak dapat pengalaman berlumba dengan Ostrich. Lucu sungguh melihat anak-anak lintang pukang berlari bersama Ostrich.

Antara haiwan lain yang terdapat di Ostrich Farm ini iailah ayam, unta, ayam belanda, lembu dan banyak lagilah.




Tengok unta ini macam menyedihkan pula. Yalah tinggal sendiri tanpa pasangan di negeri yang bukan tempat asalnya.


Nasib baik anak-anak pakai baju hijau bukan baju merah, kalau tidak mesti perlu berhati-hati. Hihihi gurau sahaja.



Ostrich Farm ini dihadiri oleh banyak burung merpati. Mungkin kerana banyak makanan di sini.




Oh yer, kami diberitahu sebiji telur Ostrich ini mampu menampung berat 120 kg. Kami berpeluang memijak sendiri telur Ostrich, seperti tidak percaya memang keras sangat.



Sempat kami berselfie bersama Ostrich.

Jadi kalau mencari tempat yang anak-anak boleh merasai pengalamn sebenar bersama haiwan, jangan luoa singgah di PD Ostrich Show Farm. Harga masuk yang mampu milik dan sangatlah berbaloi untuk sekeluarga. Di dalam juga ada tempat untuk beli air dan makan, tidak perlu risau anak-anak haus semasa beraktiviti.

Mencari Produk Shaklee?
SMS/WhatsApp: 0173737174
Instagram: noorhayati_abdul_rahim

Tuesday 4 September 2018

Osteoporosis ape penyebabnya?

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Siapa tahu pasal Osteoporosis? Mungkin ada saudara terdekat yang alami Osteoporosis?



Tahu x 1 daripada 3 wanita berumur 50 tahun ke atas berisiko menghidap Osteoporosis?

Manakala 1 daripada 5 lelaki berumur 50 tahun ke atas menghidapi Osteoporosis.

Satu statistik yang menakutkan juga. Siapakah golongan terdekat kita yang berumur 50 an?

Dah tentu mak ayah kita kan.

Ok Osteoporosis tu ape?

Osteoporosis ialah sejenis penyakit sistem rangka yang dicirikan melalui penurunan jisim tulang dan kemusnahan tisu tulang, menjadikan tulang mudah rapuh dan patah.

Ini contoh gambar, beza antara tulang yang alami Osteoporosis kelihatan sudah banyak lopong dan kosong

Rasa2nya apa faktor menyumbang kepada Osteoporosis?

Faktor- faktor yang menyumbang kepada Osteoporosis 👇
1-Menapouse
Sebab tu Wanita alami Osteoporosis pada umur 50+ kerana kebanyakan wanita pada masa ini mula mengalami Menopause yang menyebabkan rembesan hormon Estrogen berkurang. Dan masa yang sama kehilangan jisim tulang berlaku dengan cepat.

Estrogen membantu mengekalkan paras kalsium dalam tulang.

2.Umur
Bermula umur 35-40 tahun kita akan mula mengalami kehilangan jisim tulang iaitu 0.5-1% setiap tahun

Huhuhu  saya dah 35 tahun skang so memang kene berjaga2😂

3. Androgen
Ini juga hormon bagi lelaki yang mengalami penurunan apabila mereka mengalami andropause. Ha lelaki pun ada menopouse dia jugak😁

4. Jantina
Apabila perkembangan seksual telah lengkap, Wanita akan mengalami kehilangan jisim tulang lebih cepat berbanding lelaki.

Sebab selalu kita tengok kebanyakkan wanita yang selalu mengalami sakit pinggang, sakit lutut sebab Wanita ni melahirkan anak, menyusukan  anak yang mana kalsium pun bagi sikit kat anak.

Kalau perasan perempuan yang selalu alami gigi sakit, patah dan macam2 lagi berbanding lelaki. Biasa dengar orang cakap, pompuan ni setiap sorang anak mengandung sebatang gigi akan cabut😂

5. Hormon Thyroid
Ia meningkatkan kehilangan jisim tulang jadi pesakit Hyperthyroid berisiko tinggi mengalami Osteoporosis

6.Pemakanan
Pengambilan makanan yang kurang kalsium dan Vitamin D terutamanya semasa membesar juga menjadi faktor kepada Osteoporosis

7. Senaman Fizikal
Kekurangan melakukan senaman Fizikal semasa membesar juga faktor sukar memperolehi tulang yang padat.

Baru saya faham anak2 yang aktif juga membantu mereka memperolehi tulang yang padat dan sihat💪

Jadi mak-mak biarla kalau anak nak aktif ke Hulu hilir..Ada hikmah tu😍

8. Habit sosial
Seperti merokok, alkohol dan kafein juga menyumbang kepada kehilangan jisim tulang

Ok dapat buat masa ni faktor yang menyebabkan Osteoporosis?


Faktor ni saya dapat dari buku WOMEN'S HEALTH

Nanti saya Kongsi penulisan seterusnya bagaimana kite ingin mengurangkan risiko Osteoporosis in shaa Allah.

#pengedarshakleemelaka


Tuesday 7 August 2018

Taman Buaya Melaka


Awal tahun aritu sempat bawak anak-anak melawat Taman Buaya Melaka. Macam pelancong plak yer, walhal dok Melaka.

Sempatla rakam video masa menyaksikan Pertunjukkan Buaya yang diselia oleh staff Taman Buaya. Sebenarnya memori telefon dah penuh, bila tepek Kat blog ni bolehla delete video kenangan ini Kat telefon.

Kebetulan cuti sekolah bulan 3, encik suami kerja non stop sebulan, cuti sehari seminggu. Kesian anak-anak bowan angkutla empat-empat hero ke Taman Buaya tanpa ditemani abah mereka.

Seram jugak tengok Pertunjukan Buaya tetapi mereka professional, alhamdulillah mereka berjaya.

Anak-anak pun behave, sebab keperluan lain dah dipenuhi. Bagi makan siap-siap sebelum turun ke Taman Buaya. Sudah pesan siap-siap supaya berperangai baik kalau tidak mama anak balik.

Di Taman Buaya Melaka ni Ada Water park kecil. Baru tahu kewujudannya walaupun nampak dah lama. Yalah last pergi Taman Buaya Masa darjah 5 sekolah rendah.

Lepas Pertunjukan Buaya bawak anak-anak berkubang di water park Percuma Taman Buaya. Seronok mereka.

Inginkan produk Shaklee whatsApp Pengedar Shaklee Melaka 0173737174.

Monday 6 August 2018

Promo Youth Shaklee Ogos 2018


Mencari Produk Skincare yang Selamat, semulajadi dan berkesan?
Produk Skincare Youth Shaklee adalah produk terbaik.


Alhamdulillah 6 bulan pakai produk Youth Shaklee ni. Memang best sangat. Kawan tegur kulit dah flawless. Dulu kering Dan kusam. Umur pun dah 35 tahun, kalau xrepair dari sekarang memang membiakla segala jeragat dan kekusaman.

Ok ini baru sebulan guna Tau. Dah nampak beza. Sendiri jual, sendiri guna. Bukan sembang jer lebih tapi Tak guna.



Paling best sejak Mei Shaklee dah jual Youth Shaklee dalam bentuk 'loose'. Satu-satu jadi Sesuaila yang nak menabung beli satu-satu sampai complete.

Starter set tiada Serum dan Radiance c+ E. Nak lebih cantik dan auummm add on dua ni memang suami Tak pandang lain dah in shaa Allah.


Nak Cuba? What's app sahaja Pengedar Shaklee Melaka 0173737174.


Pengedar Shaklee Melaka


Pengedar Shaklee Melaka.

Saya Noorhayati Abdul Rahim merupakan Pengedar Shaklee Melaka. Kawasan cod Shaklee adalah Lendu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang, Cheng, Semabok dan Melaka Tengah.

Saya mempunya "ready stock" produk Shaklee seperti berikut:
1. Set Penyusuan Shaklee
2. Set Pantang Shaklee
3. Set Hamil Shaklee
4. Set Sendi Shaklee
5. Set Kecantikan Shaklee
6. Set Hamil Shaklee
7. Set Kurus Shaklee
8. Vivix Shaklee
9. Set tenaga Shaklee
10. Set Kesihatan Shaklee

Berminat boleh dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan Saya.

WhatsApp sahaja Pengedar Shaklee Melaka di 0173737174.

In shaa Allah konsultasi Percuma akan diberi.



Monday 2 April 2018

Morning Sickness dengan Ginger Peppermint Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah feedback positif dari customer yang baru hari ketiga mengamalkan Ginger Peppermint sebabkan muntah-muntah di awal kehamilan. Rezeki customer boleh telan suplimen, cuba dan serasi syukur.

Apa yang pelanggan saya rasai?
👉kurang morning sickness
👉Kurang nak muntah
👉Badan lebih bermaya
👉Buang air besar lawas

Semua dengan izin Allah saya gembira sangat dapat membantu❤️

Moga dipermudahkan customer saya sepanjang kehamilan Dan melahirkan baby comel ini nantinan shaa Allah ❤️

Apalagi kelebihan Ginger Peppermint Shaklee ini?


Kalau anda ingin amalkan detox pun boleh cuba Ginger Peppermint ini. Saya pernah turun 4kg sebelum hamil anak ke 4 dengan detox program 7 Hari. Jaga portion makan. Pastikan anda tidak berada di khalayak ramai apabila makan Ginger Peppermint sebab ia memang membantu mengeluarkan  angin yang kasar-kasar itu. 

Memang rasa ringan sangat badan Masa Saya Mula amalkan. Jangan risau ia hanya bersumberkan tumbuhan. Rasa berangin kerana daun pudina dan halia yang Kita memang sedia tahu membantu untuk membuang angin badan.


Nak cuba produk Shaklee?

http://www.wasap.my/60173737174

Saturday 31 March 2018

PROMOSI ESP SHAKLEE

Teks:Noorhayat N Abdul Rahim

Alhamdulillah April bermula dengan Cycle baru bagi Pengedar Shaklee. Tahun baru untuk mula kumpul point untuk dapatkan trip percuma.

Apa promo pembuka cycle baru ini? Mestilah ESP yang memang menjadi rebutan ketika bulan puasa. Juga buat ibu hamil, berpantang dan menyusukan anak.

UNTUK AHLI SAHAJA!!

Beli 5 tong ESP dapat eVoucher RM50 untuk pembelian seterusnya.

Jom daftar AHLI. Saya Bantu anda mendaftar KEAHLIAN PERCUMA.

Anda layak dapat eVoucher rm50

Anda layak dapat BONUS RMXX

Anda layak beli produk dengan HARGA AHLI
.
.
.
.
.

RAHSIA MAGIK ESP TERBONGKAR

Siapakah yang sesuai dengan ESP ni???

🌿Ingin KURUS - Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
.
🌿Kurangkan KOLESTROL - Sekaligus menjaga salur darah kita
.
🌿Memperbaiki simptom MENAPOUSE
.
🌿Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
.
🌿Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita.
.
🌿Ia membantu dalam mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
.
🌿Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki dan fungsi Kewanitaan - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak.
.
🌿Kulit berseri dan anjal
.
🌿Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan.
.
🌿Pemberi tenaga segera  Membekalkan tenaga segera
.
🌿 Meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan.
.
🌿Memulihkan Pigmentasi
.
 🌿Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
.
🌿Memperbaiki Memori
.
🌿Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Berminat??

http://www.wasap.my/60173737174

Monday 26 March 2018

Taman Buaya Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sabtu lepas, sempat bawa anak-anak ke Taman Buaya Melaka. Kebetulan seminggu cuti persekolahan kami tidak pulang ke kampung dan suami pula bekerja setiap Hari termasuk hujung minggu.

Seminggu ini saya sibuk 'set up' Homestay Azaty di Lendu, kebetulan ada pelanggan telah membuat tempahan untuk 24 Mac baru ni.

Selepas selesai semua urusan berkenaan Homestay saya merancang untuk membawa anak-anak ke tempat yang Ada 'waterpark' or kolam Mandi. Pagi-pagi itu baru Saya Google terjumpalah Taman Buaya Melaka dengan harga yang berpatutan.

Untuk hujung minggu atau cuti persekolahan harga untuk dewasa ialah RM18 dan rm13 untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas.

Kami sampai on time staff Taman Buaya Melaka sedang siap-siap untuk Pertunjukan Buaya. Seronok anak-anak tengok. Aksi ngeri masuk tangan dalam mulut buaya pun ada.

Setelah selesai menonton lebih 1 jam Pertunjukan Buaya dan ular. Kemudian kami berpeluang menonton aksi buaya makan daging ayam.




Kemudian aktiviti yang paling dinantikan anak-anak mestilah berendam Kan. Tempatnya tidaklah seperti Taman tema lain. Ia simple sahaja tetapi kolamnya luas sesuailah untuk anak-anak bergembira. Ada ''slide" juga yang anak sulung Saya suka sangat. Anak-anak yang lain tidak berani.




Jadi kalau ke Taman Buaya Melaka pastikan bawa sepersalinan baju anak-anak. Rugi bayar Mahal kalau xmandi.

Ingin dapatkan produk Shaklee

0173737174

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...