Tuesday 30 June 2020

Pengedar Shaklee Melaka




Pengedar Shaklee Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang & Melaka Tengah




Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Assalammualaikum, anda sedang mencari pengedar Shaklee berdekatan anda?


Saya Noorhayati Abdul Rahim merupakan Pengedar Shaklee Melaka yang sah & kawasan terdekat Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang dan Melaka Tengah.

Sekiranya anda mencari servis yang cepat & produk Shaklee 'ready stock' in shaa Allah saya boleh membantu anda.

                               


Konsultasi selepas pembelian?

IYA anda layak mendapat KONSULTASI PERCUMA daripada saya sepanjang anda membeli produk Shaklee dengan saya.

Penghantaran ke rumah atau pun Pos?

Saya boleh membuat penghantaran terus ke rumah anda dan sekiranya anda tinggal di luar Melaka perkhidmatan kurier akan saya uruskan untuk anda. Jadi anda tidak perlu risau produk akan  terus sampai ke depan pintu rumah anda.

Mahu lebih JIMAT? Lebih Murah?

Bagi menikmati 20-30% harga lebih jimat anda boleh terus mendaftarkan diri sebagai
AHLI SHAKLEE bagi memperoleh lebih faedah seperti BONUS BULANAN, CAR BONUS dan PERCUTIAN PERCUMA yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee.

Ingin berdaftar sebagai AHLI----> klik di sini DAFTAR AHLI

Selepas mendaftar KEAHLIAN jangan lupa whatsApp saya semula yer untuk saya bantu anda MENGAKTIFKAN keahlian anda bagi melayakkan anda menerima MEMBERKIT dalam bentuk E-memberkit dengan Yuran RM35 atau secara PERCUMA.


Nak WhatsApp di mana? Klik sahaja 

↓↓↓↓↓↓




Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya di Facebook Noorhayati Abdul Rahim dan boleh juga WhatsApp/sms saya di 0173737174.

Boleh juga hubungi agen Shaklee aktif kami

Asnah samsuri (Telok Mas, Serkam, Merlimau)
012- 9401669
Facebook: Asnah Samsuri

Anizai Yahya (Paya Rumput, Rembia)
012-9772719
Facebook: Ani Za

Nur Asyiqin (Cheng, Bukit Rambai, Bertam)
013-3373422
Facebook: Nur Asyiqin

Noor Azmira (Machap, Melaka)
013-3615159

Nurul Syazwana (Besut, Terengganu)

018-2484131
Facebook: Syana Suhaimi

Roshaliza Hambari (Melaka Tengah)
012-2627581
Facebook: Bunga Di Telinga


Jom semua sihat bersama Shaklee, in shaa Allah.


Mencari Produk Shaklee?


SMS/WhatsApp: 0173737174

Instagram: shakleemelaka_by_yatty

ESP Shaklee dan kebaikannya

Teks: Noorhayati Abdul Rahim



ESP adalah produk pertama dalam Shaklee yang saya cuba masa tahun 2012 asbab hamil anak 

nombor 2. Masa anak pertama saya alami diabetes di hujung kehamilan. Jadi saya ambik ESP masa 

hujung kehamilan  anak kedua untuk kawal gula dalam darah. Protein kan bahan asas untuk hormon 

dalam badan. Selain itu saya juga ambil asbab saya tidak suka minum susu. Saya perlukan alternatif 

lain sebagai sumber kalsium.



Kenapa Shaklee memilih produk proteinnya daripada tumbuhan bukan daripada haiwan?

Sumber protein daripada haiwan seperti

👉daging

👉tenusu

👉ikan

👉telur

Sebab Protein bersumberkan haiwan berisiko tinggi mengandungi bahan kimia:



Lihat contoh gambar yang saya attach. Berbanding tahun 1957 dan 2005 saiz seekor ayam memang 

sangat-sangat berbeza iaitu lebih gemuk dan berdaging.

Kenapa yer jadi camtu?

 Sebab ayam ini:

👉Disuntik dengan hormon pertumbuhan supaya ayam ini membesar dengan lebih cepat walhal 

ayam ini sebenarnya belum matang

👉 Disuntik bagi tambah daging supaya penjual memperolehi keuntungan berganda. Semakin berat 

ayam semakin masyuk pendapatan merekakan.

👉Disuntik dengan antibiotik bagi mengelakkan ayam ini mudah terdedah kepada penyakit

👉Protein haiwan juga tinggi kandungan lemak dan Kolestrol yang meningkatkan risiko kepada 

penyakit jantung, hati dan sebagainya.

Jadi ayam zaman sekarang mengalami pelbagai suntikan, dan kita pula hari-hari makan ayam yang 

terkandung hormon-hormon suntikan ini.
Ok semua dah tahu kan kenapa Protein Haiwan bukan sebagai pilihan Shaklee?

Shaklee akan pilih semua sumber terbaik dan berkualiti. Pengganti kepada Protein Haiwan adalah 

Protein Tumbuhan. Protein Tumbuhan itu mesti lengkap untuk keperluan badan kita


Shaklee memilih soya sebagai Protein tumbuhannya kerana ia mengandungi 9 jenis amino asid perlu

yang mana kualitinya sama dengan kualiti Protein Haiwan. Asid amino ini adalah bahan asas protein.

Macam kita nak bina rumah, bahan asasnya batu bata. Daripada asid amino, bentuk sel, organ dan 

fungsi badan kita. Hormon dalam badan yang mengawal banyak fungsi badan, bahan asasnya adalah

asid amino.


Asid amino ni ada 2 jenis:

1. Essential Amino Acid- yang badan kita tak mampu hasilkan sendiri dan perlu diambil daripada diet dan pemakanan kita

2. Non essential Amino Acid- badan boleh hasilkan sendiri

Jadi sekarang Protein Soya mampu membekalkan kita dengan 9 asid amino perlu (essential) ini.

Sumber Protein yang kita makan ia akan dihadamkan, yang perlu diambil untuk bina sel baru, protein

baru dan maintenance tisu badan. Yang tidak perlu ditapis keluar.


Protein soya tidak mengandungi Kolestrol dan sudah tentu mengurangkan risiko kepada penyakit 

jantung, hati dan sebagainya. Yang bestnya Protein Tumbuhan bersumberkan soya ini ada Isoflavone

yang tidak terdapat dalam Protein haiwan.

Isoflavones ini sejenis hormon yang membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis

dan sakit jantung.
Ok seterusnya kita pergi kepada KEBAIKAN PROTEIN SOYA.

Kalau kita belajar Sains masa zaman sekolah dulu, kita pasti tahu bagaimana kumpulan ASID

 AMINO membentuk PROTEIN, kemudian SEL diikuti ORGAN dan akhirnya SISTEM.

Contoh sistem penghadaman, sistem pembiakan dan sistem perkumuhan.

Sebab itu Protein ini paling penting untuk kita kekal hidup sihat, cantik dan bertenaga. Proteinlah

asas bagi semua sistem badan kita.  Kita perlu ambil 9 jenis asid amino daripada diet/ pemakanan

bagi memperolehi keperluan yang cukup untuk badan berfungsi dengan baik.


Pengambilan protein yang cukup membantu dalam pembinaan otot badan yang lebih 'fit' dan mantap.

Lelaki suka kalau dapat badan 6 pax manakala wanita terutamanya yang pernah melahirkan anak 

memang mengidamkan perut yang tidak menggeleber dalam masa yang sama fungsi badan pada

tahap yang optimum in shaa Allah.

Kekurangan protein menyebabkan rambut jadi bercabang, rapuh dan kering. Sama jugak pada kuku 

akan mudah patah dan rapuh. Ibu berpantang kerap alami keguguran rambut kerana perubahan 

hormon dan sekali lagi bahan asas hormon adalah asid amino.

Dengan pengambilan protein soya rambut dan kuku menjadi lebih sihat, kukuh, tebal dan cantik.

Kulit kita memerlukan protein setiap hari untuk sel kulit diperbaharui dan sel-sel kulit mati 

disingkirkan. Protein yang cukup ini membantu menjadikan kulit kita lebih cantik, sihat, gebu dan 

halus mulus. Ini kerana sel-sel kulit yang mati tadi diganti dengan sel-sel kulit yang baru dan sihat in

shaa Allah.

Ia membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, kekal bertenaga , mencegah migrain , 

insomnia dan tekanan.


Ini yang saya bagitahu tadi, fungsi Isoflavone yang tiada dalam protein haiwan.

Selain itu, 

❤️Isoflavone ini berfungsi bagi mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat

❤️Melegakan gejala Menapouse seperti keletihan

Walaupun Isoflavon Ada sedikit fungsi menghasilkan Estrogen tetapi Estrogen ini tidak mampu 

menjalankan fungsi sepertimana Estrogen bekerja dalam badan kita. Ia langsung tidak mengganggu 

fungsi Estrogen yang ada. Estrogen yang terhasil ini sebenarnya membantu mengimbangi hormon 

dalam badan dan membantu mengurangkan risiko kanser yang saya nyatakan tadi.


Manfaat Protein Soya ini juga pada kesihatan jantung dengan cara menurunkan paras LDL kolestrol 

dalam badan kita. LDL ni kolestrol jahat, kita tak nak dia tinggal dalam badan kita.


Membantu menurun kadar LDL kolestrol or kolestrol sekaligus menyihatkan salur darah darah atau 

arteri kita secara tidak langsung mengurangkan risiko pada penyakit jantung dan stroke.




Bagi ibu hamil dan selepas bersalin keperluan protein amatla penting untuk menyokong pertumbuhan

bayi yang sihat. Bayi dari embrio ke fetus -40 minggu memerlukan keperluan protein yang lengkap 

untuk penghasilan organ,sel-sel dan tulang. Untuk ibu selepas bersalin juga memerlukan protein yang

lengkap bagi penghasilan susu ibu, antibodi dan nutrisi untuk perkembangan bayi yang sihat. Protein

membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat. Badan juga energetik walaupun berpantang.

Kalau ambil ESP susu ibu lebih pekat, bayi akan merasa kenyang dengan lebih lama.

Tetapi ESP bukan hanya untuk ibu hamil dan menyusu tetapi boleh diamalkan oleh warga emas, 

lelaki, suami dan anak remaja

Suami saya amalkan asbab sakit pinggang pernah jatuh terhentak sebelum kahwin, 

Alhamdulillah dengan izin Allah selepas amalkan ESP dan Ostematrix (kalsium) sakit pinggang 

hilang.

Ibu saya sendiri amalkan untuk tenaga. Yalah wanita yang menghampiri atau telah alami menapouse 

badan akan cepat letih.

Soya mengandungi Genistein yang berupaya mengekang pertumbuhan dan sel kanser daripada 

merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas ni yang mengaktifkan sel 

kanser.


Protein soya meningkatkan kualiti memori.

Ok itu sahaja 8 kebaikan apabila anda memilih Protein soya secara umum atau ESP Shaklee secara 

khususnya.

Mencari Produk Shaklee?




SMS/WhatsApp: 0173737174


Instagram: shakleemelaka_by_yatty



Monday 29 June 2020

Istimewanya ESP Shaklee

Energy Soy Protein atau dikenali sebagai ESP.



ESP Perisa Vanilla. 


Sesuai untuk

 ♥️Ibu hamil membantu kuatkan rahim dan pertumbuhan bayi

 ♥️Mereka yang alami patah tulang ataupun retak 

♥️Ibu berpantang yang alami sakit pinggang dan sebagai sumber tenaga serta menyembuhkan luka 
  dalaman. 

♥️Ibu menyusu ESP memekatkan susu ibu dan memberikan bayi rasa kenyang yang lama 

♥️Melegakan simptom GASTRIK 

♥️ Memberikan tenaga berpanjangan 

♥️Untuk kulit sihat gebu gebas 




Apa yang best Protein Soya ini?





Keistimewaannya ESP Shaklee

1- 14g protein untuk setiap hidangan bersamaan dengan 3 sudu besar

👉tidak mengandungi Kolestrol

👉tiada gula tambah

👉sangat rendah lemak


Berbanding produk lain hanya mengandungi 4g, 5g kandungan protein berbanding ESP Shaklee.







2- Soyanya tidak diubah suai secara genetik (non-GMO)

👉tiada hormon tambahan.

👉tiada hormon pembantu untuk cepatkan pertumbuhan.

Non GMO= Non-Genetically Modified Organism iaitu ada sesetengah syarikat terpaksa mengubah genetik proteinnya supaya soya diperolehi tahan lebih lama.

Non GMO soya Shaklee ini diproses pada kadar suhu yang rendah.

Setiap 850g (satu tong ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Sumber soya Shaklee adalah organik yang tidak diubah langsung secara genetik.
ESP Shaklee adalah di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP) iaitu Soya Shaklee ini dipantau dan dikawal ketat daripada proses penanaman sehinggalah ke pemprosesan ESP Shaklee yang kita makan.
Shaklee sangat-sangat menjaga kualiti soyanya.  IPP-Identity Preservation Program. Sebenarnya sangat-sangat susah nak dapatkan kacang soya NON GMO, hampir 80% produk soya di pasaran diubah secara genetik.

 Jadi untuk dapatkan protein tumbuhan yang berkualiti ESP adalah pilihan yang terbaik





3- Lengkap dengan 9 asid amino perlu yang

👉tidak boleh dihasilkan badan

👉ia lengkap untuk biologi badan

Kalau tidak lengkap 9 asid amino perlu ini, rambut mudah rapuh, nipis dan bercabang.




4. Markah penuh 1.0 bagi skor penghadaman protein kepada asid amino  (PDCAAS) 

Kedudukan paling tinggi, skor ini utk mengukur kualiti protein soya, sama seperti protein haiwan.
Tidak semua protein tumbuhan mampu menyediakan 9 asid amino lengkap. Ada markah bawah 1.0

 contoh ,0.3, 0.5 maknanya kandungan proteinnya merosot. Tetapi soya kita mendapat skor tertinggi 

iaitu 1.0. Protein soya paling berkualiti dan kemampuan manusia untuk hadam protein soya ini 

kepada asid amino yang lengkap. Sebab itu Protein kita dapat skor tertinggi. Markah penuh.





5.  Dibasuh dengan air 

Sebab seterusnya kenapa kite perlu memilih ESP Shaklee ialah cara Shaklee mengekalkan kandungan

Isoflavone. Soya  dibasuh menggunakan air bagi memelihara kualiti/keaslian protein serta kandungan

Isoflavone seperti Genistein dan Daidzein. Berbanding dengan produk soya lain mereka 

menggunakan alkohol yang boleh memusnahkan khasiatnya terutamanya isoflavone.



6. Indeks Glisemik rendah

Indeks glisemik yang rendah bermaksud Shaklee ESP memberikan tenaga yang lama tanpa 

meningkatkan kandungan gula dalam darah.


Anda dapat tenaga dan nutrient tanpa memberi kesan pada darah anda iaitu kandungan gula.

Refer pada Graf yg warna hitam karbohidrat contoh kita makan nasi, apabila makan kita rasa 

kenyang. Kandungan gula meningkat dalam darah. Dan kita rasa bertenaga, selepas setengah 

jam,tenaga itu akan mula drop dan kita kembali lapar. Letih dan mengantuk dan rasa nak makan lagi.

Kalau tengok graf warna kuning tu bila kita ambil ESP tenaga adalah konsisten tanpa meningkatkan

kandungan gula. Risiko untuk diabetes adalah rendah.

Ok itu sahaja untuk perkongsian pasal ESP Shaklee

 Cara Makan ESP:  ♥️ESP ni boleh amik lepas makan pagi

Boleh minum dalam 200-300ml air suam/sejuk(shake). Jangan minum guna air panas yer. Boleh 

campur dengan Milo ke Oren ke.

Cume tidak boleh minum serentak dgn kopi atau air berkafein. Jarakkan dalam 2-3jam kalau nak 

minum. Taknak ganggu penyerapan.


Maksimum 3sudu sehari.



Mencari Produk Shaklee?




SMS/WhatsApp: 0173737174


Instagram: shakleemelaka_by_yatty

Friday 26 June 2020

Vivix Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Repost daripada post terdahulu.

Pengalaman seorang pelanggan meminta saya membuat penghantaran Vivix ke rumahnya di Klebang. Vivix itu sebagai ikhtiar terakhir untuk kakak beliau di hospital.

Kakak beliau penghidap Diabetes dan kakinya mengalami luka yang boleh tahan besar. Hampir setiap hari doktor terpaksa mengikis luka di bahagian tumitnya akibat kulit di bahagian tersebut mati dan kuman telah berjangkit hingga ke tulang.

Doktor telah menjalani 3 kali pembedahan dalam masa 10 hari. Pembedahan kali ke 4 doktor merancang untuk memotong kaki adik pelanggan saya ini. Ketika inilah kakak beliau mencari alternatif suplemen Vivix bagi mengelakkan pembedahan kali ke 4.

Alhamdulillah selepas 2 minggu pelanggan saya menghantar gambar di aplikasi Whatsapp menunjukkan perkembangan luka adiknya. Saya tak dapat nak letakkan gambar di sini bagi menjaga aurat pelanggan.

Bersyukur dan terharu sangat saya menerima gambar di aplikasi Whatsapp ketika itu. Adik pelanggan yang hampir dipotong kaki oleh doktor sebab DIABETES dan luka sudah dijangkiti kuman telah direzekikan Allah sembuh dengan Vivix Shaklee hanya dalam 2 minggu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah TIADA pembedahan kali ke 4..TIADA pemotongan kaki..Dan yang paling best bacaan gula kembali NORMAL..Daripada 12 kepada 6👍👍👍 siap boleh keluar hospital lagi.


Saya ada bertanyakan perkembangan terbaru pelanggan saya ini. Sekarang bacaan gula kekal 6-6.5 sahaja. Saya gembira apabila pelanggan saya turut gembira dengan kesan terbaik Vivix ini.

"Nikmat yang mana ingin kau dustai"

Semua dengan izin Allah

Sekiranya anda ingin membantu ibu bapa atau keluarga terdekat yang menghidap Diabetes?

Hadiahkan Vivix buat ibu ayah kite bukan sekadar untuk penyakit seperti Diabetes sahaja tetapi juga mampu meningkatkan kesihatan buat mereka yang mengamalkannya.


Thursday 25 June 2020

Ostematrix Shaklee

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Kenapa Ostematrix Shaklee?



1 biji Ostematrix kite bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium dan 80biji badam.


1 biji Ostematrix bersamaan 250mg kalsium
Kalau keperluan Kita 1000mg
4 biji bermakna kite perlu makan 320 biji badam🙊

Sanggup ke telan 320bj badam tu, ada termuntah kang🤣


Keperluan kalsium untuk badan kita👆

Dalam 1000mg yer bersamaan dengan 4 biji Ostematrix

Kandungannya adalah paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapan adalah 99%



Graf ini National Osteoporosis Foundation menunjukkan kepadatan tulang menurun dengan cepat bagi Wanita berbanding lelaki.

Ostematrix adalah bagi membantu kita membina tulang dan pada masa yang sama menghalang kehilangan jisim tulang



Ujian klinikal menunjukkan pengambilan 2 caplet Ostematrix meningkatkan kandungan kalsium dalam darah dalam Masa 4jam dan digunakan hampir sepenuhnya dalam 12 jam

Sebab kita tahu kalsium semata-semata bukan semudah abc nak serap masuk dalam darah kite lepas ke tulang kita. Ia sukar diserap kalau hanya Kalsium semata-semata


Kalsium hadir bersama rakan-rakannya. Ia tidak mampu bekerja sendiri

1-MAGNESIUM ini bertindak sebagai pengangkut (transporter) membawa kalsium ke dalam tulang.

2-VITAMIN D merangsang penyerapan kalsium.  Tiada Vitamin D kalsium tidak akan dapat diserap.

3. BORON membantu dalam Metabolisma tulang, iaitu proses pembinaan tulang itu sendiri.

4. Manganese, kopper dan zink membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalama pembinaan kepadatan tulang

Istimewanya Ostematrix kite ni, bukan sebagai blog binaan (kalsium) sahaja tetapi juga disimen supaya lebih kukuh.

Rugi tak makan Ostematrix.


🏋️TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM

-Kerap sakit gigi

-Gusi Berdarah

-Kejang Otot

-Rambut kasar

-Tumit pecah/ kasar

-Kuku rapuh

-Kebas kaki dan tangan

-Kulit kering


💗SIAPA yang sesuai mengambil Ostematrix

-Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat

-Mereka yang tidak suka minum susu, jadi boleh ambil ostematrix

-Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu

-Ibu Mengandung

-Mereka yang mengalami masalah sembelit

-Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi

-Mereka yang kerap lesu/letih

-Mereka yang selalu kekejangan otot

Kita pergi lebih lanjut siapakah yang memerlukan Ostematrix ini.

💗SAKIT GIGI

Saya masa hamil alami sakit Gigi. Kalau hamil mana berani nak telan Panadol ke ubat tahan sakit.

 Memang saya amalkan vitamin B dan Ostematrix. Memang berkurang, kecuali yang sudah sakit

sangat tahap memang kene cabut itu lebih baik jumpa doktor dan cabutla jika terpaksa. Doktor

pernah cakap kalau awak tahan sakit awak akan meningkatkan lagi hormon stress. Lagi sakit baik

awak cabut atau tampal sahaja.

💗MIGRAIN

Pun sama amalkan bersama vitamin B. Ostematrix membantu menstabilkan tekanan darah, vitamin B

 melancarkan peredaran darah dan saraf.

💗 SEMBELIT

Kalau dalam pantang tidak boleh  nak amalkan Herblax kan elok ambil Ostematrix. Ada sahabat

mmg buasir masa dalam pantang. Dengar dia cerita pun rase ngeri. Dia amalkan Ostematrix memang

sangat membantu. Ostematrix ada Magnesium yang membantu pengecutan otot, usus kita tu otot.


💗KEJANG

Ibu hamil biasa alami cramp betis akibat kekurangan kalsium. Kalau kene boleh menangisla. Pernah

 saya kene serang masa tidur dalam bilik kemain seksa nak ke pintu nak bgtau suami yang tengah

tengok tv. Menangis tu dah tentu.


💗TIDUR LENA

Pernah ada customer alami insomnia bila baru pindah rumah. Saya bagi dia Ostematrix alhamdulillah

 beberapa hari lepas tu dia cakap dah boleh tidur. Saya bagi Ostematrik dengan Vit B. Kedua vitamin

 ini bertindak sebagai ''penenang".

💗SAKIT SENDI/SAKIT PINGGANG

Ostematrix memang glamour dalam set ini. Saya masa pantang anak no 4 tidak berpantang sangat,

 sudahnya lepas pantang pinggang pun sakit. Dari duduk nak bangun terbongkok-bongkok.

TidakTidak  jadi sebab masa itu merancang ingin bercuti ke Langkawi. Saya konsisten ESP dan

Ostematrix. Alhamdulillah masa di Langkawi saya sendiri lupa bila sakit pinggang itu hilang.


💗KEBAS

Saya mula bagi ibu saya masa dia alami kebas tumit. Kalau ibu hamil akan kebas jari. Kata doktor

itu tanda kurang kalsium.


💗GASTRIK

Bagaimana Ostematrix membantu mereka yang alami gastrik? Ostematrik kalsium sama macam susu

 bersifat alkali, bila gastrik persekitaran dalam perut kita itu berasid. Bila asid bertemu alkali ia akan

neutralkan persekitaran dalam perut kita itu.


💗HAMIL/MENYUSU/BERPANTANG

Kalau selagi Kita Wanita amalkanlah kalsium. Badan nak pakai lama wooo. Ostematrix ni boleh

menjadi milk booster juga bagi sesetengah ibu. Melancarkan pengaliran susu.


💗KUATKAN TULANG

Khas utk semua, lelaki ke perempuan harus ambil kalau mementingkan kesihatan😍


Mencari Produk Shaklee?


SMS/WhatsApp: 0173737174

Instagram: shakleemelaka_by_yatty

Wednesday 24 June 2020

B Complex




BCOMPLEX IS RUNNING LOW

SILA DAPATKAN SEGERA DENGAN PENGEDAR ANDA


Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?


🍀Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
☘️Mengelakkan penyakit beri-beri.
🍀Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
☘️Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
🍀Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
☘️Mencegah stress.
☘️Menguatkan antibodi tubuh.
☘️Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
☘️Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
☘️Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
🍀Mencegah anemia.


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?

☘️Merangsang pertumbuhan.
☘️Meningkatkan kemampuan berfikir.
☘️Memberikan tambahan tenaga.


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

☘️Menambah tenaga.
☘️Mengurangkan stress.
☘️Melambatkan proses uban di rambut.
☘️Membantu meningkatkan konsentrasi.


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

☘️Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
☘️Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
☘️Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin.


Mencari Produk Shaklee?




SMS/WhatsApp: 0173737174


Instagram: shakleemelaka_by_yatty

Tuesday 23 June 2020

Omega 3 Fatty Acids

Teks: Noorhayati Abdul Rahim




Asid lemak omega-3 ( Omega 3 Fatty Acids) terdapat dalam makanan, seperti ikan dan biji rami, dan 

dalam makanan tambahan, seperti minyak ikan. Tiga asid lemak omega-3 utama ialah asid alpha-

linolenic (ALA), asid eicosapentaenoic (EPA), dan asid docosahexaenoic (DHA). ALA terdapat 

terutamanya dalam minyak tumbuhan seperti biji rami, kacang soya, dan minyak canola.


Omega Guard Shaklee kaya dengan DHA dan EPA yang memberi pelbagai manfaat kepada mereka 

yang mengamalnya.

Jom kita tengok manfaat Omega 3 Fatty Acids atau Asid Lemak Omega 3 yang terkandung dalam 

sebotol Omega Guard Shaklee.


1. Manfaat Omega 3 untuk Sendi.


Omega-3 membantu melambatkan kemerosotan tulang rawan, terlibat dalam proses pembentukan

 tulang rawan. Biasa kite selalu panggil kurang pelincir bagi warga emas yang sering mengalami 

sakit lutut.


Omega- 3 membantu meningkatkan peredaran darah ke sendi, membekalkan otot sendi dengan

 nutrisi. Ada mereka yang sering alami kebas tumit kaki dan jari kerana ketidaklancaran darah 

mengalir.


Omega 3 membantu mengurangkan inflamasi terhadap sendi kerana sifat Omega 3 adalah antiradang.

 Ia memberi keselesaan kepada keradangan sendi.

2. Manfaat Omega 3 untuk Jantung



Omega 3 membantu mengembangkan salur darah, mengawal tekanan darah dan peredaran darah 

yang sihat. 


Omega 3 terlibat dalam proses menyingkirkan kolestrol jahat (LDL) dan menghasilkan kolestrol baik

 (HDL).


Omega 3 membantu mengekalkan degupan jantung yang sihat dan konsisten.

3. Manfaat Omega 3 untuk otak


Omega 3 membantu meningkatkan aliran darah ke otak dan meningkatkan memori anda secara 

konsisten.


Omega 3 membantu mengurangkan tahap plak yang menyebabkan penyakit Alzheimer.


Omega 3 membantu mengaktifkan antioksidan yang membantu mengurangkan tekanan dalam sel-sel 

otak.


Omega 3 membantu menguatkan hubungan antara sel-sel otak untuk daya perhatian yang lebih baik.



Monday 22 June 2020

Omega Guard Shaklee minyak ikan terbaik


Teks: Noorhayati Abdul Rahim



Bagaimana memilih minyak ikan Omega 3 yang terbaik?

Tidak boleh sebarang amik minyak tau. Sebab ada sumber ikannya menyerap plumbum or logam berat lain yang boleh membahayakan kesihatan kite kalau salah memilih minyak ikan Omega 3.

 1. Syarikat yang dipercayai

Vitamin Shaklee pertama dikeluarkan pada tahun 1915. Jadi dah berapa tahun company Shaklee 

bertapak di dunia ini? Lebih 100 tahun kan.

Jadi Shaklee masih bertahan hingga kini dan ramai yang telah mendapatkan manfaat dengan 

mengamalkan produk Shaklee. Kerana namanya yang kukuh dan penghasilan produk yang berkualiti 

serta berkesan sudah cukup membuatkan kita memilih Omega 3 daripada company ini.


2. Ketulenan & selamat

Omega 3 Shaklee ini mengalami 3 kali proses penyulingan yang dalam proses ini ia mampu 

memisahkan DHA & EPA daripada logam berat dan toksin. Buat 3kali tau, mungkin syarikat lain 

hanya buat sekali sahaja. Ia juga dipanaskan pada suhu rendah, jadi khasiat minyak ikan tu masih 

terpelihara. Logam berat kalau masuk dlm badan boleh asbab kanser dan pelbagai masalah kesihatan.


3. Ikan kecil

Sumber ikan digunakan adalah ikan yang kecil. Kalau menggunakan ikan yang besar risiko 

kandungan ikan yang mengandungi logam berat dan toksin tu sangat tinggi. Itu sebabnya Shaklee 

menggunakan ikan yang kecil sebagai sumber Omega 3 dalam penghasilan produk Omega Guard 

Shaklee.

4. Bekalan jangka masa panjang

Tahu tak sumber ikan Shaklee diiktiraf oleh Friends of the sea satu organisasi yang mengiktiraf 

syarikat yang mampu membekalkan sumber ikan yang mencukupi, hingga boleh sampai ke cucu 

cicit kita. Takkan Shaklee nak jual produk untuk 2-3 tahun sahajakan. RUGI.


Kenapa perlu pilih Omega Guard Shaklee sebagai minyak ikan terbaik.

 1. Penyulingan molekul 3 KALI

Proses penyulingan molekul ini penting untuk menyingkirkan logam berat dan toksin.

Ia juga menjadikan Omega 3 lebih pekat dan kaya dengan kandungan DHA dan EPA.

Jangan salah beli, ada produk bagitau minyak ikan dia contoh 1000mg. Tinggikan,

Tapi kena tengok kandungan DHA dan EPA nya. Kadang kandungan EPA dan DHA sedikit sangat

contoh 200mg selebihnya hanyalah 'filler' iaitu minyak semata tanpa khasiat. Minyak yang sekadar 

penuhkan softgel tu tanpa manfaat. Jadi perhatikan betul-betul kandungan minyak ikan atau Omega 3

sebelum membelinya.


 2. kualiti minyak ikan Shaklee bergred farmaseutikal

Contoh kita beli ubat dan ia berkesan kan. Itulah gred minyak ikan Shaklee Omega 3. Tetapi ia 

bukan ubat tapi kualitinya setanding sama kesan seperti ubat dari segi keberkesanan.

Ubat pun tidak elok kita ambil dalam jangka panjang kerana ada yang mengandungi bahan kimia.

Tetapi Omega 3 Shaklee produk semulajadi tiada bahan kimia.


3. Kandungan DHA dan EPA yang tinggi

Sebiji  softgel Omega 3 Shaklee mengandungi 999mg asid lemak Omega-3. Ia terdiri daripada 

546 mg EPA dan 360mg adalah DHA yang secara total ada 906 mg minyak ikan dalam Omega 3 

Shaklee. Tidak rugi membeli Omega Guard Shaklee.

4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega

Ia mengandungi hampir semua asid lemak yang terdapat pada ikan seperti asid Lemak 6, 9, 11 dan

tinggi DHA & EPA
5. Kurang bau hanyir ikan

Minyak ikan dalam Omega 3 Shaklee ini kurang hanyir sebab melalui penyulingan molekul 3x tadi.

 6. Diiktiraf oleh Friend of the sea 

Ia diiktiraf oleh Friend of the sea bagi kelangsungan bekalan ikan sekaligus minyak ikan terbaik 

Omega 3 sampai kepada kita sebagai pengguna.


Mencari Produk Shaklee?


SMS/WhatsApp: 0173737174

Instagram: shakleemelaka_by_yatty




Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...