Thursday, 4 August 2016

Serama Camp



Kredit: Noorhayati Abdul Rahim


Anda berminat dengan aktiviti lasak dan ekstrim? Serama Camp adalah pilihan terbaik. Saya pergi ke sini 2 tahun lepas bersama murid-murid sekolah. Suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi yang berminat pada aktiviti lasak seperti saya. Tetapi waktu itu, baru sahaja habis berpantang, sakit-sakit jugalah badan selepas beraktiviti di sini.

Serama Camp & Events terletak di Ayer Keroh, berhampiran lebuh raya PLUS , jalan ke Durian Tunggal, Melaka. Antara pakej yang ditawarkan:
  • All Premium Packages
  • Adventure Activities
  • Horse Riding
  • Motor Sport

Kami memilih 'Adventure Activities' yang mana kami boleh memilih beberapa aktiviti yang kami boleh sertai terutamanya anak-anak istimewa yang kami bawa . Puas selongkar 'handphone' dan laptop, ini sahaja gambar yang ada.


Antara aktiviti yamg ditawarkan dalam pakej ini ialah (Kredit gambar-gambar dari web Serama Camp)

  • Flying Fox



Semasa nak terjun tu, gayat sangat. Tetapi apabila sudah turun rasa nak ulang lagi aktiviti ini.

  • Wall Climbing



Khas untuk mereka yang berani sahaja. Saya pun tidak melepaskan peluang menyeronokkan serta mencabar ini. Kalau duduk di bawah, tengok orang naik rasa senang sahaja aktiviti ini. Tetapi apabila sudah naik baru tau, susah dan menakutkan. Kalau sudah naik tidak boleh patah balik lagi. Gayat sudah tentu, tinggi sangat rasa. Tetapi disebabkan kita cikgu, tidak bolehla menunjukkan kelemahan kita itu. Nanti budak pun takut ingin sertai sama.

  • Monkey Walk

Monkey Walk ini aktiviti pertama yang kami sertai dan paling lama berada di sini. Ia menyebabkan beberapa aktiviti yang dirancang tidak dapat kami sertai akibat kesuntukan masa. Almaklumla bawa anak-anak murid , macam-macam ragam jugala. Bayangkanlah untuk meniti tali antara pokok ke pokok dengan pelbagai bentuk halangan pasti menjadikan pergerakkan kita lambat. Cikgu pun seksa nak habiskan, jadi apabila bawa murid, ada yang separuh jalan menangis takut dan gayat. (kami pakai 'safety harness' )

Sudah separuh jalan takkan nak patah balik, tetapi anak murid pula sudah membeku tidak mahu meneruskan halangan. Cikgu terpaksala guna sepenuh tenaga memimpin anak murid yang sudah tidak mau bergerak untuk menghabiskan juga sehingga ke 'checkpoint'. Satu halangan itu pun boleh tahan terseksa juga mahu dihabiskan bersama murid. Kalau sendirian tiada masalah. Akibatnya sakit tangan dan kaki itu berhari-hari jugalah. Tetapi in shaa Allah tidak serik.

  • Lake Boating



Ala-ala berkayak. Seronok. Ada lagi satu aktiviti, kami masuk ke dalam belon air yang besar dan lutsinar. Bergolek-golek kami atas permukaan tasik nak bagi badan seimbang. Boleh tengok kat gambar saya kat atas sekali tu.

  • Archery

Archery atau memanah kami tidak sempat nak sertai akibat kesuntukan masa.
  • Horse Riding


Ini masa saya pergi dengan keluarga sendiri yang datang ke Melaka dari Kuantan. Anak sulong bersama sepupunya. Bukan 'horse' ni tapi 'pony' , keldai. Tetapi kuda ada juga di sini. Sesuaila kalau nak bawak anak-anak.



Anak no 2 saya takut betul naik keldai ni. Bukan keldai je, air laut, air kolam semua dia takut, hihihi.
  • Abseiling
Ini pun kami tak sempat nak sertai. Takde rezekilah orang cakap.
  • Mechanical Bull

Ok juga aktiviti ini, santai-santai lepas kepenatan beraktiviti lasak. Tapi saya memang cadangkanlah pada yang berjiwa muda remaja untuk datang ke Serama Camp. Memang puas hati dan terbaik.

Antara tempat menarik di Melaka ;-)

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...