Wednesday, 31 August 2016

Wildlife Theatre Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pasti ramai yang belum tahu mengenai tempat ini 'Wildlife Theatre Melaka'. Saya pun ada asalnya tidak mengetahui kewujudan tempat ini. Kebetulan Program 'Released Stress' bersama calaon UPSR seramai 4 orang diadakan di sini memberi peluang kepada saya melihat apakah tempat bernama Wildlife Theatre Melaka ini.



Kami masuk dan duduk ditempat khas. Ia adalah tempat bagi pertunjukkan Singa Laut. Pertama kali saya melihat singa laut sedekat ini. Matanya bulat dan jarang mahu melihat kami. Hanya fokus kepada makanan mereka iaitu ikan kembung yang dipotong kecil.

Sebelum bermula persembahan kami diberi peluang memegang seekor ular kecil. Ini anak-anak murid yang sedang memegang ular. Cikgunya tidak berani.



Ada juga maskot singa laut yang menyambut kehadiran kami. Sempatlah bergambar bersama singa laut pink ini.

Ada 3 ekor singa laut yang menunjukkan pelbagai aksi bagi menarik perhatian kami. Singa-singa laut ini diberikan dengan nama khas antaranya Charmp, An dan satu lagi saya lupa. Persembahan berlangsung dalam 1 jam.

Saya baru tahu singa laut ini boleh berdiri dan berjalan seolah-olah seperti manusia. Kalau mereka berenang kemain lincah lagi, habis satu kolam air beralun kerana pergerakan mereka.


Berikut antara aksi-aksi mereka yang sempat saya rakamkan.
Aksi mereka menyentuh bola yang digantung tinggi.


Aksi mereka mengimbangi bola sambil bergerak ke darat.

   
Aksi mereka memasuki gegelung.



Kami juga diberi kesempatan membaling gegelung kecil untuk disambut singa laut.


Saya sendiri diberi peluang membaling bola untuk ditanduk singa laut.


Singa laut ini pandai mengikut arahan. Siap boleh menepuk tangan. Kagum sungguh saya melihatnya. Makhluk ciptaan Allah yang sering kita katakan tidak punya akal mampu mengikut arahan apabila dilatih.

Sekiranya anda ke Melaka bolehla berkunjung ke sini.

Tiket hari biasa:
Dewasa          rm 15
Kanak-kanak rm10

Tiket hujung minggu
Dewasa rm20
Kanak-kanak rm 15

Selamat bercuti di Melaka.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Salam Kemerdekaan ke 59 Tahun


Teks: Noorhayati Abdul Rahim



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 Tahun buat semua rakyat Malaysia. Didoakan negara kita sentiasa di bawah pemeliharaan dan rahmatNya. Perpaduan dan kecintaan kepada negara Malaysia kekal selamanya. In shaa Allah.

Sunday, 28 August 2016

Seminggu hilang 4 KG

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Melihatkan sahabat-sahabat berjaya menurunkan berat badan dengan sihat, saya pun tetiba rasa ingin mencuba. Lebih-lebih lagi bila saya menimbang berat saya sudah pun mencecah 65 kg. Ini berat tertinggi yang saya pernah cecah setakat ini. Tidak termasuk waktu mengandung yang berat paling maksima 69kg.

Mulanya susah juga pada hari pertama. Ini sahaja yang saya makan. Sejujurnya saya memang bukan jenis yang makan ulam. Inilah hari pertama ulam raja dan pegaga masuk ke mulut. Memang gigih betul nak sihat dan kurus.


Saya ikut jadual yang diberi oleh team Shaklee. Saya memang jenis tidak menahan makan. Saya akan makan apa sahaja yang saya mahu. Lebih-lebih lagi saya masih menyusukan anak yang berumur 2 tahun sebulan.

Hari pertama makanannya ialah 'raw vegetables'. Menggigil jugalah badan sehingga ke petang. Sudahnya saya makan juga buah-buahan dan minum ESP. Malamnya saya makan pisang sehingga kenyang. Juga diselangi beberapa biji kurma.

Kepayahan memakan sayuran dan buah di hari pertama terubat apabila pada hari ketiga saya menimbang berat saya hampir mencecah 3 kg. 3 hari sahaja telah turun hampir 2 kg. Menjadikan misi detox ini sesuatu yang menyeronokkan.




Hari-hari seterusnya hanya memakan sup sayur bersama ayam dan separuh tapak tangan nasi. Setiap kali makan lebihkan sayuran dan selang masa antara waktu makan, buah-buahan menjadi santapan. Air manis dan makanan manis memang hampir tiada. Paling gigihnya air batu saya tinggal terus serta tiada guna minyak langsung ketika memasak.

Saya juga mengamalkan beberapa produk Shaklee bagi melancarkanlan lagi misi detox saya ini. Ini antara produk yang diamalkan dan fungsinya.



Misi ini menjadi semakin seronok apabila setiap hari ada penurunan berat. Cuma pada hari kelima ada sedikit 'cheat' kerana menghadiri 2 kenduri di rumah rakan. Alhamdulillah di bawah ini keputusan detox saya selepas 7 hari. Sebab saya ibu menyusu memang tidak tinggal protein dan karbohidrat. Kalau bagi individu yang tidak menyusukan anak jadualnya lain sedikit.



In shaa Allah akan datang saya akan amalkan lagi cara pemakanan semasa detox ini. Rupanya tidaklah susah untuk kurus dengan sihat. Lebih baik jika ditambah dengan senaman ringan. Sekiranya berminat mencuba misi detox ini boleh hubungi saya. Saya akan bimbing anda sebaiknya.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Saturday, 27 August 2016

Kisah Nabi Musa dan Tongkat

Tetiba teringat akan kisah Nabi Musa ini yang dikongsi oleh Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz pada seminar yang saya hadiri minggu lepas.

Saya baru sahaja tahu yang Nabi Musa dibesarkan oleh Nabi Syuaib selepas melarikan dari Firaun. Apabila sudah dewasa baru baginda pulang berkumpul dengan Firaun.

Masa baginda pulang itulah Allah bagi mukjizat tongkat boleh bertukar ular. Semasa itu Firaun ajak semua ahli sihir dia bertanding. Firaun ini Ketua ahli sihir

Sihir mereka sebenarnya yang dibaling oleh ahli2-ahli sihir itu adalah tali dan ia tidak bertukar menjadi ular pun.Tetapi sihir mereka itu memukau mata yg melihat tali itu sebagai ular.

Ahli sihir yang membaling itu nampak ia adalah tali. Tetapi yang melihat telah nampak ia sebagai ular.

Sewaktu Nabi Musa membaling tongkatnya ia bertukar menjadi ular.
Ahli sihir itu terkejut. Mereka juga nampak ia sebagai ular bukan tongkat.

Nabi Musa yang membaling pun nampak ia sebagai ular bukan tongkat.
Selepas itu semua ahli sihir itu menyembah Allah kecuali Firaun.

Allahua'lam

Promo Ostematrix Shaklee

Hari ini 28 Ogos 2016

Lagi 4 Hari promo Ostematrix berlangsung.

BUY 2 5% Off
BUY 6 FREE 1

Siapa sesuai?
💟Wanita & lelaki
💟Ibu Alami menopause
💟Ibu Hamil
💟ibu menyusu
💟mereka yang menjaga kesihatan tulang
💟mereka yang bekerja lasak
💟mereka yang sembelit
💟mereka yang sukar tidur

Jom Cuba
017.3737174
Noorhayati Abdul Rahim

Thursday, 25 August 2016

Karnival Sambutan Jubli Perak 25 tahun Masjid Al Azim

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pada 25-28 Ogos akan berlangsung Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Al Azim. Antara aktiviti yang diadakan seperti dalam gambar. Jom sama-sama kita meriahkan dengan ilmu bermanfaat. In shaa Allah.


Durian Murah

Kebetulan tadi cod Herbal Blend Shaklee dengan Lecithin di Sungai Udang. Ternampak gerai menjual durian berhadapan dengan Petronas Sungai Udang.

Durian kampung RM8 sekilogram. Rasanya boleh tahan manis.
Buahnya tidak besar mana, tetapi ada dalam 10 ulas juga masa saya buka salah satu darinya.

 Sesiapa yang mengidam durian Murah bolehla dapatkannya di Petronas Sg Udang. Penuh satu van mereka tadi.



Wednesday, 24 August 2016

World #Quran Hour

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pada 9 Zuhijjah ini ada Program Satu Jam Bersama Al Quran bermula jam 9.00 pagi. Ia program anjuran Rumah Mengaji yang akan dijalankan serentak bersama muslim satu dunia. Kita akan mengaji bersama-sama selama satu jam.


Temanya ialah Berinteraksi dengan Al Quran Cinta & Syukur. Ia akan dilancarkan di Universiti Islam Antarabangsa, di mana di universiti ini terpabagai pelbagai kaum dan bangsa dari segala pelusuk dunia. Jom kita sertai mereka.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim

Tuesday, 23 August 2016

Teknik Jibril untuk Hafazan Al Quran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah Ahad lepas direzekikan Allah untuk ke Seminar Al Quran bersama Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz di Politeknik Port Dickson, Seremban.

Saya nak kongsi ilmu yang Ustaz berikan ini, moga bermanfaat juga buat semua pembaca. Mungkin ada sedang menghafal ayat al quran ataupun yang sedang mengajar anak menghafaz.

Teknik Jibril

Teknik ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kita yang

  • tidak konsisten
  • mudah lupa
Kenapa dinamakan Teknik Jibril?

Kata Ustaz, sebelum ini beliau pernah melawat hingga ke Gua hira', Jabal Nur. Orang yang pernah pergi mungkin lebih tahu. Nama Teknik Jibril ini diberi atas sebab Ayat Al Quran pertama yang diwahyukan Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah di sini. 

Ia adalah teknik Hafazan Harian yang fokus kepada

1- Berapa? (jumlah halaman)----- 3 baris ayat sehari
2- Berapa lama? (waktu hafazan)-----30 minit sehari
3- Cara mengulang ( waktu ulangan)----- 3x ulang pada waktu solat

Mari kita pergi lebih jelas kepada fokus tadi

3 baris ayat sehari
Contoh seperti gambar

Waktu terbaik untuk menghafal adalah sebelum waktu subuh. Selepas subuh kebiasaan hari bekerja kita sudah sibuk bersiap diri dan anak sebelum bergerak ke tempat kerja.

30 minit sehari

Langkah-langkah:

  • 5 minit (Pembiasan)
  1. Baca secara pandang sebanyak 3x, untuk membetulkan tajwid, baris & makhraj sebutan.
  2. Lihat Tafsir makna ayat untuk memahaminya.
  3. Potong setiap baris kepada beberapa potongan pendek (7-9 potongan)
  4. Baca 2x lagi untuk menghubungkan ayat tadi dengan makna yang baru dibaca.
Surah Al Mulk ayat 13-15
  • 15 minit (Hafaz dan gabung)
  1. Ketika menghafaz, hafaz mengikut potongan yang telah dibuat.
  2. Baca setiap potongan 2x secara pandang, kemudian 2x tanpa pandang.
  3. Setiap kai satu baris berjaya dihafaz, baca 2x tanpa pandang, sebelum beralih kepada baris potongan seterusnya.
  4. Ulangi proses di atas sehingga selesai ketiga-tiga baris.
  • 10 minit (Pengukuhan)
  1. Gabungan hafazan setiap baris itu dengan yang lain.
  2. Apabila ia berjaya dihafaz, cuba baca kesemuanya tanpa pendang (tanpa gagap & sangkut) sebanyak 10x
  3. Selesai menghafaz , kini sudah mula bekerja.

3x ulang pada waktu solat
  • Sebelum solat (Ulang 3 baris yang telah dihafaz sehingga lancar -persiapan)
  • Ketika solat (Baca 3 baris tadi selepas Al Fatihah dalam 2 rakaat pertama)
  • Selepas solat (Baca kembali sebanyak 3 x- zikir wajib harian)
Kesimpulan


Kita adalah Hamba

Teks:

Beberapa hari lepas terkesan dengan dua ayat ini. Terasa terkena tepat ke batang hidung sendiri.




Mencari dia apabila terasa susah, berdoa sebanyak-banyaknya, tetapi apabila diberi nikmat leka dan alpa.




Padahal semua berlaku atas kesalahan sendiri. Ayat-ayat ini memberi peringatan buat diri sendiri. Astagfirullahala'zim

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by noorhayatiabdrahim

Monday, 22 August 2016

Latihan kebakaran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Minggu lepas sekolah kami menerima kehadiran kunjungan dari Jabatan Bomba bagi mengadakan latihan kebakaran di sekolah kami. Siap ada situasi di mana pejabat sekolah berasap (buatan) dan misi menyelamat murid yang dimasukkan ke dalam ambulans.


Selepas siren amaran dibunyikan, murid, guru dan kakitangan sekolah berkumpul di kawasan meletak kereta. Kami diberikan beberapa penerangan mengenai fungsi peralatan yang diletakkan dalam trak Bomba yang canggih ini.

Di awalnya kami diberitahu pakaian lengkap ahli Bomba termasuk kasut semasa sesi menyelamat ialah 35 kg. Sangat kagum mereka boleh Bergerak Pantas dengan membawa berat pakaian sebegini.


Sesi penerangan oleh wakil Jabatan bomba kepada semua warga sekolah kami.

Saya baru tahu bahawa saiz trak bomba yang besar ini terkandung air di dalamnya. Saya terlupa berapa Liter yang diberitahu sebelum ini. Sumber air dari sekitar kawasan kebakaran juga perlu diambil bagi memastikan keperluan air sentiasa ada selain memastikan sumber air di dalam trak sentiasa ada. Ia dilengkapi alat untuk menapis air yang akan masuk ke trak Bomba. Penapisnya seperti gambar di bawah, seperti bakul rotan.


Kami juga diperkenalkan dengan beberapa peralatan. Antaranya alat di bawah ini yang mampu memotong batu dan merenggangkannya jika perlu.



Kami juga diberitahun pili Bomba memang perlu ada dalam setiap rumah taman. Dalam 6 buah rumah bersamaan satu pili bomba. Kedudukan pili bomba ini memang sudah dirancang sebelum taman-taman ini diwujudkan.

Selesai penerangan daripada pihak Bomba, kami diberi peluang menaiki trak Bomba keluar dari pintu belakang sekolah kemudian masuk ikut pintu depan. Siap siren dibunyikan lagi. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki trak Bomba.

























Saturday, 20 August 2016

Seminar Al Quran di Hatiku

Alhamdulillah direzekikan Allah untuk menghadiri Seminar Al Quran di Hatiku bersama Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz.

Moga ilmu diperolehi bermanfaat..ameen

Friday, 19 August 2016

Istimewa untuk Ahli Baru Shaklee




Promosi Pra Kemerdekaan datang lagi.. SEHARI SAHAJA!


Hari ini 20 Ogos 2016

  • Untuk Ahli Sahaja: 
Setiap pembelian dalam satu resit sebanyak 200uv dalam rm600+ pembelian produk dapat Percuma 1 produk melalui 'Lucky Dip' . Marilah kita berdoa moga berdoalah dapat Vivix😊

  • Untuk Ahli baru mendaftar hari ini: 
Mendaftar hari ini 20 Ogos 2016 dengan pembelian produk dalam satu resit sebanyak 200uv dalam rm600+ pembelian dapat Percuma

>1 produk melalui 'Lucky Dip'
>1 payung shaklee
>Free membership bernilai rm80

Walaubagaimana pun, sekiranya pembelian produk anda tidak mencapai 200 uv anda masih layak menerima Payung Shaklee secara percuma. Ia automatik selepas anda mendaftar sebagai ahli baru kami.


Jom grab peluang keemasan ini💃

Kelas Penulisan Blog bersama ABDR

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah baru sahaja selesai menyiapkan 'task' pertama daripada Puan Masayu Ahmad dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Diperkenalkan oleh sahabat selepas saya mengadu blog sudah lama tetapi jualan masih kurang.

Task pertama selepas membuat entri perkenalan ialah menyiapkan 44 entri berfokus dalam tempoh 20 hari bermula 31 Julai 2016. Alhamdulillah syukur selesai semalam entri yang ke 44 pada 18 Ogos 2016.

Sepanjang menyiapkan entri ini, saya sebenarnya menjadi orang yang lebih peka pada suasana sekeliling. Setiap momen saya akan ambil gambar supaya ada sesuatu yang dapat saya ceritakan dan tulis di blog saya.

Ia sebenarnya mengajar saya untuk lebih berdisiplin dan konsisten menulis di blog supaya blog ini nampak lebih segar dan aktif. Secara jujurnya, saya juga tidaklah konsisten dalam menulis kerana kekangan aktiviti harian yang kadangkala menghalang saya membuka laptop di rumah dengan kehadiran anak-anak. Tetapi in shaa Allah apabila ada target 20 hari ini, saya tetap akan usahakan juga hingga selesai.

Kadangkala apabila idea datang saya terus menulis di blog melalui telefon dan 'publish' seperti yang diajar Puan Masayu Ahmad. Apabila berkesempatan barulah saya edit semula dengan ayat yang lebih formal. Bertuahnya saya sebab saya sudah mempunyai blog sebelum ini, jadi saya akan ambil sumber dari blog lama saya dan edit cara penulisan sekiranya berkaitan dengan fokus penulisan saya kali ini.

Satu lagi perkara yang saya ibu anak tiga ini amalkan, sekali saya buka laptop saya akan pastikan saya akan 'publish' sekurang-kurangnya 3 entri. Supaya boleh imbangi semula hari-hari yang saya tidak dapat menulis entri baru. Kadang-kadang idea ada tetapi keperluan menaip yang mengambil masa menyebabkan saya perlukan masa yang betul-betul terluang seperti hari cuti dan sewaktu anak-anak sudah tidur.

Harapan saya melalui Kelas Asas dan Penulisan Blog ini saya akan mampu menulis di blog dengan lebih baik beserta pengisian yang bukan hanya bermanfaat kepada bisnes saya tetapi juga buat pembaca blog Diari Santai Sihat Berinformasi. Terima kasih buat Puan Masayu Ahmad dan ABDR sendiri dalam membimbing saya dalam meningkatkan gaya penulisan. Sesungguhnya ini baru hanya permulaan, in shaa Allah.

Wednesday, 17 August 2016

Akikah

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Kebetulan kita akan menyambut perayaan Aidil Adha tidak lama lagi, saya ingin berkongsi pengalaman saya buat majlis akikah untuk anak ketiga saya di kampung dua tahun dahulu.
 
Raya korban/ Aidil Adha kami buat Majlis Cukur Jambul anak yang kecil sekali Muhammad Adam Afif di rumah ibu bapa saya di Kuantan.



Sebenarnya saya merancang untuk membuat majlis kecil-kecilan sahaja. Jemput anak beranak dalam 80 orang. Termasuk kumpulan Maulud yang akan berzanji dan buat tahlil sekaligus. Tapi sebab ini pertama kali rumah abah saya buat kenduri, sebelum ini kami tinggal di Kuala Rompin, baru nak masuk 2 tahun balik Kuantan jadi abah minta buat untuk 100 orang. Sebab saudara mara kami termasuk jiran terdekat boleh tahan ramai. Mak abah saya pula adik beradik memang 8 orang dan kebanyakkan tinggal di Kuantan.


Ini gambar, konon mahu buat buaian hias comel-comel, tapi tidak kreatif. Biasa kakak ipar yang sulung buatkan, kali ini dia balik kampung,jadi berimaginasi sendiri sahajala.


Sepanjang jambulnya dicukur, asyik gelak sahaja si kecik ini. Masa abang-abang dia sebelum ini mereka tidur sahaja.


Sepanjang kenduri ini berlangsung, ramai saudara mara tegur anak saya badan sudah keras, badan tegap, leher pun tidak lembik. Ha saya jawabla ini anak Shaklee, hari-hari mama dia makan ESP & Ostematrix mana tidak keras, tetapi dengan izin Allah juga. Yang penting' fully breastfeeed' lagi, in shaa Allah.

Bahagian paling seronok anak-anakla kan. Dapat menghabiskan masa dengan sepupu mereka, kawan berborak, kawan bergaduh, inilah.


Berbalik pada tetamu 100 orang tadi, nasib baikla dengar cakap abah, ada keberkatan. Sekali memang tetamu datang lebih daripada 100 orang. Siap mak saya goreng ayam lain tambah. Saya ambil catering sahaja untuk kenduri ini, sebab xnak susahkan mak masak-masak. Lagipun adik beradik saya ada yang tidak dapat pulang, maka tidak cukup 'kakitangan' nak wat kerja. Lauknya masak merah jadi mak saya topup ayam goreng jela dalam masak merah tu..terbaaaaikla my mom..hihihi

Syukur majlis berjalan lancar, dalam pukul 5.30 petang lepas berkemas kami pulang ke Melaka. Jangan tidak tau walaupun duduk di kampung saya tidak ponteng sesi mengepam, jadi tugas 'packing' stok dengan selamat diserah pada encik suami.



Stok EBM ni campur dengan stok 2 bulan lepas masa saya balik bercuti. Peti Ais 2 pintu mak saya boleh tahan 3 bulan. Jadi saya akan gunakan stok ni dululah kat umah pengasuh, in shaa Allah. Nak tau cara penyimpanan sepanjang perjalanan 7 jam (Kuantan-Kuala Pilah-Melaka) termasuk makan dan solat boleh klik sini.

Terima kasih ya Allah Kau permudahkan majlis ini.

Dunia Penyusuan Obsesiku

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim


Dahulu sebelum berkahwin saya tidak tauhu pun wanita bekerjaya mampu memberikan susu terbaik tanpa perlu bercuti @ berhenti kerja. Yalah tengok ibu kita yang tidak bekerja sudah tentu 24 jam dapat susukan anak berbanding kita yang bekerja. Kalau kita yang bekerja ini, pasti memilih alternatif susu formula. Itulah pemikiran saya yang memang tiada langsung ilmu penyusuan ketika itu.


Sehinggalah saya mula bekerja tahun 2010, berkenalan dengan seorang teman sekerja. Semasa itu saya mengandungkan anak sulung. Saya kagum dengan teman saya ini, rajin sungguh dia mengepam susu di sekolah. Tidak sangka boleh bagi susu ibu juga pada anak walaupun bekerja. Bermula daripada itu, saya memasang niat ingin susukan anak selama 2 tahun.


Bermula episod 'kerajinan' saya mengekplorasi ilmu-ilmu penyusuan. Dari itu saya belajar banyak manfaat menyusukan anak dengan susu ibu. Ya Allah bersyukur sangat maklumat itu dapat sebelum melahirkan hero pertama saya.


Akibat kerajinan mengekplorasi ilmu di hujung jari menjadikan saya sangat NEKAD. Ish mana nak cari susu yang kaya dengan antibodi dan lengkap keperluan nutrisi. Tiada di mana-mana susu di dunia ini mampu menandingi kebaikan susu ibu. Sebab sayang anak saya mahu menyusukan anak secara eksklusif, in shaa Allah.


Bagi saya susu ibu terlalu HEBAT sebab Allah yang anugerahkan kepada kita lebih-lebih lagi memberi minum anak dengan susu ibu adalah hak mereka. Ini antara sebab saya TIDAK mampu untuk TIDAK memberikan anak saya susu ibu:





Susu ibu mengandungi beberapa elemen untuk melawan jangkitan kuman bagi menghindari bayi daripada pelbagai jenis penyakit, antaranya seperti berikut:


  • LAKTOFERIN yang bergabung dengan zat besi bertujuan mencegah perebakan bakteria usus.

  • IMMUNOGLOBULIN (IgA) dan SEL DARAH PUTIH yang bertindak melawan kuman dalam tubuh. Kandungannya yang tinggi di dalam kolostrum yang merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus.

  • PROTEIN, VITAMIN A & E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.

  • FAKTOR BIFIDUS yang membantu pembiakan bakteria BAIK, laktobasilus melindungi usus bayi daripada bakteria JAHAT (patogenik).

  • LIMFOSIT & MAKROFAJ membantu melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh bayi.

  • AGEN ANTIKERADANGAN melindungi bayi daripada keradangan yang teruk.

  • ANTIBODI IBU melindungi bayi daripada jangkitan kuman.

  • FAKTOR PEMBESARAN seperti selenium, karotenoid asli dan nukleotida membantu perkembangan dan kematangan sistem imun (sistem pertahanan tubuh) bayi.

Siaran web Pubmed Medline menyatakan bayi yang tidak diberikan susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding dengan bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.


Apalagi yang terkandung dalam susu ibu ?


PROTEIN

Kandungan Protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Mudah diHADAM dan dapat digunakan dengan CEPAT oleh tubuh bayi.
Sekiranya bayi diberi susu formula/ Nestum, Protein yang terdapat dalam susu tersebut boleh mengGANGGU sistem pencernaan bayi kerana penyerapannya PERLAHAN dan SUKAR DICERNA oleh sistem pencernaan bayi.

Sesetengah bayi mengalami RUAM seluruh badan, CIRIT-BIRIT serta masalah lain yang membahayakan bayi apabila diberi susu formula.

Terdapat 2 jenis Protein utama dalam susu ibu iaitu KASEIN dan WEI.

Kasein protein mudah larut yang kompleks dengan Kalsium. Kuantitinya yang rendah mencukupi untuk PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN OTAK bayi. Kuantiti yang tinggi dalam susu formula memberikan bebanan kepada buah pinggang (ginjal) bayi semasa proses PERKUMUHAN.

Wei ialah cecair jernih pada lapisan susu ibu yang membeku. Komposisi utama ialah alfa-laktalbumin, laktoferin, lisozim, albumin dan immunoglobulin, iaitu antara nutrien yang penting dalam sistem pertahanan bayi terhadap penyakit.

LEMAK

Kandungan utama Lemak dalam susu ibu ialah triasilgliserol, fosfolipid dan aisd lemak. Lemak memberi tenaga kepada bayi. Enzim-enzim dalam susu ibu, terutamanya enzim lipase menghadamkan lemak supaya mudah dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.

Rantaian asid lemak yang panjang dalam susu ibu penting dalam PERKEMBANGAN OTAK dan PENGLIHATAN bayi. Kandungan kolestrol yang tinggi juga membantu dalam pembinaan sistem dalam tubuh bayi.

Kandungan lemak susu ibu akan dapat dilihat dalam perahan susu belakang (hindmilk) . Susu hadapan (foremilk) mengandungi kandungan lemak yang rendah dan diperlukan untuk menghilangkan dahaga bayi. Kedua-duanya diperlukan bayi untuk PERTUMBUHAN badan yang sempurna.



KARBOHIDRAT

Laktosa sumber karbohidrat susu ibu terdiri daripada galaktosa dan glukosa. kandungannya bertambah sepanjang penyusuan berlaku.

Fungsinya untuk membantu penyerapan Kalsium, menghalang pembiakan bakteria pada usus serta membantu perkembangan otak bayi.

Proses pencernaannya perlahan dan sesuai untuk keperluan bayi.

AIR

Ramai ibu risau anaknya akan dahaga dengan memberikan air kosong terutama ketika cuaca panas. Sebenarnya amalan ini ternyata SALAH dan boleh memBAHAYAKAN bayi serta menggagalkan penyusuan susu ibu.

Air kosong boleh mengurangkan jumlah nutrisi yang diterima bayi kerana kurangnya menghisap susu ibu.

Pemberian air juga akan meningkatkan risiko jangkitan kuman kepada bayi.
80-88%daripada keseluruhan susu ibu adalah AIR yang dihasilkan setiap kali penyusuan. Ia akan memenuhi keperluan tubuh bayi dan lebihan air dan komposisi yang lain akan disingkirkan dengan MUDAH oleh ginjal bayi.

MINERAL


Kandungan mineral dalam susu ibu:

Natrium, Kalsium dan Magnesium ialah kation utama yang penting dalam memastikan TUMBESARAN TULANG bayi.

Kandungan Zat Besi adalah rendah tetapi kadar penyerapannnya oleh usus bayi adalah tinggi. Ia penting untuk menghasilkan sel haemoglobin yang diperlukan dalam PEMBENTUKAN SEL DARAH MERAH. Bayi yang berumur melebihi 6 bulan memerlukan kandungan Zat Besi yang lebih tinggi. ibu boleh menambah bekalan Zat Besi melalui pengambilan sumber seperti daging, sayuran hijau dan bijirin. 

Kandungan Zat Besi yang tinggi dalam susu formula boleh mengundang PEMBIAKAN BAKTERIA berbahaya. 

Zink diperlukan untuk menghasilkan dan mengaktifkan enzim-enzim dalam tubuh bayi.


Selain membekalkan zat yang mencukupi, susu ibu juga mempunyai rasanya yang tersendiri. Bayi akan dapat merasai makanan yang dimakan ibunya dalam tempoh 4-6 jam sebelum menyusuinya. Kepelbagaian rasa susu ibu menjadikan bayi lebih berselera. Bayi akan membiasakan diri dengan makanan yang dimakan ibunya. Hal ini akan memudahkan proses memperkenalkan makanan kepadanya apabila dia mencapai umur enam bulan kelak.

Semua khasiat dan kelebihan tersebut adalah penting untuk memastikan perkembangan fizikal dan otak bayi. Peratusan yang diperolehi adalah mencukupi mengikut keperluan umurnya. Ibu tidak perlu risau tentang jumlah khasiat yang akan diperoleh oleh bayi.



Jadi apakah lagi alasan untuk kita tidak memilih SUSU IBU sebagai makanan terbaik si anak. Dari 'obsesi' saya ini saya suka kongsi pengalaman dengan kawan-kaawan. Memang teruja. Kadangkala berkongsi di Facebook. Pernah sampai satu tahap, seorang isteri kepada teman sekerja baru lepas bersalin, saya angkut 2 hero saya pergi ke hospital tanpa suami dalam hujan sebab nak bagi pinjam pam susu. Masa anak kedua saya banyak marmet dan jarang guna pam.



Sebab semasa mengandung si isteri sahabat saya cakap susunya kurang sebab kakaknya pun kurang susu. Ya Allah saya memang tidak pernah setuju dengan 'statemant' itu. Di kala belum melahirkan anak, pemikiran sudah disetkan yang susu aku kurang. Sepatutnya kita sudah tanam dalam minda, susu kita pasti cukup untuk si anak, Apabila positif yang kita fikir pasti yang positif sahaja datang kepada kita, in shaa Allah. 

Jangan tidak tau, pam Spectra 3 saya ni da berkhidmat untuk 3 anak saya, sudah hampir 4 tahun dan 2 kali dihantar servis. Ia juga telah memberi khidmatnya pada 5 orang ibu. Saya pinjamkan pada sahabat-sahabat yang memerlukan ketika mereka belum membeli pam susu atau pam mereka dihantar servis.



Alhamdulillah saya seronok menyusukan anak dan saya juga ada rasa ingin tarik semua ibu-ibu supaya menyusukan anak jugak.

Masa anak kedua saya siap beli 'deep freezer' khas untuk simpan susu ibu. Saya sudah tidak terfikir ia berbaloi ataupun tidak tapi saya dah niat indin penuhkan deep freezer itu dengan rezeki anak saya. Alhamdulillah saya berjaya bila minda bawah sedar saya bekerja ke arah itu, alhamdulillah.



Momen indah ini hanya datang sekali sahaja kepada anak kita, ia tidak akan berulang. Pasti rindu detik-detik  kita 'kamcing' dengan anak apabila mereka sudah dewasa kelak. 

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada ilahi anak ketiga saya Muhammad Adam Afif baru saya genap 2 tahun saya susukan dengan susu ibu pada 9.7.2016. Bersyukur sangat saya Allah izinkan kelancaran perjalanan penyusuan ini.

Anak ketiga saya ini istimewa, umur 10 hari sudah masuk wad akibat jangkita paru-paru. Lagila gigih mamanya mengepam di hospital bagi memastikan anak saya tidak diberi susu formula di hari-hari awalnya. Sebab kepercayaan saya kepada susu ibu mampu meningkatkan sistem pertahanan badan anak kerana itu Allah kurniakan kepada kita ibu mereka. 


Stok susu EBM semasa anak saya di hospital.

Pengalaman anak saya di wad ada saya kongsikan di blog lama saya Azatyvitalove. Boleh dibaca di sana. Jadi saya memang rekemen ibu-ibu usahalah dulu untuk menyusukan anak kita. Selepas usaha memang sudah tidak mampu kita tawakal pada yang Maha Kuasa. Mungkin setakat itu rezeki anak kita.

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...