Alhamdulillah cuti Deepavali yang lepas saya berkesempatan membawa keluarga bercuti ke Langkawi. Kami bertolak pada 13 Oktober 2017 hari Jumaat dan pulang pada 16 Oktober 2017. Kebetulan dan dirancang sebenarnya Melaka cuti pada hari tersebut sempena Ulangtahun Kelahiran TYT Melaka.
Tiket kapal terbang telah saya tempah sejak Februari 2017. Sebelum saya melahirkan anak ke 4 April lepas. Kebetulan Air Asia ada tawarkan harga tiket murah. Rezeki kami bersebelas, masa tu baby belom keluar. Tiket pergi rm85 dan tiket pulang rm85. Dapat sahaja bonus Shaklee terus saya tempah 8 tiket dewasa dan 3 tiket kanak-kanak. Harganya sama sahaja.
Kenapa saya memilih kenderaan udara. Sebab saya bawa mak dan abah saya, kasihan mereka kalau duduk dalam kereta untuk perjalanan yang lama. Abah saya bekas pesakit stroke yang jalannya kurang stabil. Lagi satu untuk mengurangkan penggunaan tenaga suami saya. Kalau dia memandu dalam perjalanan yang jauh pasti penat dan apabila sampai destinasi perlu kawal keletah anak-anak aktif lagi. Hihihi saya nak jimat tenaga saya juga, seharian di KLIA2 pun sudah mengharukan.
Bagi ibu-ibu yang telah menempat tiket sebelum melahirkan bayi anda, tidak perlu risau. Nanti semasa di KLIA kita boleh 'add infant' di kaunter perkhidmatan pelanggan. Biasa kita akan daftar masuk (check in) secara atas talian (online) sahaja. Tetapi apabila telah menempah dan baru nak 'add infant' memang tidak lepas kalau buat di atas talian. Perlu juga dibuat di kaunter KLIA.
Penerbangan kami yang sepatutnya bertolak jam 3.35 petang tertangguh sehingga jam 4 lebih. Apabila tiba di Langkawi sudah hampir pukul 6 petang. Saya telah menempah Van sewa Hiace untuk kapasiti 12 orang dengan syarikat Anoxtravel . Alhamdulillah sangat selesa untuk kami sekeluarga. RM140 sehari. Kami menempah untuk 3 hari.
Kami sampai di Homestay pun jam sudah menghampiri jam 7 petang. Suasana mendung dan malamnya hujan lebat. Kami hanya keluar makan di kedai berhampiran. Kami menyewa di (Rainbow Lodge) RL Budget Accomodation yang saya tempah melalui Booking.com. Asalnya saya menempah 4 bilik dengan kipas dengan harga rm630 untuk 3 malam (RM50 untuk bilik kipas tanpa balkoni dan RM55 untuk bilik kipas dengan balkoni). Apabila tiba di sana owner tawarkan kepada kami 2 bilik berhawa dingin boleh memuatkan 4 orang sebilik dengan harga rm100 semalam. (gambar dari google)
Ini rupa bilik yang kami 6 beranak tidur. Manakala mak abah dan adik-adik saya tidur di bilik dengan 2 katil kelamin. Kami request 1 tilam bujang untuk adik bongsu kami. Bilik mereka lebih luas daripada bilik kami dan tidaklah padat sangat. Ngam-ngam gitu.
Ini gambar dari luar tempat penginapan kami.
Malam itu saya sangat risau tidak dapat buat apa yang telah saya rancang. Saya merancang untuk bawa keluarga saya untuk beraktiviti "Island Hopping" sebab saya yakin ini pengalaman pertama mereka terutama mak saya. Cuaca di luar hujan lebat. Kami suami isteri sudah pernah lakukan aktiviti ini semasa berbulan madu pada tahun 2010 dan saya sendiri juga ada pengalaman tersebut semasa bergelar pelajar di maktab dahulu.
Pagi esoknya saya masih berwasap dengan person in charge yang saya buat tempahan aktiviti Island Hopping ini. Cuaca masih mendung dan saya hampir menukar rancangan untuk naik kereta kabel dahulu. Tapi alhamdulillah rezeki kami pagi itu cuaca bertambah baik dan kami meneruskan perancangan kami. Sebab saya risau esoknya belum tentu lepas untuk menaiki bot. Pagi itu kami bersarapan dulu di kedai makan Submarine dan terus berjumpa wakil yang saya hubungi sebelum ini di Pantai berdekatan Hotel apa saya tidak ingat.
Aktiviti Island hopping ini kita akan dibawa ke 3 tempat iaitu Tasik Dayang Bunting, berhenti sekejap untuk Eagle Feeding (tetapi xde pun hanya melihat burung helang berterbangan di kawasan seolah-olah khusus untuk mereka) dan singgah di Pulau Beras Basah.
Kami bersama mak, abah dan 4 adik-adik saya.
Di Tasik Dayang Bunting
Di Tasik Dayang Bunting kita boleh mandi. Jika ada bawa orang tua pastikan mereka sihat kerana ingin ke sini perlu naik dan turun tangga 600m untuk pergi balik. Ayah saya tidak ikut hanya berehat di kaunter pintu masuk. Tandas juga hanya berada di situ.
Di sini ada juga tempat mandi kanak-kanak. Kalau kawasan dewasa memang dalam tak jumpa dasar pun, saya hanya memerhati anak mandi, tidak berani nak turut serta. Tersilap langkah takut terlepas anak-anak ke dalam tasik. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Ini persinggahan ketiga Pulau Beras Basah. Tiada beras pun tetapi airnya sangatlah jernih. Ikan yang cantik-cantik berenang di kawasan 'jeti'
Selepas penat eksplore Pulau kami pulang ke darat dan terus cari makan. Lapar. Kami makan di Kedai Kak Yan Nasi Campur. Lauk dia memang banyak, tapi sebab kami tiba pun hampir pukul 3 tidaklah banyak lauk yang tinggal. Dah ramai orang sapu.
Gambar google. Tapi orang memang tak putus-putus datang.
Turun dari kereta kabel ada tempat yang kita boleh ekplore di atas.
Ini kalau ada orang tua tidak sesuai sebab perlu mendaki dan menuruni tangga rasa saya lebih 300m untuk sampai ke atas ini. Mengah jugala. Tapi rasa tak feel kalau dah sampai tidak bergambar di sinikan. Lagi satu kalau ada anak-anak kecil aktif seperti anak saya lebih baik datang dengan anggota keluarga lain bagi mudah mengawal anak-anak ini. Tempat tinggi gayat weh.
Gambar di 3D Art Langkawi. Di sini pun terkejar-kejar bergambar sebab sudah lewat.
Gondola (kereta kabel) terakhir bergerak naik ialah jam 7 petang.
Esoknya Ahad kami hanya pergi ke Beras Terbakar dan bersiaran di Dataran Helang serta shopping coklat yeaah.
Petang hari ketiga saya dan adik-adik ke Pantai Cenang untuk mandi. Mama yang over tau. Kebetulan mak dan abah saya sertai kami juga, jadi bolehla mereka tengokkan si kecil yang sedang tidur. Pantai Cenang dekat sangat dari homestay kami. Paginya saya hanya berjalan kaki ke sini. Tetapi sebelah petang kami naik Van ke Pantai Cenang hasil kaki lenguh mendaki sepanjang hari.
Kebetulan dapat sms Flight kami delay. Alhamdulillah rezeki sangat saya nak bawak anak-anak ke Underwater World Langkawi. Boleh tengok, hidupan laut, Penguin dan ada beberapa aktiviti disediakan di sini untuk anak-anak.
Moga ada rezeki kami lagi untuk datang ke Pulau Langkawi lagi in shaa Allah.
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174
Pengedar Shaklee Melaka
No comments:
Post a Comment