Teks: Noorhayati Abdul Rahim
Post ini sebenarnya sudah lama dicatat. Baru berkesempatan untuk 'publish'. Cabaran diri sendiri 5 post sehari moga tercapai hendaknya.
[Berjalan dengan si kecil]
Semalam seharian di bandar Melaka memenuhi jemputan 'jamuan raya' sahabat. Memikirkan akan solat di luar memang bawak sepersalinan pakaian. Dibimbangi si kecik muntah (selepas menyusu) dan 'poo'.
Post ini sebenarnya sudah lama dicatat. Baru berkesempatan untuk 'publish'. Cabaran diri sendiri 5 post sehari moga tercapai hendaknya.
[Berjalan dengan si kecil]
Semalam seharian di bandar Melaka memenuhi jemputan 'jamuan raya' sahabat. Memikirkan akan solat di luar memang bawak sepersalinan pakaian. Dibimbangi si kecik muntah (selepas menyusu) dan 'poo'.
Bila berjalan dengan deretan Boboy boi kuasa 4 ini saya lebih selesa singgah solat di Petronas. Surau dan tandas sebelah-sebelah dan jalan pun tidak memakan masa yang lama.
Sebelum tiba ke rumah sahabat ke 2 singgah dahulu bersolat zohor di Petronas. Sebelum gerak saya perasan baby dah 'poo'. Nasib baik dah selesai solat dan saya memang selalu mengelat kalau bab nak basuh hasil poo anak kalau berada lama di luar😜(jangan bagitahu suamiku). Bukan apa saya ni bab pakaian nak solat ni memang tidak berkompromi sikit kalau berkaitan najis. Tapi semalam tak boleh ngelat tidak dilayan😂.
Solat asar di rumah sahabat pun saya minta pinjam tshirt sahabat sebab tidak yakin pakaian bersih. Usai bersilaturrahim saya singgah melawat sahabat a.k.a adik yang baru sahaja selesai pembedahan appendiks (ibu hamil 4 bulan+ yang awalnya dikatakan batu karang).
Sampai hospital pun dah pukul 630pm. Anak-anak bersama suami dalam kereta. Selain kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke wad Hospital Melaka, saya pun sebenarnya tidak gemar bawak anak-anak ke hospital kecuali memang asbab sakit. Sebab hospital boleh jadi punca sakit anak-anak yang sistem imunisasinya sedang 'develop'.
Apabila suami sahabat tiba di hospital saya pun bergerak keluar. Suami pun dah whatsApp baby menangis dan 'poo' lagi. Kami singgah Tesco sebab plan nak beli barang. Pertama kali kami bawak Areez pergi Mall. Eh kali ke 2 sebelum ini Mydin Kuantan.
Biasa di tempat membeli belah ini disediakan bilik menyusu dan persalinan baby. Kami terus tuju ke sana. Masuk-masuk terkejut juga kami. Tong sampah besar tengah-tengah bilik, dan busuk dengan bau pampers yang dibuang tidak disalin baru plastiknya. Lantai bertakung dengan air. Alahai kecewa jugalah bilik untuk baby dan ibu jadi begitu rupa. Boleh jadi sumber penyakit juga. Kalau Ikutkan tak nak masuk, tapi tiada pilihan lain lagipun ada tempat untuk baringkan baby yang bersih jadi kami teruskan juga.
Tanpa menunggu lama kami salin pampers dan baju Areez secepat mungkin selain memantau 3 hero lagi tidak mahu mereka terpijak air bertakung di situ dan terus keluar untuk solat Maghrib pula secara bergilir-gilir. Suami dan anak-anak menanti saya di Food court. Dah siap solat barulah rasa mudah nak 'merayap'.
Sedang berjalan-jalan nampak pula si Adam Afif KFC. Walhal baru sahaja makan Jumaat lepas. Sudahnya bisingla mulutnya sepanjang jalan selagi tidak dapat.. Ditambah lauk pulak oleh si abang 'mama lapar'. Niat window shopping dipendekkan memikirkan nanti orang kata saya tak bagi anak makan pulak. Walhal kita makan mereka sibuk bermain, diajak makan langsung tidak mahu, bila dah nak balik baru sibuk cari air dan biskut raya. Selesai makan barulah boleh balik dengan gembira😊 dan sempatlah Adam Afif dapat hadiah Lego walaupun ulangtahun kelahiran sudah lepas.
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174
Pengedar Shaklee Melaka
No comments:
Post a Comment