Wednesday 1 November 2017

EBM Rosak

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Catatan ini saya sudah buat bulan lepas tetapi tidak sempat nak edit. Moga bermanfaat buat ibu-ibu. Saya pernah buat silap, diharapkan ibu-ibu tidak alaminya juga.

Pada 11 September  sebelum nak pergi kerja sempatlah ambil stok susu ebm Adam Areez (anak no 4) daripada deep freezer untuk dihantar ke rumah pengasuh. Terperasan pengalaman lama berulang kembali.
Susu adik tercemar (contaminated).

Ya Allah kecewa sangat rasa. Even susu perahan kalau tertumpah sedikit masa nak simpat tupun rasa kecewa sangat. Inikan pula banyak. Sebab masa anak no 3 Adam Afif perkara yang sama pernah berlaku. Bukan sedikit tau, hampir separuh deep freezer saya buang. Menangis toksah cakapla bukan tempoh yang sekejap nak simpan, 4 bulan tu mengepam susu dari dalam pantang. Tapi bukan rezeki anak kan. Pulak tu tiada inisiatif nak tanya yang pakar.

Hari tersebut saya belum jenguk betul-betul keadaan semua susu tu ditambah dengan rasa kecewa yang amat rasa tak nak tengok lagi. Biar dulu.



Esoknya saya bangun pagi, saya keluarkan semua stok susu ebm tu. 2 daripada 3 bakul ini tercemar. Sedih sangat rasa.


Image may contain: food

Dulu saya pernah kerja dalam bidang tisu kultur. Tompokan beginilah nampak bila berlaku 'contamination' pada gel.


Banyak tu kalau nak kene buang. Tapi kali ini saya tidak terus buang, saya masukkan semua yang saya rasa tercemar ke dalam plastik hitam. Terus masuk dalam deep freezer semula. Sebab saya rushing nak pergi kerja. 

Dalam pada tu ada 4 packs saya dah campak ke tepi untuk dibuang. Ia dah mencair. Masa inilah saya perasan tompokan itu hanyalah seperti lemak susu yang terkumpul menjadi ais.

 
Kemudian ia mencair kembali seperti susu yang asal. Bercampur seperti kelihatan ais biasa yang mencair. Tiada yang pelik.

Kemudian 4 packs ini saya bagi kepada pengasuh untuk saya lihat tindakbalasnya kepada anak. Susu kelihatan tiada perubahan warna. Alhamdulillah pengasuh cakap Adam Areez ok sahaja, susu tidak berbau dan warna pun seperti susu yang setiap hari saya hantar. Normal.

Sepanjang hari di tempat kerja saya hubungi dan bertanya siapa sahaja yang saya rasa pakar mengenai susu ibu simpanan ini (EBM). Kebetulan aplikasi messenger saya di Facebook tidak boleh nak install jadi terbatas nak pm insan-insan terpilih sehingga saya minta tolong sahabat 'private message' (pm) mintakkan no telefon puan yang ingin saya hubungi.

Dengan bantuan seorang teman saya dapat dua nombor kaunselor penyusuan. Seorang menyatakan ia hanyalah lemak susu yang terkumpul semasa proses pembekuan. Hati sudah merasa sedikit lega tetapi beliau tidak mempunyai pengalaman menguruskan stok susu ebm berusia 4 bulan. Jun sehingga September. Stok EBM beliau yang disimpan dalam tempoh sebulan.

Sebelah petang seorang kaunselor penyusuan Johor Baharu iaitu Puan Khadijah Gani yang juga saya ikuti beliau di Facebook dalam mempelajari cara-cara mengajar anak mengaji.
Beliau mengambil masa menjawab pertanyaan saya kerana berbincang dengan sahabat-sahabat beliau dalam kepakaran yang sama. Ini antara jawapan daripada beliau.



Mendengar kesimpulan yang sebegini menjadikan hati ibu saya ini lebih lega. Saya juga cuba merasa susu tersebut alhamdulillah ia tidak masam. Cuma ada bau khas susu yang biasa kita terhidu semasa membasuh botol susu simpanan. Normal.

Daripada apa yang puan Siti Khadijah sampaikan perkara yang perlu pertimbangkan sebelum susu itu kita anggap ia rosak ialah:

1. Susu tidak merasa masam
2. Tiada warna yang mencurigakan
3. Normal selepas dipanaskan (tidak berketul)

Terima kasih kepada pengasuh anak-anak saya yang turut sama membuat eksperimen bersama. Susu tidak berbau dan bercampur  selepas dicairkan. Yang paling utama tidak berlaku perubahan warna yang mencurigakan. Syukur Alhamdulillah.

Anak saya juga lepas saya ambil tiada berlaku cirit birit ataupun muntah-muntah. Ia hanyalah keadaan normal. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini Adam Areez sudah pun berusia 6 bulan. Moga dipermudahkan saya menyusukannya sehingga 2 tahun. Amiin


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174



Mencari set penyusuan Shaklee klik di sini
Pengedar Shaklee Melaka


No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...