Dua minggu lepas kebetulan buka booth jualan di Expo Sihat MITC anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM). Ada pelbagai booth dibuka oleh JKNM dan saya tertarik dengan booth khas untuk memberi peluang pengunjung menderma darah.
Seingat saya kali terakhir saya menderma darah adalah semasa belajar di UPM dahulu. Semasa muda remaja lagi. Jadi teringin pulak nak menderma darah kali ini. Saya pun berkunjung ke booth tersebut.
Soalan pertama saya tanya, "Boleh ke ibu menyusu menderma darah puan?"
Baru saya tahu ibu menyusu tidak boleh menderma darah. Ibu hamil apatah lagikan. Bukan tidak tahu tetapi tidak pernah ambil tahu sebenarnya.
Antara syarat untuk menderma darah ialah
1. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh seminggu sebelum menderma darah
2. Tidak ke Luar Negara dalam tempoh sebulan
3. Wanita tidak hamil, menyusukan bayi dan dalam haid.
4. Tiada HIV
5. Sihat tubuh badan
6. Berat badan 45kg ke atas
7. Tidur cukup sekurang-kurangnya 5 jam sebelum menderma darah
8.Pendermaan darah terakhir 3 bulan sebelum
9. Tinggal di Malaysia melebihi setahun (bukan warganegara)
10. Mengambil makanan sebelum menderma darah.
11. Berumur 18 tahun ke atas
Moga info ini bermanfaat buat yang merancang untuk menderma darah, in shaa Allah.
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174
Pengedar Shaklee Melaka
No comments:
Post a Comment