Sebelum kita bergerak untuk bertugas jaga booth di MITC, kita update post sikit.
Sebenarnya beberapa kali cuba dah, tapi tidak berjaya. Mak yang salah, leka tak boleh fokus nak atur ke tandas sejam sekali. Masa mengandung Adam Areez no 4 memang tak buatlah sebab tak rajin nak mop lantai. Bila dah bersalin pun sama sibuk dengan baby konon.
Nak dijadikan cerita saya belikan kolam mandi kecil yang ada jualan murah di Tesco RM 10 sahaja baru-baru ini. Nak dijadikan cerita hampir setiap petang 3 hero ini nak mandi kolam sekangkang kera tu. Abah diorang dah upgrade ada gelongsor lagi. Seronokla bebudak ni. Saya memang pakaikan mereka seluar kecil masa mandi tu..
Satu hari tu, Adam Afif yang tengah berendam kat kolam tadi ketuk pintu nak masuk rumah sambil menjerit
"Mamaaa Afif nak kencing, cepatlah buka pintu"
Wah pertama kali. Afif ni memang pandai cakap dan faham arahan. Tapi bila bab suruh buang air kat tandas alahai tak tahulah kenapa dia tak nak juga ikut nak juga buang dalam pampers.
Selepas kejadian itu saya hanya pakakan dia seluar kecik je sambil atur di tandas. Pernah juga terlepas sekali hari pertama. Habis satu rumah kene mop sebab tak tau kat mana dia terkucil.
Disebabkan saya bekerja siangnya, jadi saya hanya boleh buat sebelah malam. Nak tidur baru pakaikan pampers.
Hari kedua tu saya bagitahu pengasuh saya dah latih Afif kencing di tandas. Kadang dia bagitahu kadang saya tanya terus bawa ke tandas.
Ahamduliillah hari ini sudah hari ke lima Afif tanpa pampers kecuali waktu tidur. Hanya kerana dia tidak mahu buang air dalam kolam. Tahu pula dia geli, hihihi.
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174
Pengedar Shaklee Melaka
No comments:
Post a Comment