Sunday, 19 March 2017

Vitalea pembekal Tenaga

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Semalam kami pulang ke kampung halaman  saya di Kuantan. Perjalanan mengambil masa lebih 4 jam disertai trafik yang perlahan. Yalah cuti persekolahan baru sahaja bermula, jadi semua orang keluar baik untuk pulang ke kampung ataupun bercuti.

Setibanya di Kuantan kami singgah makan tengahari dahulu di tepian pantai Taman Gelora. sebenarnya tidak sampai 5 minit pun nak sampai ke rumah ibu bapa saya. sebab kami pulang tanpa memberitahu mereka, konon nak buat kejutan, takut kami yang dapat kejutan tiada makanan tengahari.😍

Sedang kami makan tiba-tiba suami meluahkan rasa,

"Drive kali ni tiada berhenti tidur di mana-mana yer, terus sampai Kuantan. Badan pun tak letih dan mengantuk"

Kebiasaannya dalam perjalanan suami akan berhenti di Petronas Muadzam Shah untuk berhenti tidur sebentar selepas keletihan memandu. Mungkin juga kami bertolak pagi, badan masih segar.

Saya pun bertanyakan suami,
"Abang ada makan Vitalea ke?"

"A'ah" jawab ambil suami mengangguk kepalanya.

Baru saya teringat minggu lepas saya ada siapkan tablet Vitalea untuk keperluan 2 minggu di dalam pillbox. Kebetulan pillbox ber'keychain' ini kami dapat percuma semasa menghadiri Shaklee National Conference bulan lepas lalu digantung pada beg sandang suami.

Bermanfaat juga pillbox ini. Suami akan sentiasa nampak dan mengingatkan dia untuk makan suplemen dengan konsisten. Janganlah kita sahaja mahu sihat bertenaga,suami pun perlu sihat bertenaga dalam menjaga keluarga. In Shaa Allah.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig: shaklee_by_yatty
Email: noorhayatiarahim@gmail.com
0173737174



No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...