Alhamdulillah baru sahaja pulang dari makan ala-ala "shell out". Sudah lama teringin apabila melihat gambar-gambarnya melalui dinding Facebook saya. Sebelum berpantang adalah masa terbaik. Yalah orang kata nanti meleleh pulak air liur baby.
Kedainya Selera Warisan D'Maria terletak di Kota Fesyen MITC. Sebaris dengan Bank Islam tetapi in terletak sedikit hujung bangunan tersebut. Yang janggalnya ia terletak berhampiran kedai karpet, semerbak bau ketam dengan udang.
Seronok juga makan berjemaah seperti ini. Anak-anak kemain seronok lagi. Soalan yang kerap keluar
"Mama kenapa kita tak makan dalam pinggan?"
"Inilah style "shell out"
Mungkin anak-anak belum faham. Mama pun tidak tahu nak jelaskan macam-macamana.
Jadi jom bawa keluarga anda ke sini.
Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig; Shaklee_by_yatty
Email:noorhayatiarahim@gmail.com
WhatsApp:0173737174
No comments:
Post a Comment