Sementara menunggu nombor dipanggil untuk temujanji doktor sempat saya menulis di sini.
Minggu-minggu terakhir sebelum melahirkan ini saya diserang cramp kaki di tengah malam sebanyak dua kali. Setahu saya cramp terjadi kerana kurangnya pengambilan kalsium dari diet. Saya mengaku saya memang tidak suka minum susu. Kerana kesibukan seharian melayan anak-anak juga kadang saya lupa untuk makan pil Kalsium sebelum tidur dan sebenarnya kalau sudah baring liat mahu bangun menelan pil Kalsium. JANGAN ditiru kemalasan saya ini.
Berbalik kepada pengalaman diserang cramp kaki baru-baru ini menyebabkan saya langsung tidak boleh berdiri dan berjalan. Suami tidur di ruang tamu bagi menemani anak-anak yang takut tidur sendirian di bilik mereka. Sakitnya Allah sahaja yang tahu, menangis sudah tentu dalam nak sampai keluar pintu bilik untuk memanggil suami.
Sempat mencapai minyak panas dan suami membantu melegakan dengan menyapu minyak panas. Lama juga masa diambil untuk kesakitan itu hilang. Kejadian itu menjadikan saya insaf sekejap untuk mengambil pil Kalsium secara konsisten. 2 hari lepas ia terjadi lagi sebab kepenatan pulang dari kampung menyebabkan saya terus tidur apabila tiba di rumah tanpa mengambil pil Kalsium. Akibatnya malam itu diserang cramp lagi sekali tetapi tidak seteruk sebelumnya. Selepas dibantu saya merasa sedikit lega.
Antara faktor kaki cramp juga kerana tidur di bawah kipas dan tidak berselimut. Kaki menjadi sejuk dan paling baik tidur dengan mengenakan stokin. Dengan memakai stokin ia akan menyimpan haba di kaki sekaligus menghalang kaki menjadi sejuk yang menyebabkan terjadinya cramp.
Pil Kalsium yang saya amalkan ialah Ostematrix Shaklee. Ia memang sangat membantu saya sekiranya diambil secara konsisten. Yalah sekarang kita berkongsi kalsium berdua dengan bayi dikandung. Jadi bekalan seharian perlulah cukup.
Wanita dan lelaki memerlukan 1000mg Kalsium sehari.
Antara manfaat lain Ostematrix ini membantu ibu hamil yang mengalami sembelit. Ia melembutkan najis dan membantu dalam pengecutan otot in Shaa Allah.
Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig: shaklee_by_yatty
Email:noorhayatiarahim@gmail.com
Whatsapp: 0173737174
No comments:
Post a Comment