Thursday, 23 March 2017

Etika Berniaga

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Semalam selepas makan ala-ala "shell out", saya singgah ke Mydin. Niat di hati ingin mencari Set Pantang. Selain Set Pantang Shaklee, saya akan ambil juga Set Berpantang Tradisional barulah rasa lengkap fasa berpantang itu.

Setibanya di Mydin MITC saya ditahan penjual produk. Apa yang membuatkan saya terberhenti di situ apabila penjual itu menyebut
"Air zam-zam kak, free jer"
Dalam kepala saya dapat minum air zam-zam percuma. Tetapi selepas itu saya didatangi seorang wanita yang terus menyapu krim putih di tangan saya. Krim itu seperti skrub, digosokkan sehingga keluar kulit mati katanya dan dibandingkan antara dua tangan yang disapu krim. Saya nampak sama sahaja mungkin faktor cahaya di malam hari. (Saya diberitahu ada kandungan air zam-zam dalam krim ini)

 Perbuatan menyapu krim di tangan itu ok lagi bagi saya, tetapi tiba-tiba dia menyapu krim itu di sekeliling muka saya. Memang saya terkejut jugalah. Kulit muka adalah kulit paling sensitif, tidak bolehla sesuka hati ditepek krim tanpa meminta izin empunya kulit muka. Walaupun diberitahu kulit budak ekzema pun elok pakai krim tersebut, tetapi sebagai peniaga bukanlah etika yang baik main sapu begitu sahaja. Buatnya kulit saya memang jenis sensitif bukankah ia memudaratkan kulit pelanggan juga.

Tapi saya tidaklah marah penjual itu, kerana dia pun telah berusia jadi saya hanya membiarkan sahaja walaupun mulut berbunyi juga. Selesai dia mencuci muka saya, dia tawarkan satu tiub krim itu rm20. Saya beli jugalah sebab tidak tahu bagaimana mahu mengelak daripada penjual tersebut.  Saya fikir mungkin boleh disapu di belakang badan anak sulung yang berparut "chicken pox". 

Kebetulan saya tidak mempunyai wang kecil, maka saya hulurkan wang rm50. Dari sini dia ambil kesempatan memujuk saya membeli 3 tiub untuk sekotak. Berulang kali saya cakap hanya mahu mencuba duahulu. Satu tiub sudah cukup. Apa-apa produk pun mesti kita mahu mencuba dahulu, serasi atau tidak, jadi tidak perlu beli sampai 3 tiub. Dia memaksa juga dengan meletakkan sekotak yg ada 3 tiub. 

"Tidak mengapa,nak tutup kedai dah ni, akak bagi rm40"
Sambil dia menghulurkan wang baki rm10.

Nak marah juga tetapi tidak gamak sebab orangnya sudah pangkat ibu bagi saya. 
Nasib baik suami tiada di situ, kalau tidak mahu penjual itu pun kena marah. Saya ini kurang tegas suami cakap apabila saya mengadu kepadanya.

Apa yang saya rasa dia berniaga dengan cara tidak beretika

1. Menggunakan perkataan "air zam-zam percuma" untuk menarik perhatian, tahulah kan bukan senang nak minum air syurga itu .
2. Menyapu produk krim mereka di bahagian paling sensitif, kulit muka tanpa meminta izin pelanggan
3. Mengambil kesempatan dengan wang besar diberi pelanggan untuk menjual lebih produk mereka kepala pelanggan
4. Mendesak

Diharapkan tiadalah peniaga di luar sana mengamalkan cara perniagaan kurang sopan sebegini. Raikan kehendak pelanggan bukan kehendak sendiri.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim 
Ig: Shaklee_by_yatty 
Email: noorhayatiarahim@gmail 
WhatsApp: 0173737174 

2 comments:

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...