Tuesday 21 March 2017

Food Truck pilihan pelanggan

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Pulang ke kampung di Kuantan baru ini, sempat membawa ibu dan ayah saya bersantai di Food Truck Kuantan selepas kami melawat nenek saudara di Hospital Tengku Ampun Afzan (HTAA).

Food Truck ini bertempat di bangunan Maybank lama berdekatan Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan. Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menarik terdapat di sini. Menarik juga duit nak keluar dari purse sebab semuanya tertarik menarik.

Kebetulan kami sampai, terdapat tiga Food truck di situ. Food truck pertama menjual pelbagai pilihan air seperti 'ice blended' pelbagai perisa, cendol dan air buah-buahan.

Food truck kedua ada masakan masakan panas seperti kiew tiau goreng, char kiew tiau udang kerang dan macam-macam lagi. Sempatlah saya dan ayah merasa char kiew tiau kerang udang melimpah mereka. manakala Food truck ketiga menjual air berasaskan kelapa seperti coconut shakes.

Saya perasan sekarang berniaga menggunakan Food truck lebih popular. Iya dulu biasa sahaja peniaga meniaga menggunakan Food truck berwarna putih itu. Tapi sekarang Food truck dihias dengan lebih menarik yang menjadi tarikan pembeli untuk datang mencuba.

Di Melaka juga terdapat Food truck yang lebih kepada makanan barat iaitu di Masjid Tanah bersebelahan bangunan Mara. Ia dibuka pada hari Sabtu. Dan tempatnya boleh tahan meriah dengan orang ramai dan dihiasi lampu berwarna warni.

Jom kita sokong peniaga Melayu kita.

Facebook: Noorhayati Abdul Rahim
Ig: Shaklee_by_yatty
Email:noorhayatiarahim@gmail.com
Whatsapp:0173737174

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...