Monday, 26 March 2018

Taman Buaya Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sabtu lepas, sempat bawa anak-anak ke Taman Buaya Melaka. Kebetulan seminggu cuti persekolahan kami tidak pulang ke kampung dan suami pula bekerja setiap Hari termasuk hujung minggu.

Seminggu ini saya sibuk 'set up' Homestay Azaty di Lendu, kebetulan ada pelanggan telah membuat tempahan untuk 24 Mac baru ni.

Selepas selesai semua urusan berkenaan Homestay saya merancang untuk membawa anak-anak ke tempat yang Ada 'waterpark' or kolam Mandi. Pagi-pagi itu baru Saya Google terjumpalah Taman Buaya Melaka dengan harga yang berpatutan.

Untuk hujung minggu atau cuti persekolahan harga untuk dewasa ialah RM18 dan rm13 untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas.

Kami sampai on time staff Taman Buaya Melaka sedang siap-siap untuk Pertunjukan Buaya. Seronok anak-anak tengok. Aksi ngeri masuk tangan dalam mulut buaya pun ada.

Setelah selesai menonton lebih 1 jam Pertunjukan Buaya dan ular. Kemudian kami berpeluang menonton aksi buaya makan daging ayam.




Kemudian aktiviti yang paling dinantikan anak-anak mestilah berendam Kan. Tempatnya tidaklah seperti Taman tema lain. Ia simple sahaja tetapi kolamnya luas sesuailah untuk anak-anak bergembira. Ada ''slide" juga yang anak sulung Saya suka sangat. Anak-anak yang lain tidak berani.




Jadi kalau ke Taman Buaya Melaka pastikan bawa sepersalinan baju anak-anak. Rugi bayar Mahal kalau xmandi.

Ingin dapatkan produk Shaklee

0173737174

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...