Wednesday 26 September 2018

Tempat Menarik di Port Dickson

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah, sudah lama tidak menulis di sini. Tajuknya tempat menarik di Port Disckson. Tetapi sebenarnya satu tempat sahaja yang nak diceritakan.

Kebetulan beberapa minggu lepas, semasa cuti 1 Muharram, kami bawa anak-anak ke tempat yang dekat sahajalah dari Melaka. PD Ostrich Show Farm. Banyak sangat pengalaman yang anak-anak boleh kutip di sini. Bukan ada Ostrich sahaja, pelbagai haiwan lagi yang kita boleh bagi makan dan pegang.


Masuk-masuk sahaja sudah boleh bagi makan kambing, kemain seronok anak-anak tidak takut langsung. Bersebelah Ostrich Farm ini ada juga Dinasour Park, tetapi kami tidak masuk memandangkan kos yang tinggi bila kene bayar untuk lima orang. Kita cari 'keseronokkan' yang bajet sahaja.

Oh ya, bayaran masuk ke PD Ostrich Show Farm ini RM15 untuk Dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Jadi kos untuk kami berlima tidak termasuk si kecil ialah RM60. Belum termasuk daun-daunan dan palet RM6 untuk diberikan kepada haiwan yang terdapat di sini.


Tengoklah Ostrich itu, bagi palet ia makan, bagi daun saya tak pasti daun apa pun ia makan, tidak menolak langsung. Walaupun saya tiada keberanian nak bagi ia makan secara langsung daripada tapak tangan saya, tapi menurut pekerja di situ Ostrich ini tidak menggigit jadi tidak perlu takut. Saya melihat sahajala Ostrich itu mematuk makan palet di tapak tangan suami.


Kami juga diberi peluang untuk bagi makan Arnab. Ada pelbagai jenis arnak dan ada juga tikus belanda. Anak berpengalaman memegang arnab jinak di situ sambil mendengar bunyi bising angsa di sebelah tempat arnab tadi.



Tengoklah si kecik itu kemain berani lagi, geram sungguh dia dengan arnab itu. Jangan risau ada paip disediakan untuk membasuh tangan anak-anak selepas memberikan haiwan-haiwan di sini.

Kebetulan kami sampai staff di sini mengadakan Ostrich Show. Sebenarnya anak-anak dapat pengalaman berlumba dengan Ostrich. Lucu sungguh melihat anak-anak lintang pukang berlari bersama Ostrich.

Antara haiwan lain yang terdapat di Ostrich Farm ini iailah ayam, unta, ayam belanda, lembu dan banyak lagilah.




Tengok unta ini macam menyedihkan pula. Yalah tinggal sendiri tanpa pasangan di negeri yang bukan tempat asalnya.


Nasib baik anak-anak pakai baju hijau bukan baju merah, kalau tidak mesti perlu berhati-hati. Hihihi gurau sahaja.



Ostrich Farm ini dihadiri oleh banyak burung merpati. Mungkin kerana banyak makanan di sini.




Oh yer, kami diberitahu sebiji telur Ostrich ini mampu menampung berat 120 kg. Kami berpeluang memijak sendiri telur Ostrich, seperti tidak percaya memang keras sangat.



Sempat kami berselfie bersama Ostrich.

Jadi kalau mencari tempat yang anak-anak boleh merasai pengalamn sebenar bersama haiwan, jangan luoa singgah di PD Ostrich Show Farm. Harga masuk yang mampu milik dan sangatlah berbaloi untuk sekeluarga. Di dalam juga ada tempat untuk beli air dan makan, tidak perlu risau anak-anak haus semasa beraktiviti.

Mencari Produk Shaklee?
SMS/WhatsApp: 0173737174
Instagram: noorhayati_abdul_rahim

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...