Thursday 27 September 2018

Tempat Menarik di Muar Johor

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pada cuti hari 1 Malaysia yang lalu, saya dan suami bawa anak-anak ke Don Hu Jurassic Park Muar.
Lagi satu tempat 'seronok' yang bajet bagi saya.


Kenapa saya kata bajet, kalau ke sini tanpa apa-apa penyertaan aktiviti di sini, anak-anak masih boleh berseronok. Saya hanya google maps Dinasour Park Muar untuk ke sini hasil informasi kawan sekerja. Ada satu bahagian terdapat patung-patung Dinasour dibina dan kita boleh masuk secara percuma. Ada pelbagai patung dinasour dengan pelbagai saiz.







Kalau tanya saya nama-nama dinasour ini memang saya tidak tahulah kan. Janji anak-anak seronok rasa bermakna betul percutian separuh hari ini.


Ada beberapa aktiviti berbayar yang terdapat di sini. Antaranya menaiki gerabak keretapi mengeliling trek disediakan. Awalnya saya sangkakan RM10 per kepala. Rupanya RM10/gerabak. Rezekilah anak-anak dapat naik bersama abahnya. Siap abang-abang dapat duduk gerabak depan secara percuma.


Lagi satu yang menarik ialah permainan Dinasour Water. Sekali naik RM10 dan boleh naik 2 orang. Kalau anak kecil boleh ditemani ibu atau ayah.


Lagi satu permainan yang kami cuba, saya tidak ingat namanya. Tetapi anak-anak dan abahnya dapat merasai naik dinasour atas trek yang disediakan. Hanya RM5 untuk seekor dinasour. Mak jadi penonton sahaja dari luar.


Maaf gambar tidak berapa jelas sebab kenderaan sedang bergerak. Almaklumlah handphone murah.
Lagi 1 permainan kereta langgar. Yang ini sahaja anak-anak tidak sertai. Ada juga dijual pelbagai cenderama berbantuk patung dinasour dan payung.

Kebetulan hari itu sebelum kami nak balik hujan lebat yang lama jugalah. Terpaksalah kami beli payung sebagai kenang-kenangan untuk bergerak ke kereta yang berada di luar bangunan. Oh ya, sementara menunggu hujan reda sempatlah 'seekor' dinasour terlepas berhampiran kami.


Bahagian paling terakhir kalau datang ke Muar mestilah kene cuba Mi Bandung Muar. Kami google maps sahaja, keluarlah maps Mee Bandung Udang Galah Muo Ori.


Tu dia udang galahnya. Tak silap hari itu, ada dalam 6 ekor. Jangan ditanya harga, sebab kami bayar langsam dengan yang lain sekali. Lagipun encik suami bayar, puan isteri makan sahaja.

Cubalah datang ke Don Hu Jurassic Park Muar, pasti anak-anak gembira. Tapi ada anak sahabat pergi menangis sebab ada bunyian suara dinasour. Takut kena makan barangkali.

Ada yang ingin mencuba produk Shaklee?
SMS/ WhatsApp: 0173737174
Instagram: noorhayati_abdul_rahim


No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...