Tuesday 4 September 2018

Osteoporosis ape penyebabnya?

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Siapa tahu pasal Osteoporosis? Mungkin ada saudara terdekat yang alami Osteoporosis?



Tahu x 1 daripada 3 wanita berumur 50 tahun ke atas berisiko menghidap Osteoporosis?

Manakala 1 daripada 5 lelaki berumur 50 tahun ke atas menghidapi Osteoporosis.

Satu statistik yang menakutkan juga. Siapakah golongan terdekat kita yang berumur 50 an?

Dah tentu mak ayah kita kan.

Ok Osteoporosis tu ape?

Osteoporosis ialah sejenis penyakit sistem rangka yang dicirikan melalui penurunan jisim tulang dan kemusnahan tisu tulang, menjadikan tulang mudah rapuh dan patah.

Ini contoh gambar, beza antara tulang yang alami Osteoporosis kelihatan sudah banyak lopong dan kosong

Rasa2nya apa faktor menyumbang kepada Osteoporosis?

Faktor- faktor yang menyumbang kepada Osteoporosis 👇
1-Menapouse
Sebab tu Wanita alami Osteoporosis pada umur 50+ kerana kebanyakan wanita pada masa ini mula mengalami Menopause yang menyebabkan rembesan hormon Estrogen berkurang. Dan masa yang sama kehilangan jisim tulang berlaku dengan cepat.

Estrogen membantu mengekalkan paras kalsium dalam tulang.

2.Umur
Bermula umur 35-40 tahun kita akan mula mengalami kehilangan jisim tulang iaitu 0.5-1% setiap tahun

Huhuhu  saya dah 35 tahun skang so memang kene berjaga2😂

3. Androgen
Ini juga hormon bagi lelaki yang mengalami penurunan apabila mereka mengalami andropause. Ha lelaki pun ada menopouse dia jugak😁

4. Jantina
Apabila perkembangan seksual telah lengkap, Wanita akan mengalami kehilangan jisim tulang lebih cepat berbanding lelaki.

Sebab selalu kita tengok kebanyakkan wanita yang selalu mengalami sakit pinggang, sakit lutut sebab Wanita ni melahirkan anak, menyusukan  anak yang mana kalsium pun bagi sikit kat anak.

Kalau perasan perempuan yang selalu alami gigi sakit, patah dan macam2 lagi berbanding lelaki. Biasa dengar orang cakap, pompuan ni setiap sorang anak mengandung sebatang gigi akan cabut😂

5. Hormon Thyroid
Ia meningkatkan kehilangan jisim tulang jadi pesakit Hyperthyroid berisiko tinggi mengalami Osteoporosis

6.Pemakanan
Pengambilan makanan yang kurang kalsium dan Vitamin D terutamanya semasa membesar juga menjadi faktor kepada Osteoporosis

7. Senaman Fizikal
Kekurangan melakukan senaman Fizikal semasa membesar juga faktor sukar memperolehi tulang yang padat.

Baru saya faham anak2 yang aktif juga membantu mereka memperolehi tulang yang padat dan sihat💪

Jadi mak-mak biarla kalau anak nak aktif ke Hulu hilir..Ada hikmah tu😍

8. Habit sosial
Seperti merokok, alkohol dan kafein juga menyumbang kepada kehilangan jisim tulang

Ok dapat buat masa ni faktor yang menyebabkan Osteoporosis?


Faktor ni saya dapat dari buku WOMEN'S HEALTH

Nanti saya Kongsi penulisan seterusnya bagaimana kite ingin mengurangkan risiko Osteoporosis in shaa Allah.

#pengedarshakleemelaka


No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...