Wednesday, 15 November 2017

Syarat untuk Menderma Darah

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Dua minggu lepas kebetulan buka booth jualan di Expo Sihat MITC anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM). Ada pelbagai booth dibuka oleh JKNM dan saya tertarik dengan booth khas untuk memberi peluang pengunjung menderma darah.

Seingat saya kali terakhir saya menderma darah adalah semasa belajar di UPM dahulu. Semasa muda remaja lagi. Jadi teringin pulak nak menderma darah kali ini. Saya pun berkunjung ke booth tersebut.

Soalan pertama saya tanya, "Boleh ke ibu menyusu menderma darah puan?"

Baru saya tahu ibu menyusu tidak boleh menderma darah. Ibu hamil apatah lagikan. Bukan tidak tahu tetapi tidak pernah ambil tahu sebenarnya.

Antara syarat untuk menderma darah ialah

1. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh seminggu  sebelum menderma darah

2. Tidak ke Luar Negara dalam tempoh sebulan

3. Wanita tidak hamil, menyusukan bayi dan dalam haid.

4. Tiada HIV

5. Sihat tubuh badan

6. Berat badan 45kg ke atas

7. Tidur cukup sekurang-kurangnya 5 jam sebelum menderma darah

8.Pendermaan darah terakhir 3 bulan sebelum

9. Tinggal di Malaysia melebihi setahun (bukan warganegara)

10. Mengambil makanan sebelum menderma darah.

11. Berumur 18 tahun ke atas


Moga info ini bermanfaat buat yang merancang untuk menderma darah, in shaa Allah.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka

Set Ibu Hamil dan Berpantang

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

No automatic alt text available.



Anda hamil dan berpantang?


Jom dapatkan Set ini yang boleh tahan 1 hingga ke 6 bulan.


Apa bestnya Set ini?


🌹Vitalea menstabilkan bacaan Hb selain sebagai sumber tenaga


🌹Ostematrix sebagai sumber kalsium sesuai kepada yang tidak minum susu, Mengelakkan cramp ketika hamil juga sembelit ketika berpantang.


🌹Vitamin B sebagai sumber Folik Asid yang mengurangkan risiko kecacatan saraf bayi dan juga melancarkan peredaran darah serta sebagai sumber tenaga ibu.


🌹Vitamin C meningkatkan daya tahan kepada penyakit (imunisasi) serta memberikan kulit yang cantik. Ia juga membantu memulihkan luka bagi jbu yang berpantang.


Berminat DM/ WhatsApp

0173737174


#shakleemurah

#shakleemelaka

#Shaklee

#codmelaka

#kolagenshaklee

#vivixshaklee

#Vivix

#diabetes

#setpenyusuan

#setberpantang

#sethamil

#ESPshaklee

#omegaguard

#Vitamincshaklee

#iloveshaklee

#getshakleetoday

#sihatbersamashaklee

#AuraInsta

#AuraInstaBatch10

#terapiinstagram

#igmashup

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com


Facebook : Noorhayati Abdul Rahim


Instagram : shakleemelaka_by_yatty


WhatsApp: 0173737174


Pengedar Shaklee Melaka

Saturday, 11 November 2017

Cabut gigi dalam pantang?

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Post ni pun sama dah lama taip tapi hari ini baru berkesempatan nak edit.

Semalam mc sebab dirrhea dan muntah2. Pada masa yang sama sakit gigi dari dalam Pantang aritu masih terasa sebab penakut nak pergi cabut gigi.


Akibat bertangguh sokmola sakit berulang. Jadi petang semalam buat keputusan nak juga ke klinik gigi sebab kesian kat baby bila asyik amik ubat tahan sakit apabila tak tahan sangat. Paling kurang pun doktor bagi antibiotik untuk seminggu. (Bila lepas seminggu tak sakit aku mulala mengelat lagi takut p klinik).


Sampai-sampai klinik tutup sebab waktu makan tengahari. Mulala ajak encik suami yang meneman tu balik, badan pula rasa lemah lagi akibat dirrhea. Tapi encik suami tak layan. Alang-alang sampai tunggu jela kejap katanya. Sempat jemput Asfa anak nombor dua dari tadika dulu. Itu semua alasan si penakut.


Bila nama dah naik, doktor sudah buat pemeriksaan dan cerita sedikit sejarah sebelum ini sudah 2 kali amik antibiotik. Klinik swasta sekali, klinik kerajaan sekali. Doktor pun cakap,

"Ok kita cabut sekarang"


"Hah bukan bagi antibiotik dulu ke doktor? Kalau sakit tak boleh cabut kan?"


"Eh boleh jer, saya tak suka bagi antibiotik tak elok nanti kuman itu sudah resistance"


"Hurm kalau bagi antibiotik dulu tak boleh ke doktor?"


"Takpe kita cuba dulu yer, kalau tak boleh kita postpone "


"Okla kita cuba dulu"


Masa Rawatan tu memang ada sakit sikit walaupun da bius, tapi sakitnyer masih boleh tahan, dan yang paling best prosesnya kejap je pun. Xpadan dengan 3 bulan aku takut. Wahaha


Tapi malam tadi menangis juga bila tiba-tiba kesan bius abes. Rasa gusi bagai dihiris-hiris dan sakit hingga ke kepala. Lepas telan paracetamol sebijik baru boleh tidur.


Pagi ni whatsApp guru besar awal-awal tak boleh nak kerja lagi. Pagi ni telan Ostematrix 4 Biji pagi -pagi sebagai ubat tahan sakit yang selamat in shaa Allah.

Itulah sedikit pengalaman si penakut seperti saya. hihihi


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka

adi. Kurangla juga berbanding

Friday, 3 November 2017

Potty Training

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sebelum kita bergerak untuk bertugas jaga booth di MITC, kita update post sikit.



Si nombor 3 ini sebenarnya sudah 3 tahun 4 bulan. Kalau kira memang lambat sangatlah untuk baru nak latih bebas pampers.

Sebenarnya beberapa kali cuba dah, tapi tidak berjaya. Mak yang salah, leka tak boleh fokus nak atur ke tandas sejam sekali. Masa mengandung Adam Areez no 4 memang tak buatlah sebab tak rajin nak mop lantai. Bila dah bersalin pun sama sibuk dengan baby konon.

Nak dijadikan cerita saya belikan kolam mandi kecil yang ada jualan murah di Tesco RM 10 sahaja baru-baru ini. Nak dijadikan cerita hampir setiap petang 3 hero ini nak mandi kolam sekangkang kera tu. Abah diorang dah upgrade ada gelongsor lagi. Seronokla bebudak ni. Saya memang pakaikan mereka seluar kecil masa mandi tu..


Satu hari tu, Adam Afif yang tengah berendam kat kolam tadi ketuk pintu nak masuk rumah sambil menjerit
"Mamaaa Afif nak kencing, cepatlah buka pintu"

Wah pertama kali. Afif ni memang pandai cakap dan faham arahan. Tapi bila bab suruh buang air kat tandas alahai tak tahulah kenapa dia tak nak juga ikut nak juga buang dalam pampers.

Selepas kejadian itu saya hanya pakakan dia seluar kecik je sambil atur di tandas. Pernah juga terlepas sekali hari pertama. Habis satu rumah kene mop sebab tak tau kat mana dia terkucil.

Disebabkan saya bekerja siangnya, jadi saya hanya boleh buat sebelah malam. Nak tidur baru pakaikan pampers.

Hari kedua tu saya bagitahu pengasuh saya dah latih Afif kencing di tandas. Kadang dia bagitahu kadang saya tanya terus bawa ke tandas.

Ahamduliillah hari ini sudah hari ke lima Afif tanpa pampers kecuali waktu tidur. Hanya kerana dia tidak mahu buang air dalam kolam. Tahu pula dia geli, hihihi.


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com


Facebook : Noorhayati Abdul Rahim


Instagram : shakleemelaka_by_yatty


WhatsApp: 0173737174


Pengedar Shaklee Melaka

Thursday, 2 November 2017

Herbal Blend Shaklee

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah kebimbangan ibu bila kulit baby menjadi merah dan kering akhirnya menemui kelegaan.
Dengan izin ibu saya kongsi gambar kulit baby yang di awalnya kemerah-merahan dan membuatkan

baby tidak selesa.

Pada awalnya disapu #herbalblendshaklee kulit jadi sangat kering juga merisaukan ibu. Tetapi ibu

meneruskan sapuan nipis pada kulit baby.

Alhamdulillah dengan  herbal blend kulit kering baby menunjukkan tanda ia semakin

pulih. Alhamdulillah juga selepas sebulan kulit baby clear dan licin mulus. Alhamdulillah saya juga

seronok dapat membantu dengan izin Allah.

Ada lagi ke ibu-ibu yang ingin cuba. Apa-apa pun dengan izin Dia.



Image may contain: 2 people, baby

Rojak Sotong Jumbo di Warung Hijau

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Kalau datang Melaka jangan lupa singgah Warung Hijau dan cuba Rojak Sotong Jumbo Special ini.


Masakan panas pun ada.


Taip je kat Google maps Warung Hijau Rojak Sotong. Kalau dari Alor Gajah jalan nak ke Masjid 

Tanah tepi jalan sahaja sebelah kiri.


Ini Mi goreng Jumbo
Bila sampai sini kene tunggu giliran tahu. Meja memang sentiasa penuh nasib baik parking cukup.

Orang tak putus-putus.



Antara Menu yang disediakan. Masakan dia memang sedap. Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba.


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka



😍

The Opegoh

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Anda mencari tempat makan yang unik di Melaka. Cubalah ke Restoran Opegoh, Alor Gajah Melaka.

Image result for the opegoh

Sumber gambar google.

Restoran Opegoh ini kalau dari Tol Simpang Ampat terus sahaja di sebelah kiri jalan menghala kebandar Melaka. Kami hari itu tidak tahu juga, tetapi bila tengok ramai sahaja orang terus kami masuk. Betulla kedai makan yang orang dok viral sebelum ini.

Image result for the opegoh

Sumber gambar google. Ini antara menu yang kami cuba malam itu. Gulai lemak Ikan Pating dengan Asam Pedas Ikan Kembong.

Image may contain: one or more people, night and indoor

Pandangan dari atas tempat kami makan.

Image may contain: night and outdoor

Ada juga deretan gerai jualan yang kami xsempat eksplore pun.

Image may contain: 5 people, people sitting

Nak juga bergambar. Baby mana? Ada tidur tepi tu. Jadi jemputlah mencuba makanan pun boleh tahan sedap dan berbaloi dengan harga in shaa Allah.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka

Birthday Suprise Delivery

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah menjadi juga kejutan besday untuk encik suami 30 Julai lepas. Maafla dah lama tulis tetapi

baru nak post. Copy paste sahaja dari facebook sebenarnya.

Konon nak buat kelainan sikit tahun ini, biasa sangat kan beli kek sahaja. Kali ini saya menempah Hotel

Farmosa Garden di Limbongan. Suami ni jenis follow jer sebab dia pun tak ingat birthday dia itu yang

memudahkan perancanganku.

😍
Orang atur kelopak bunga atas katil, saya atur Lego sahaja. Almaklumla anak lelaki ramai.

....


Naik kebas mulut tiup belon semua. Saya yang takut nak tiup belon terpaksa meniupnya dengan

memejamkan mata.

.
😂
Tq sis Norhamimah Bte Sadi atas Birthday Suprise Delivery coklat, belon dan kek. Sedap keknya.
Selamat hari lahir yang ke 32 suamiku Azmi Alias D. Hunter. Kami sayang abah.

Image may contain: bedroom and indoor

 Gigih mama print words tu. Tak susah pun yang penting guna kertas berwarna.
No automatic alt text available.

Siap songlap Lego anak bawak mai hotel.
Image may contain: one or more people

Seksa tahu nak masukkan semua belon dalam almari ni. Semua berebut nak keluar dan kerja-kerja meniup belon kene dilakukan dengan sepantas mungkin. Sebab suami keluar pergi jalan kaki sahaja tapau Mc Donald berhampiran. Buat bersama 2 hero.
Image may contain: one or more people and people standing

Tu dia bila sis Hamimah sampai. Terkejut suami dapat kek, bunga coklat dan belon. Coklat isteri dan anak-anak yang makan pun. Yang paling kelakar puan isteri dari check in hotel dok nak mengemas jer bilik. Lagi-lagi suami dok makan kuaci. Itu jelah suami pelik. Benarnya segan kalau orang datang bilik bersepah. Itu yang kejap-kejap mengemas tambah pakej membebel lagi kat anak-anak dan suami.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Anak-anak yang over nak bergambar dengan besday 'man'.
Image may contain: 1 person, smiling, standing and indoor

Untung suprise menjadi.
Image may contain: 1 person, food

Inilah rupa jambangan coklat dan kek yang kami dapat dari Suprise Birthday Delivery termasuk 3 belon. Kenapa 3 sebab ada 3 hero besar. Tak kuasa nak dengar diorang berebut belon yang ada 'tangkai'.
No automatic alt text available.

Tu dia dibanjiri dengan belon-belon. Kalau korang nak cuba buat kejutan untuk insan tersayang cubalah contact Sis Hamimah tadi. Servis tip top u.


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka

Expo Melaka Sihat 2017

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

In shaa Allah pada 3 sehingga 5 November kami akan berada di Expo Sihat Melaka anjuran Jabatan Kesihatan  Negeri Melaka di MITC (Melaka International Trade Centre) Ayer Keroh. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan produk Shaklee dijemput ke booth 22 yer.


Image may contain: 4 people


Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan

3 November 2017 (Jumaat)
4-6 petang                            Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak
8.30-10.30 malam                "Bicara Sihat Sepanjang Hayat" bersama Ustaz Syamsul Debat

4 November 2017 (Sabtu)
10.30 pagi- 12.30 tghari       Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan "Explorace Aktif dan Sihat"
12.30 tengahari- 1 petang     Tayangan Pemenang Pertandingan Video Pendek Expo Melaka Sihat
2-4 petang                             Demo Ukiran Ais dan Buah bersama Chef Afiq
4.30-5.30 petang                   Experience Sharing- Pengurusan Berat Badan
5.30-6.30 petang                   CPR/ Basic life support Demo
8.30-10.30 malam                 Pertandingan Masakan Snek Sihat

5 November 2017 (Ahad)
11 pagi -12.30 tengahari       Majlis Perasmian Expo Melaka Sihat
2-4 petang                             Pertandingan Lompat Tali Sekolah Rendah
4.30-6.30 petang                   Pertandingan Senamrobik Doktor Muda
8-10.30 malam                      Pertandingan Aerobik Terbuka


Jemput hadir semua.


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka





Wednesday, 1 November 2017

Bila berjalan dengan 4 hero

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Post ini sebenarnya sudah lama dicatat. Baru berkesempatan untuk 'publish'. Cabaran diri sendiri 5 post sehari moga tercapai hendaknya.

[Berjalan dengan si kecil]

Semalam seharian di bandar Melaka memenuhi jemputan 'jamuan raya' sahabat. Memikirkan akan solat di luar memang bawak sepersalinan pakaian. Dibimbangi si kecik muntah (selepas menyusu) dan 'poo'.

Bila berjalan dengan deretan Boboy boi kuasa 4 ini saya lebih selesa singgah solat di Petronas. Surau dan tandas sebelah-sebelah dan jalan pun tidak memakan masa yang lama.

Sebelum tiba ke rumah sahabat ke 2 singgah dahulu bersolat zohor di Petronas. Sebelum gerak saya perasan baby dah 'poo'. Nasib baik dah selesai solat dan saya memang selalu mengelat kalau bab nak basuh hasil poo anak kalau berada lama di luar😜(jangan bagitahu suamiku). Bukan apa saya ni bab pakaian nak solat ni memang tidak berkompromi sikit kalau berkaitan najis. Tapi semalam tak boleh ngelat tidak dilayan😂.
Solat asar di rumah sahabat pun saya minta pinjam tshirt sahabat sebab tidak yakin pakaian bersih. Usai bersilaturrahim saya singgah melawat sahabat a.k.a adik yang baru sahaja selesai pembedahan appendiks (ibu hamil 4 bulan+ yang awalnya dikatakan batu karang).
Sampai hospital pun dah pukul 630pm. Anak-anak bersama suami dalam kereta. Selain kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke wad Hospital Melaka, saya pun sebenarnya tidak gemar bawak anak-anak ke hospital kecuali memang asbab sakit. Sebab hospital boleh jadi punca sakit anak-anak yang sistem imunisasinya sedang 'develop'.
Apabila suami sahabat tiba di hospital saya pun bergerak keluar. Suami pun dah whatsApp baby menangis dan 'poo' lagi. Kami singgah Tesco sebab plan nak beli barang. Pertama kali kami bawak Areez pergi Mall. Eh kali ke 2 sebelum ini Mydin Kuantan.

Biasa di tempat membeli belah ini disediakan bilik menyusu dan persalinan baby. Kami terus tuju ke sana. Masuk-masuk terkejut juga kami. Tong sampah besar tengah-tengah bilik, dan busuk dengan bau pampers yang dibuang tidak disalin baru plastiknya. Lantai bertakung dengan air. Alahai kecewa jugalah bilik untuk baby dan ibu jadi begitu rupa. Boleh jadi sumber penyakit juga. Kalau Ikutkan tak nak masuk, tapi tiada pilihan lain lagipun ada tempat untuk baringkan baby yang bersih jadi kami teruskan juga.

Tanpa menunggu lama kami salin pampers dan baju Areez secepat mungkin selain memantau 3 hero lagi tidak mahu mereka terpijak air bertakung di situ dan terus keluar untuk solat Maghrib pula secara bergilir-gilir. Suami dan anak-anak menanti saya di Food court. Dah siap solat barulah rasa mudah nak 'merayap'.

Sedang berjalan-jalan nampak pula si Adam Afif  KFC. Walhal baru sahaja makan Jumaat lepas. Sudahnya bisingla mulutnya sepanjang jalan selagi tidak dapat.. Ditambah lauk pulak oleh si abang 'mama lapar'. Niat window shopping dipendekkan memikirkan nanti orang kata saya tak bagi anak makan pulak. Walhal kita makan mereka sibuk bermain, diajak makan langsung tidak mahu, bila dah nak balik baru sibuk cari air dan biskut raya. Selesai makan barulah boleh balik dengan gembira😊 dan sempatlah Adam Afif dapat hadiah Lego walaupun ulangtahun kelahiran sudah lepas.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com


Facebook : Noorhayati Abdul Rahim


Instagram : shakleemelaka_by_yatty


WhatsApp: 0173737174


Pengedar Shaklee Melaka

EBM Rosak

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Catatan ini saya sudah buat bulan lepas tetapi tidak sempat nak edit. Moga bermanfaat buat ibu-ibu. Saya pernah buat silap, diharapkan ibu-ibu tidak alaminya juga.

Pada 11 September  sebelum nak pergi kerja sempatlah ambil stok susu ebm Adam Areez (anak no 4) daripada deep freezer untuk dihantar ke rumah pengasuh. Terperasan pengalaman lama berulang kembali.
Susu adik tercemar (contaminated).

Ya Allah kecewa sangat rasa. Even susu perahan kalau tertumpah sedikit masa nak simpat tupun rasa kecewa sangat. Inikan pula banyak. Sebab masa anak no 3 Adam Afif perkara yang sama pernah berlaku. Bukan sedikit tau, hampir separuh deep freezer saya buang. Menangis toksah cakapla bukan tempoh yang sekejap nak simpan, 4 bulan tu mengepam susu dari dalam pantang. Tapi bukan rezeki anak kan. Pulak tu tiada inisiatif nak tanya yang pakar.

Hari tersebut saya belum jenguk betul-betul keadaan semua susu tu ditambah dengan rasa kecewa yang amat rasa tak nak tengok lagi. Biar dulu.



Esoknya saya bangun pagi, saya keluarkan semua stok susu ebm tu. 2 daripada 3 bakul ini tercemar. Sedih sangat rasa.


Image may contain: food

Dulu saya pernah kerja dalam bidang tisu kultur. Tompokan beginilah nampak bila berlaku 'contamination' pada gel.


Banyak tu kalau nak kene buang. Tapi kali ini saya tidak terus buang, saya masukkan semua yang saya rasa tercemar ke dalam plastik hitam. Terus masuk dalam deep freezer semula. Sebab saya rushing nak pergi kerja. 

Dalam pada tu ada 4 packs saya dah campak ke tepi untuk dibuang. Ia dah mencair. Masa inilah saya perasan tompokan itu hanyalah seperti lemak susu yang terkumpul menjadi ais.

 
Kemudian ia mencair kembali seperti susu yang asal. Bercampur seperti kelihatan ais biasa yang mencair. Tiada yang pelik.

Kemudian 4 packs ini saya bagi kepada pengasuh untuk saya lihat tindakbalasnya kepada anak. Susu kelihatan tiada perubahan warna. Alhamdulillah pengasuh cakap Adam Areez ok sahaja, susu tidak berbau dan warna pun seperti susu yang setiap hari saya hantar. Normal.

Sepanjang hari di tempat kerja saya hubungi dan bertanya siapa sahaja yang saya rasa pakar mengenai susu ibu simpanan ini (EBM). Kebetulan aplikasi messenger saya di Facebook tidak boleh nak install jadi terbatas nak pm insan-insan terpilih sehingga saya minta tolong sahabat 'private message' (pm) mintakkan no telefon puan yang ingin saya hubungi.

Dengan bantuan seorang teman saya dapat dua nombor kaunselor penyusuan. Seorang menyatakan ia hanyalah lemak susu yang terkumpul semasa proses pembekuan. Hati sudah merasa sedikit lega tetapi beliau tidak mempunyai pengalaman menguruskan stok susu ebm berusia 4 bulan. Jun sehingga September. Stok EBM beliau yang disimpan dalam tempoh sebulan.

Sebelah petang seorang kaunselor penyusuan Johor Baharu iaitu Puan Khadijah Gani yang juga saya ikuti beliau di Facebook dalam mempelajari cara-cara mengajar anak mengaji.
Beliau mengambil masa menjawab pertanyaan saya kerana berbincang dengan sahabat-sahabat beliau dalam kepakaran yang sama. Ini antara jawapan daripada beliau.



Mendengar kesimpulan yang sebegini menjadikan hati ibu saya ini lebih lega. Saya juga cuba merasa susu tersebut alhamdulillah ia tidak masam. Cuma ada bau khas susu yang biasa kita terhidu semasa membasuh botol susu simpanan. Normal.

Daripada apa yang puan Siti Khadijah sampaikan perkara yang perlu pertimbangkan sebelum susu itu kita anggap ia rosak ialah:

1. Susu tidak merasa masam
2. Tiada warna yang mencurigakan
3. Normal selepas dipanaskan (tidak berketul)

Terima kasih kepada pengasuh anak-anak saya yang turut sama membuat eksperimen bersama. Susu tidak berbau dan bercampur  selepas dicairkan. Yang paling utama tidak berlaku perubahan warna yang mencurigakan. Syukur Alhamdulillah.

Anak saya juga lepas saya ambil tiada berlaku cirit birit ataupun muntah-muntah. Ia hanyalah keadaan normal. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini Adam Areez sudah pun berusia 6 bulan. Moga dipermudahkan saya menyusukannya sehingga 2 tahun. Amiin


Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174



Mencari set penyusuan Shaklee klik di sini
Pengedar Shaklee Melaka


Bercuti di Pulau Langkawi

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah cuti Deepavali yang lepas saya berkesempatan membawa keluarga bercuti ke Langkawi. Kami bertolak pada 13 Oktober 2017 hari Jumaat dan pulang pada 16 Oktober 2017. Kebetulan dan dirancang sebenarnya Melaka cuti pada hari tersebut sempena Ulangtahun Kelahiran TYT Melaka.

Tiket kapal terbang telah saya tempah sejak Februari 2017. Sebelum saya melahirkan anak ke 4 April lepas. Kebetulan Air Asia ada tawarkan harga tiket murah. Rezeki kami bersebelas, masa tu baby belom keluar. Tiket pergi rm85 dan tiket pulang rm85. Dapat sahaja bonus Shaklee terus saya tempah 8 tiket dewasa dan 3 tiket kanak-kanak. Harganya sama sahaja.

Kenapa saya memilih kenderaan udara. Sebab saya bawa mak dan abah saya, kasihan mereka kalau duduk dalam kereta untuk perjalanan yang lama. Abah saya bekas pesakit stroke yang jalannya kurang stabil. Lagi satu untuk mengurangkan penggunaan tenaga suami saya. Kalau dia memandu dalam perjalanan yang jauh pasti penat dan apabila sampai destinasi perlu kawal keletah anak-anak aktif lagi. Hihihi saya nak jimat tenaga saya juga, seharian di KLIA2 pun sudah mengharukan.

Bagi ibu-ibu yang telah menempat tiket sebelum melahirkan bayi anda, tidak perlu risau. Nanti semasa di KLIA kita boleh 'add infant' di kaunter perkhidmatan pelanggan. Biasa kita akan daftar masuk (check in) secara atas talian (online) sahaja. Tetapi apabila telah menempah dan baru nak 'add infant' memang tidak lepas kalau buat di atas talian. Perlu juga dibuat di kaunter KLIA.

Penerbangan kami yang sepatutnya bertolak jam 3.35 petang tertangguh sehingga jam 4 lebih. Apabila tiba di Langkawi sudah hampir pukul 6 petang. Saya telah menempah Van sewa Hiace untuk kapasiti 12 orang dengan syarikat Anoxtravel . Alhamdulillah sangat selesa untuk kami sekeluarga. RM140 sehari. Kami menempah untuk 3 hari.


Kami sampai di Homestay pun jam sudah menghampiri jam 7 petang. Suasana mendung dan malamnya hujan lebat. Kami hanya keluar makan di kedai berhampiran. Kami menyewa di  (Rainbow Lodge) RL Budget Accomodation yang saya tempah melalui Booking.com. Asalnya saya menempah 4 bilik dengan kipas dengan harga rm630 untuk 3 malam (RM50 untuk bilik kipas tanpa balkoni dan RM55 untuk bilik kipas dengan balkoni). Apabila tiba di sana owner tawarkan kepada kami 2 bilik berhawa dingin boleh memuatkan 4 orang sebilik dengan harga rm100 semalam. (gambar dari google)

Image result for rl budget accommodation langkawi

Ini rupa bilik yang kami 6 beranak tidur. Manakala mak abah dan adik-adik saya tidur di bilik dengan 2 katil kelamin. Kami request 1 tilam bujang untuk adik bongsu kami. Bilik mereka lebih luas daripada bilik kami dan tidaklah padat sangat. Ngam-ngam gitu.

Image result for rl budget accommodation langkawi

Ini gambar dari luar tempat penginapan kami.


Malam itu saya sangat risau tidak dapat buat apa yang telah saya rancang. Saya merancang untuk bawa keluarga saya untuk beraktiviti "Island Hopping" sebab saya yakin ini pengalaman pertama mereka terutama mak saya. Cuaca di luar hujan lebat. Kami suami isteri sudah pernah lakukan aktiviti ini semasa berbulan madu pada tahun 2010 dan saya sendiri juga ada pengalaman tersebut semasa bergelar pelajar di maktab dahulu.

Pagi esoknya saya masih berwasap dengan person in charge yang saya buat tempahan aktiviti Island Hopping ini. Cuaca masih mendung dan saya hampir menukar rancangan untuk naik kereta kabel dahulu. Tapi alhamdulillah rezeki kami pagi itu cuaca bertambah baik dan kami meneruskan perancangan kami. Sebab saya risau esoknya belum tentu lepas untuk menaiki bot. Pagi itu kami bersarapan dulu di kedai makan Submarine dan terus berjumpa wakil yang saya hubungi sebelum ini di Pantai berdekatan Hotel apa saya tidak ingat.

Aktiviti Island hopping ini kita akan dibawa ke 3 tempat iaitu Tasik Dayang Bunting, berhenti sekejap untuk Eagle Feeding (tetapi xde pun hanya melihat burung helang berterbangan di kawasan seolah-olah khusus untuk mereka) dan singgah di Pulau Beras Basah.


Kami bersama mak, abah dan 4 adik-adik saya.



Di Tasik Dayang Bunting


Di Tasik Dayang Bunting kita boleh mandi. Jika ada bawa orang tua pastikan mereka sihat kerana ingin ke sini perlu naik dan turun tangga 600m untuk pergi balik. Ayah saya tidak ikut hanya berehat di kaunter pintu masuk. Tandas juga hanya berada di situ.

Di sini ada juga tempat mandi kanak-kanak. Kalau kawasan dewasa memang dalam tak jumpa dasar pun, saya hanya memerhati anak mandi, tidak berani nak turut serta. Tersilap langkah takut terlepas anak-anak ke dalam tasik. Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Di pintu masuk ke Tasik Dayang Bunting. Di sini banyak monyet berkeliaran. Janganlah pegang makan dan minuman nanti ada yang merampas.

Ini persinggahan ketiga Pulau Beras Basah. Tiada beras pun tetapi airnya sangatlah jernih. Ikan yang cantik-cantik berenang di kawasan 'jeti'

Selepas penat eksplore Pulau kami pulang ke darat dan terus cari makan. Lapar. Kami makan di Kedai Kak Yan Nasi Campur. Lauk dia memang banyak, tapi sebab kami tiba pun hampir pukul 3 tidaklah banyak lauk yang tinggal. Dah ramai orang sapu.

Image result for kak yan lauk campur
Gambar google. Tapi orang memang tak putus-putus datang.

Image result for kak yan lauk campur

 Selesai bersantap kami bergegas untuk ke Kereta Kabel Langkawi. Saya dah tempah awal tiket di Web PanoramLangkawi. Saya sangkakan tidak jauh dari tempat kami makan tetapi setengah jam juga. Sampai pun dah pukul 4. Kalau anda nak mai sini datangla pagi, kami bila sampai lewat memang terkejar-kejar. Tiket saya tempah untuk 4 tempat boleh masuk, tapi kami sempat masuk 2 tempat je. Kereta kabel dan 3D Art Langkawi. Kalau tidak boleh masuk SkyDome dan SkyRex lagi. Rugi kami di situ sebab silap merancang masa. Nak cerita pun sebab tidak berpeluang masukkan tidak tahu apa yang ada.


 Naik kereta kabel. Mak dan abah saya tidak sertai sekali sebab keletihan dan hanya tunggu di bawah.


Turun dari kereta kabel ada tempat yang kita boleh ekplore di atas.


Ini kalau ada orang tua tidak sesuai sebab perlu mendaki dan menuruni tangga rasa saya lebih 300m untuk sampai ke atas ini. Mengah jugala. Tapi rasa tak feel kalau dah sampai tidak bergambar di sinikan. Lagi satu kalau ada anak-anak kecil aktif seperti anak saya lebih baik datang dengan anggota keluarga lain bagi mudah mengawal anak-anak ini. Tempat tinggi gayat weh.


Gambar di 3D Art Langkawi. Di sini pun terkejar-kejar bergambar sebab sudah lewat.
Gondola (kereta kabel) terakhir bergerak naik ialah jam 7 petang.





                                Keletihan sebenarnya duduk ni. Tetapi menjadi pula gambarnya.





Esoknya Ahad kami hanya pergi ke Beras Terbakar dan  bersiaran di Dataran Helang serta shopping coklat yeaah.




Petang hari ketiga saya dan adik-adik ke Pantai Cenang untuk mandi. Mama yang over tau. Kebetulan mak dan abah saya sertai kami juga, jadi bolehla mereka tengokkan si kecil yang sedang tidur. Pantai Cenang dekat sangat dari homestay kami. Paginya saya hanya berjalan kaki ke sini. Tetapi sebelah petang kami naik Van ke Pantai Cenang hasil kaki lenguh mendaki sepanjang hari.

Kebetulan dapat sms Flight kami delay. Alhamdulillah rezeki sangat saya nak bawak anak-anak ke Underwater World Langkawi. Boleh tengok, hidupan laut, Penguin dan ada beberapa aktiviti disediakan di sini untuk anak-anak.

Moga ada rezeki kami lagi untuk datang ke Pulau Langkawi lagi in shaa Allah.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com


Facebook : Noorhayati Abdul Rahim


Instagram : shakleemelaka_by_yatty


WhatsApp: 0173737174


Pengedar Shaklee Melaka

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...