Monday, 18 September 2017

Supplement Shaklee



No automatic alt text available.

Jenguk-jenguk rak banyak juga supplement yang saya amalkan.

Masa kelas dengan Master Haji Roslan, beliau cakap sebelum kita bantu orang untuk hidup lebih sihat, kita bantu diri kita dulu. Alhamdulillah inilah antara produk yang saya amalkan untuk bantu diri saya.

Kalau Allah izinkan saya panjang umur saya akan tua, saya kalau boleh ingin tua dan sihat. Mati itu memang pasti. Tapi usaha untuk sihat bukan bermula 20 tahun akan datang. Tapi saya perlu mula sekarang. Pelaburan untuk kesihatan itu perlu, ada medical card bukan tiket untuk tidak menjaga kesihatan. Orang yang pernah ditarik nikmat kesihatan sahaja tahu peritnya keadaan itu.


Menjadi Pengedar Shaklee menjadi tiket kepada saya untuk amalkan apa sahaja suplemen mengikut keperluan badan. Cuba kalau saya bukan Pengedar Shaklee, terasa jugak sekali gaji nak keluar duit 400-500 untuk kesihatan. Tapi bila berniaga tak terasa sebab target kita stok sentiasa ada. Kita buka botol baru, kita ganti yang baru. Sebotol ada yang boleh tahan sehingga 6 bulan dan ia memang berbaloi dengan harganya.


Kalau dahulu saya makan dan bagi anak-anak sahaja. Suami kalau puan isteri bagi baru makan. Tetapi botol Vitalea ini saya buka sebab suami memang dah jatuh cinta dengan Vitalea. Ingat lagi dulu kalau balik kampung ke Kuantan dari Melaka suami sampai 2kali berhenti tidur sebab penat dan mengantuk. Selepas amalkan Vitalea tiada lagi episod berhenti rehat kecuali nak ke tandas. Siap habis sebotol suami minta buka botol baru.


Kadang kalau dia kene keje malam pun awal-awal dah mintak Vitalea. Jarangkan lelaki nak makan suplemen dengan rela hati. Bayangkanlah masuk kerja pukul 8 pagi, balik sampai rumah pukul 6 petang. Pukul 9 malam masuk semula kerja sampai 7-8 pagi. Mana badan tidak letih. Vitalea ini bukan multivitamin sahaja tetapi ia juga sebagai sumber tenaga.

Image result for vitalea shaklee
Kelmarin p kelas ada ditunjukkan gambar seorang yang amalkan Shaklee 47 tahun tak silap umurnya. Memang bezalah muka kurang dan cukup protein. Patutla flawless dia bila amik ESP.

Antara produk lain yang saya makan
🎵ESP Shaklee itu sebagai pembina sel. Ia protein, sel kita ini makanan dia protein. Sihat sel, lancarlah semua proses badan in shaa Allah. Lagi-lagi untuk ibu menyusu ia membantu memekatkan susu. Baby kenyang dalam satu tempoh yang lama. Bolehla ibu-ibu lari buat kerja rumah. ESP terdapat dalam set penyusuan Shaklee. ESP ini pun suami saya suka sebab hilang sakit pinggang dia lepas makan dengan izinNya.

Image may contain: ocean, sky and outdoor

Saya amik ESP untuk penyusuan dan tenaga. Ibu-ibu menyusu pasti tahu journey penyusuan bukan suatu yang mudah. Lebih-lebih lagi yang bekerja dan berperang dengan masa untuk mengepam.

Saya salute yang kerjanya seperti nurse, unit beruniform,di mall yang hampir semua masanyer untuk servis orang tapi masih mampu mengepam dan simpan stok EBM. Hendak seribu daya kan.

Soalan yang sering ditanya bolehkah ibu menyusu makan Lecithin?
Image result for lecithin shaklee
🎵Lecithin ini ramai yang ambil untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya elok juga untuk minda bagi meningkatkan memori kita. Yalah bertambah usia makin banyak yang lupa. Orang selalu cakap ibu bersalin ni banyak urat putus dan banyak lupa. Betul ke tidak Allahua'lam.
Image result for vitamin E shaklee
🎵Vitamin E itu saya amalkan untuk kulit. Bergilir saya makan dengan vitamin C. Abis Vitamin C saya sambung pula dengan Vitamin E. Kulit yang sihat itu bonus tetapi sebenarnya Vitamin E bertindak sebagai antioksida dan antikanser. Perkembangan penyakit kanser sekarang memang menakutkan. Seperti yang orang cakap 'prevention is better than cure'.

Jom mulakan sekarang kerana suplemen bukanlah untuk merawat tetapi ia membantu mengurangkan risiko penyakit yang lebih teruk pada masa akan datang in shaa Allah.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com


Facebook : Noorhayati Abdul Rahim


Instagram : shakleemelaka_by_yatty


WhatsApp: 0173737174


Pengedar Shaklee Melaka

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...