Ikan jaket a.k.a ikan cencaru.
Pertama kali menyiang dan memasak ikan ini. Malu nak bagitahu tua-tua baru pertama kali masak ikan comel ini. Walaupun pernah je makan sebenarnya.
Masa suami " terbeli" 6 ekor ikan ini minggu lepas, awal-awal saya sudah angkat tangan (surrender)
"Camna nak siang?"
Untuk "cover" ketidaksengajaan beliau, suami pun menolong menyiang ikan-ikan ini . Dia buang jaket ikan malang ini. Siap cakap
"Saya tengok kat kedai diorang buang kulit dia"
Puan isteri hanya memandang xpercaya hihihi.
Kesudahannya baru 2 ekor siang tangan beliau berdarah terus surrender tak nak buat dah. 2 ekor ikan itu sudah selamat pun digoreng minggu lepas.
Beberapa hari selepas itu tanyala semula suami bila nak sambung siang. Dia boleh plak jawab
"Buang jela, masa saya beli aritu cam xsegar, sebab dah petang masa tu"
Ada plak gitu. Rezeki kot. Jadi puan isteri pun siang seperti biasa buang perut. Cume belum sampai mood hendak memasak. Basuh-basuh simpan balik kat freezer.
Semalam mood memasak sudah datang, saya Google la ikan jaket ini. Owh ada cara siang rupanya, belah belakang bukan kat perut dia. Tapi depa siap masuk cili, bawang bagai kat belahan belakang tu.
Tapi sebab cara masak orang malas, mesti mahu cepat siap, ringkas dan campak-campak. Al maklumla sementara baby belum menangis mintak perhatian mama dia semua kene buat kerja pantas. Yang penting perut kenyang. Ikan itu saya sapu garam kunyit sahaja. Pastu tumis buat sambal. Siap.
Anak-anak saya ni kurang sikit nak makan 'lauk orang dewasa', yang diorang suka hanya kicap dengan telur. Tidak elok juga makan telur selalu. Tinggi kandungan kolestrol kang kecik-kecik da kene makan Phytocol ST. Kalau bagi Omega Guard bagus juga untuk meningkatkan IQ sambil-sambil menyingkir keluar kolestrol jahat.
Nak dijadikan cerita letakla ikan sambal ni dalam pinggan Asfa anak kedua saya. Asfa siap cakap
"Asfa xnak ikan"
Aqif si sulong pula siap sound mama
"Boleh tak mama goreng telur, abang tak suka ikan"
Sebenarnya kat seminggu saya tidak menggoreng telur sebab suami keje sampai malam. Sebab suami kalau ada lauk pun, nak juga minta goreng telur sebagai lauk ke 2 atau ke 3. Sepapan telur 2 minggu boleh habis termasuk yang goreng masuk dalam mi atau nasi gorengla.
Saya paksa semua makan ikan jaket sambal. Hah baru depa rasa nikmat makan ikan tu. Bertambah nasi sampai 2 ekor ikan diorang meratah. Yang dalam pinggan mama pun diorang minta korek sampai tinggal tulang.
Daging yang mama goreng yang asalnya depa "sombong" nak makan pun diratah habis.
Maaf la atas post yang panjang ni, saje nak cerita pengalaman pertama memasak ikan jaket.
Jangan marah na..hihihi
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174
No comments:
Post a Comment