Sunday, 17 September 2017

Tahfiz Terbakar

Image may contain: text

Al Fatihah dan salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat. Mendengarkan pendedahan polis mengenai punca kebakaran di televisyen sangatla menyayat hati dan mengejutkan apabila mengetahui siapa pelakunya.

Sebagai seorang ibu saya rasa sangat tersentuh sekiranya anak kita diperlakukan begitu hanya kerana isu yang sangat kecil ejek-mengejek. MasyaAllah terasa kenapa sependek itu pertimbangan anak-anak ini berdendam sehingga diakhiri dengan pembunuhan. Allahuakbar pelakunya sangatlah muda berumur 11 ke 18 tahun. Yang boleh dikatakan didikannya belum lagi disempurnakan ibu ayah tetapi mereka telah meninggalkan trauma buat keluarga mangsa dan keluarga mereka sendiri. 

Mungkin ramai pihak menyalahkan ibu bapa mereka, memaki hamun tanpa menjaga batas kesantunan. Ya mungkin kita berfikir bagaimana anak semuda itu dibiarkan berkeliaran di luar rumah di kala penghuni lain sedang nyenyak tidur. Tidakkah ibu ayah mereka mengawal anak-anak ini. 

Tapi bagi saya permulaannya pada pemilihan kawan. Sekali anak sudah salah memilih kawan kita sebagai ibu bapa mungkin perlu lebih usaha untuk menarik semula anak itu kepada kita. Lebih-lebih lagi apabila terjebak dengan dadah, ibu ayah ini sebelah mata pun diorang tidak pandang.

“Untuk membetulkan dunia,
Pertama kita mesti membetulkan rakyat,
Untuk membetulkan rakyat,
Kita perlu bermula dengan membetulkan keluarga,
Untuk keluarga menjadi betul,
Kita mesti membina corak hidup kita,
Kita mesti membetulkan hati kita dahulu.”

 - Confucius -

Ini petikan yang saya perolehi daripada ebook 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang tulisan ibu Rose.

Untuk mengata lebih kepada anak orang bukanlah sesuatu yang baik bagi saya. Kita sendiri pun punya anak dan kita juga tidak terlepas dengan ujianNya. Tidak memaki hamun tapi pandang pada diri kita, pada usaha kita. 

Moga Allah pelihara zuriat kita daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya. Moga Allah kurniakan kita ilham, kekuatan, istiqamah dalam mendidik anak kita ke jalan agama. Moga mereka mudah faham agama. Sesungguhnya kita bukanlah sempurna.

Image result for doa zuriat yang baik




Emel : noorhayatiarahim@gmail.com

Facebook : Noorhayati Abdul Rahim

Instagram : shakleemelaka_by_yatty

WhatsApp: 0173737174

Pengedar Shaklee Melaka

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...