Sunday, 17 September 2017

Penyusuan Susu Ibu






Menyusukan anak pun perlu ilmu.
Ilmu ni dah kena cari sebelum ada baby lagi.

Berbanding dengan zaman mak-mak kita ilmu penyusuan susu ibu kurang tersebar luas.
Lebih-lebih lagi kebanyakkannya tidak bekerja jadi hanya 'direct feeding'.

Kalau zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini semuanya di hujung jari. Tinggal rajin dengan tidak sahaja mencari ilmu kan.

Pernah dengar tak ada orang cakap?

"Susu kau tu tak cukup, anak lapar, kene campur formula jugak"

"Susu kau tak cukup, tambah nestum bagi dia kenyang"

"Bagi air masak, lepas bagi susu"

Sedih dengar ada baby yang terkena gangrene. Ususnya jadi kehitam-hitaman dan terpaksa dipotong pada bahagian tersebut. Usus tersumbat sebab diberikan nestum pada belum tiba masanyer. USUS TERSUMBAT!

Susu ibu saiz molekulnya sangat halus. Ia cepat diserap dan menyebabkan baby cepat lapar.

Lagi pun saiz perut baby baru lahir hanyala sebesar saiz guli. Baby akan minum kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. (rujuk gambar)


                               No automatic alt text available.

Kuantiti diminum baby akan semakin bertambah mengikut peningkatan umur mereka.

Jadi ibu-ibu jangan cepat menganggap susu ibu tidak mencukupi untuk bayi anda. Pada masa yang sama ibu dan bayi pun baru nak menyesuaikan diri untuk memberi dan minum dengan cara yang betul. Tidak anak yang menangis ibu yang menangis.

Di awal kelahiran susu ibu perlu diberi bagi menebalkan lapisan imunisasi bayi yang mampu menjaga kesihatannya sehingga dewasa dengan izinNya. Jangan rosak lapisan itu dengan selain susu ibu.

Bagai lumut menghijau di tepi longkang, jika semakin lama ia dibiarkan menebal warna hijau itu pasti sukar untuk ditanggalkan. Begitu juga lapisan imunisasi ini, semakin lama tempoh penyusuan susu ibu semakin mantap sistem imunisasi anak anda. In shaa Allah.

Jom jayakan penyusuan eksklusif. Moga dipermudahkan perjalanan penyusuan ibu-ibu semua amiin.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...