Saya nak kongsikan cara untuk pindahkan stok susu ibu sekiranya kita berpantang di kampung dan bagaimana untuk bawa pulang ke rumah kita dengan keadaan susu kekal beku sekaligus selamat untuk diminum anak.
Dahulu masa anak pertama memang kurang ilmu sampai tidak buat stok punya takut susu rosak. Sudahnya tidak mampu menampung keperluan anak. Harap tidak terjadi pada ibu-ibu yang lain pula yer.
Misi membawa pulang susu ebm #adamareez ke Melaka dari Kuantan menyebabkan pelbagai amanat diberikan kepada suami.
"abang x off kan deep freezer kat umah?"
"abang jangan tutup ekon kereta yer"
"abang sampai2 nanti uruskan ni dulu tau, masuk satu plastik, nant saya tau ikut batch"
Almaklumla sudah hampir 3 tahun tidak mengangkut stok ebm seperti ini.
Ok mula-mula
1. Mampatkan stok ebm berselang seli dengan ais. Pastikan semua bahagian kena dan 'cover'.
2- Taburkan garam. Garam ini yang akan mengekalkan keadaan ais tetap beku sehingga ke destinasi.
3- Tutup dengan surat khabar yang bertindak sebagai penebat haba.
4- Tutup rapat-rapat kalau boleh ikat dengan tali atau tindih dengan benda berat.
Pastikan 'ice box' ini berada dalam kereta yang dipasang penghawa dingin. Perjalanan ke Melaka mengambil masa dalam 4 jam. Sampai-sampai terus masukkan dalam 'deep freezer'. Pastikan 'deep freezer' itu sudah dipasang awal sebelum suami pulang ke kampung. Jadi apabila sampai rumah 'deep freezer' sudah bersedia menerima stok ebm beku.
Jangan simpan kalau stok susu ibu itu telah cair. Ia perlu dihabiskan dalam masa 2 jam. Selebihnya terpaksa dibuang. Sedihkan kalau terjadi begitu. Jadi usahakan minimumkan kesilapan. On deep freezer awal-awal. Susu ibu yang sudah cair dibimbangi telah tercemar dengan bakteria. Kasihanilah anak kita. Jangan ambil ringan yer.
Moga ilmu ini bermanfaat in shaa Allah,
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174
No comments:
Post a Comment