Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Itu yang mampu dilafazkan selepas melahirkan anak ke empat saya pada 28 April yang lalu. Dilahirkan pada 1 Syaaban bersamaan dengan hari Jumaat. Jangkaan awal ialah 25 April tetapi baby nak keluar Jumaat. Syukur juga kerana pernah saya mengucapkan kepada suami, seronoknya kalau baby keluar hari Jumaat. Alhamdulillah Allah makbulkan ucapan saya itu.
Ini adalah pengalaman pertama saya melahirkan anak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan. Ketiga-tiga anak saya dilahirkan di Hospital Melaka. Memang perancangan saat akhir kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung (Kuantan) supaya saya boleh melahirkan anak di sini. Jadi tidaklah renyah saya ingin berkemas di dalam pantang.
Anak-anak semua akan ikut saya bercuti selama dua bulan di kampung. Anak yang sulong akan bersekolah darjah 1, manakala anak kedua didaftarkan di tadika cawangan Kuantan. Yang nombor 3 masih belum bersekolah.
Pengalaman saya sewaktu di HTAA memang berbeza dengan Hospital Melaka. DI HTAA terdapat dua tempat bersalin 'Low Risk' dan 'High Risk'. Memang bilik bersalinnya tidak sesibuk di Melaka. Orang kata masih relax lagi. Saya serah diri ke wad pada 26 April (Rabu) selepas zohor. Wad saya betul-betul berdepan dengan 'Labour Room' (LR). 3-5 langkah sahaja dari pintu LR. Wad saya bukanlah sebuah bilik tapi hanya ditutup dengan tirai langsir dan hanya ada 2 katil sahaja untuk ibu-ibu menunggu waktu bersalin. Memang 24 jam kene bertudung sebab suami kepada isteri di dalam LR bebas masuk menjengah isteri memasing. Nasib katilnya di bahagian paling hujung. Masih ada lagi wad lain di luar yang saya masuk selepas bersalin. Kuotanya lebih ramai, adalah dalam 10 katil.
Berbeza dengan Melaka, sebelum kaum adam ini masuk area LR memang ada nurse @ guard ikut. Mereka akan pastikan semua tirai di LR ditutup baru kaum adam boleh masuk menuju LR yang menempatkan isteri mereka. Jadi di situ aurat masih terjaga lagi in shaa Allah.
Di HTAA bilik bersalin 'Low Risk' doktor kebanyakkan muda-muda dan baik. Awal-awal saya dah mintak doktor perempuan. Alhamdulillah mereka faham. Hari Khamis 27 April itu seharian saya bersantai sambil baca buku yang dibawa, kadangkala mengaji, kadangkala tidur. Yalah saya yang paling relaks sebab sakit ala-ala sahaja, doktor pun tidak datang periksa. Kecewa juga awalnya rasa seperti tidak dipedulikan, tetapi apabila nurse datang periksa 'contraction' saya masih belum kuat. Siap nurse gelak-gelak tengok saya relax sangat. Bahagian paling tidak seronok, sampai 3 kali partner sebelah katil bertukar. Yalah diorang masuk LR, saya juga menunggu kekecewaan. Tapi belum sampai masa kan nak buat macamana.
Tepat 12 malam doktor panggil saya masuk LR dan telah tiba 'turn' saya pula. Kiriman air milo pada encik suami tidak juga kunjung tiba. Apabila masuk LR saya telefon suami yang sedang makan berdekatan kawasan hospital. Terusla dia teman saya sepanjang proses menahan sakit itu. Disebabkan 'contraction' saya tidak kuat mana, prosesnya lambat. Jadi doktor masukkan ubat melalui tiub di tangan untuk percepatkan/kuatkan 'contraction'. Ini pengalaman pertama saya, yang tidak saya lalui semasa 3 anak sebelum ini. Sebab itu kesakitannya lain macam. Out of control, seperti kembali kepada kelahiran anak pertama.
Semasa proses melahirkan doktor mengesyaki bayi saya terbelit dengan tali pusat. Lebih-lebih lagi jantung baby makin menurun. Doktor membuat keputusan untuk menghantar saya ke 'High Risk' bagi menjalani pembedahan. Ya Allah dalam keadaan yang sakit itu, saya tidak mampu berfikir hanya berserah. Tetapi dalam hati meminta juga kepada Allah untuk kelahiran normal. Rasa takut mendengar perkataan 'operation'. Proses untuk menaiki ambulan ke bangunan lain pasti tidak menghilangkan kesakitan yang saya alami dan ia tidak melegakan.
Ketika doktor membuat panggilan telefon meminta ambulans, alhamdulillah ketika itu Allah memakbulkan permintaan saya. Allah izinkan saya melahirkan bayi saya secara normal. Hanya ibu-ibu sahaja yang tahu bagaimana leganya perasaan kami suami isteri ketika itu. Bukan itu sahaja Allah juga makbulkan permintaan saya untuk dapat baby hari Jumaat. Ya Allah syukur sesangat Allah Maha Baik. Membantu di saat genting yang ketika itu kita sangka tiada lagi jalan keluar. Alhamdulillah.
Bayi lelaki dilairkan pada 28 April 2017 pada jam 3.43 pagi. Seberat 3.75 kg. Mohon didoakan anak lelaki keempat saya Muhammad Adam Areez menjadi anak yg soleh serta mukmin yang berbakti. In shaa Allah amiin.
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174
No comments:
Post a Comment