Wednesday 14 June 2017

Ramadan 2017

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Image may contain: text


[Puasa]

Mendidik anak-anak berpuasa bukanlah mudah. Emak ayah kene bertukar jadi 'narrator'. Kadang lucu, ape idea yang keluar terus terpacul kat mulut bagi memujuk anak.

Bila jam dah menghala ke petang mulala macam-macam karenah anak-anak mintak dilayan. Nak air,.nak minum..nak Vitagen..
Temperature mama pun boleh naik bila semua alasan tidak mahu diterima😅


"sikit je lagi"
"jarum panjang tu ke no 3 dah azan"
"kawan-kawan semua puasa, malulah"
"kita puasa kerana ape?,kerana Allah kan"
"Nak masuk syurga ke nak kawan dengan Syaitan"

Bila berjaya perlulah dipuji.

"hebat abang boleh puasa kan"
"siapa bagi abang tenaga boleh puasa sampai abes-Allah"

"Tahniah abang berjaya bagi semua Syaitan menangis sebab abang puasa sampai berbuka"

"Kalau abang buka puasa awal tadi berkumpul Syaitan panggil kawan-kawan dia bertepuk tangan sebab abang jadi geng dia xpuasa"

Alhamdulillah Aqif dan Asfa puasa sampai berbuka semalam walaupun en.abah bawa p soping raya tghari semalam.

Sampai je rumah mama terus suruh mandi supaya badan lebih segar. Selepas itu solat zohor dan di'paksa' tidur. Jadi bila bangun tu tidaklah lama masa menunggu untuk berbuka. Kene pulak ada upah nak berbuka nanti dengan air Vitagen😀

Ini hanyalah permulaan. Macam-macam lagi karenah anak-anak mama mintak dilayan.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Noorhayati Abdul Rahim
Instagram : shakleemelaka_by_yatty
WhatsApp: 0173737174

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...