Wednesday, 1 April 2020

Tadabbur Surah Al Nahl

Teks & gambar : Facebook Tadabbur Centre

Image may contain: cloud and sky

PERUMPAMAAN SEBUAH NEGERI YANG TENTERAM : NIKMAT YANG DIRASAI SELEPAS KEHILANGAN.

Allah swt telah mengaturkan ciptaannya dengan suatu ketetapan Ilahi yang nyata. Barang sesiapa yang beramal dengannya maka akan terselamat dan sesiapa yang menolaknya pasti akan merasai kehampaan yang sebenar-benarnya.
.
Dan antara ketetapan tersebut adalah pasang surut kewujudan sebuah tamadun, masyarakat dan negara. Allah swt sendiri telah menceritakan pelbagai kisah mengenai masyarakat dan tamadun terdahulu yang dibinasakan disebabkan perlawanan mereka terhadap Allah swt .
.
Di dalam al quran, Allah telah mendatangkan suatu bentuk perumpamaan yang amat dekat dengan realiti kita yang mana menjelaskan mengenai aturan ini di dalam al quran.
.
Firman Allah swt :
.
.
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ (112)
.
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(Al-Nahl :112)
.
Berdasarkan ayat ini, sebahagian ulama tafsir menyatakan bahawa Allah memberikan suatu perumpaan untuk menerangkan keadaan yang berlaku di Makkah yang mana dilimpahi dengan keamanan dan kemakmuran.
.
Akan tetapi ketika mana Nabi saw diutuskan menyampaikan wahyu Allah swt kepada masyarakat Makkah, mereka menolak ajaran tersebut malah menyakiti Baginda secara berlebihan. Lalu disebabkan kekufuran mereka, Allah swt menurunkan bala bencana dan wabak penyakit ke atas mereka.

Tujuan perumpamaan ini sebenarnya bukanlah di mana keadaan ini berlaku. Akan tetapi yang lebih utama daripada itu adalah bagaimana Allah swt mengubah situasi tempat tersebut daripada kesenangan dan kemakmuran yang melimpah ruah kepada tempat yang didatangkan bencana sekelip mata disebabkan penolakkan mereka terhadap aturan Allah swt.
.
Kita boleh lihat ketika mana manusia dilimpahi pelbagai kesenangan tetapi tidak mensyukuri apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka. Lalu apabila Allah swt menurunkan musibah kepada suatu tempat yang aman dan makmur, pada ketika itu barulah manusia sedar betapa besarnya nikmat Tuhan yang telah diberikan kepada mereka.
.
Sesungguhnya perumpaan ini disampaikan Allah kepada kita agar mengambil iktibar dan peringatan terhadap akibat yang menimpa mereka. Suatu perkara yang perlu diambil perhatian juga bahawa setiap aturan di muka bumi ini kekadang ia bersilih ganti antara kesenangan dan kesusahan, ketenteraman dan kebimbangan serta kebahagiaan dan kesedihan.
.
Oleh itu kita perlu ingat, sesiapa yang hidup di dalam kenikmatan tetapi tidak menghargai dan bersyukur dengan nikmat tersebut, maka tidak mustahil Allah akan menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

#tadabburalquran
#alquranuntuksemua

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...