Monday, 27 April 2020

10 Perkara Yang Tak Terfikir dalam Kisah Maryam AS (2019)

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Kredit Video oleh Ustaz Syaari Ab Rahman



Nikmat Iman yang diperolehi oleh Maryam adalah nikmat iman daripada ayat 7 ayat terakhir surah
Al Fatihah. Menjadikan Maryam kuat untuk mengharungi ujian oleh Allah Taala.


Antara cara untuk kusyuk adalah membayangkan kisah-kisah yang diceritakan dalam Al-Quran.

10 perkara yang tak terfikir dalam kisah Maryam

1. Satu-satunya manusia yang Allah sebut nama penuhnya dalam Al-Quran
    ( At-Tahrim 66:12)

"Dan Maryam puteri Imran yang dia menjaga kehormatannya lalu Kami tiupkan (melalui Jibril) ke dalamnya daripada roh kami dan Dia membenarkan terhadap kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabNya dan keadaan dia termasuk orang-orang yang taat (kepada Allah)"
Mesti ada sesuatu yang tiada pada orang lain apabila nama penuh Maryam disebut di dalam Al quran. Hanya nak bagitahu kisah ini hanya menimpa Maryam tidak menimpa orang lain dan tidak berulang.

Dalam surah At-Tahrim, yang asbabun nuzul melibatkan 2 orang isteri Nabi, Sayidatina Aisyah dan Sayidatina Hafsah. Ayat yang mana menegur 2 orang isteri nabi yang mana kesilapan mereka memperkatakan perkara yang Nabi Muhammad minta dirahsiakan.

"Ahsonat"- Maryam bukan jadi baik atas faktor ayah dia baik atau Nabi Zakaria atau ibunya sahaja, tetapi kerana beliau sendiri memilih untuk jadi baik daripada hal hubungan dengan lelaki kerana sibuk beribadah.

"Qanit" dalam bahasa arab bermakna kusyuk dan istiqamah/konsisten.

2. Salah satu dari dua orang bayi yang tidak menangis apabila lahir ke dunia. (2orang iaitu Maryam dan Nabi Isa) kerana ibunya semasa bernazar, saya melahirkan anak perempuan dan dinamakan Maryam. Saya memohon perlindungan buatnya dan zuriatnya (Isa) daripada syaitan yang direjam.



Tiada satu orang pun dilahirkan ke dunia tidak diganggu syaitan kecuali Maryam dan Isa.

Sebab tu ayah perlu azan untuk memutuskan gangguan Syaitan.

3. Allah SWT memilih Nabi Zakariyya untuk memelihara dan mendidik Maryam AS




Sebelum Zakariyya memelihara Maryam terdapat beberapa halangan. Ramai orang soleh yang ingin memelihara Maryam. Perbincangan diadakan sehingga naik suara.

Ayat ini juga ingatan agamawan memang baik berbeza pandangan tetapi jangan sampai meninggi suara. Semasa mencampak Qalam, Qalam Nabi Zakariyya terapung dan bukti baginda dipilih Allah

4. Maryam 'asbab' Nabi Zakariyya AS kembali berdoa dengan penuh keyakinan agar dikurniakan zuriat.
Nabi bukan tidak berdoa, malah sentiasa berdoa. Apabila baginda menyaksikan rezeki yang terdapat dalam mihrab Maryam. Baginda menyoal dari mana datang rezeki tersebut. Maryam menjawab rezeki itu datang daripada Allah.

Peristiwa itu seperti memberi kekuatan kepada Nabi Zakariyya untuk terus berdoa dengan lebih yakin. Nabi Zakariyya terus berdoa di mihrab itu. Nabi Zakariyya lebih kerap berdoa dengan lebih yakin.


Allah makbulkan doa kite apabila keyakinan semakin bertambah.


5. Didatangi Jibril AS sebanyak dua kali.

Kali pertama bukan dalam bentuk fizikal di Baitulmaqdis dekat dengan keluarga. Jibril memberitahu Allah memilihmu untuk menyucikan dirimu, maka  (qunut) kusyuk dan konsisten beribadat. (Ali-Imran Ayat 42-43)


Kali kedua datang ketika Maryam jauh dripada keluarga. Ayat 45. Kenapa ayat 44 masuk di tengah cerita Maryam ditujukan kepada Nabi Muhammad? Ia menunjukkan peristiwa kehadiran Malaikat Jibril pada kali pertama kepada kehadiran kedua mempunyai jarak masa tertentu. Membina tabir antara kisah.



Allah Al Qadir berkuasa untuk adakan anak dalam rahim

Allah Al-Latif ,ketentuan itu sudah ada tapi buat kite bersedia. Contoh Nabi Yusuf dikurniakan mimpi jadi baginda tahu sebab baginda diuji.

Kehadiran pertama Jibril membuatkan Maryam bersedia semasa pertemuan kedua. Maryam tidk terkejut.

6. Maryam mendapat gelaran Al-Siddiqah
     Al Maidah 5: 75



Siddiqah bermaksud membenarkan ayat Allah.

Selepas itu tiada lagi Dialog Maryam bercakap selepas beliau meninggalkan lokasiny bertemu Jibril.
Beliau telah redha dengan ketentuan Allah dan menunjukkan sifat Al Siddiqah.

4 golongan yang dapat nikmat  daripada surah Al fatihah. (Ayat 7)
1. Para Nabi
2. Para Siddiqin
2. Para Syuhada
4. Para Solihin

Selepas habis baca Al Quran kite baca Sadakallahala'zim. Adakah kita membenarkan?

7. Melahirkan Isa AS di dataran yang tinggi dan kering.

Surah Al-Muminun Ayat 50

'Rabwah'- tempat yang tinggi daripada mukabumi. Allah kurniakan 'khoror' iaitu lokasi yang selesa  (ada buah tamar) bile duduk di situ ada makanan dan 'mai'n' ada sungai


8. Yakin lebih awal bahawa anaknya akan berkata-kata bagi pihaknya di hadapan Bani Israel.

Maryam diperintah Allah supaya berdiam diri apabila ditanya kaum Bani Israel.



Maryam tahu bayi itu akan bercakap sebelum pulang kepada Bani Israel. Nabi Isa telah bercakap sebelum itu lagi (Surah Maryam 24) yang mana Allah yang berfirman melalui Isa AS.


Ada pendapat menyatakan Jibril yang berkata-kata.

9. Lambatnya si anak untuk berkata-kata membela ibunya (Surah Maryam ayat 16-33)

Bila ditekan-tekan dan pada kemuncaknya baru bayi tersebut bercakap selepas delay beberapa lama. Di kala kaum Bani Israel sangat mendambakan jawapan baru Allah izinkan Isa AS bercakap supaya moment itu lebih dihargai.

10. Tidak sempat melihat legasi dan kemenangan dakwah anaknya (Ali Imran ayat 46) Nabi Isa muncul kembali di akhir zaman yang Maryam tidak dapat melihatnya.


Saturday, 18 April 2020

SEMBUH COVID 19 dengan SHAKLEE




Image may contain: 1 person



KISAH BENAR SEMBUH COVID 19

Nama beliau Faiz dari Kota Bharu Kelantan. Aktif dengan dakwah Tabligh. Positif Covid 19 selama 10 hari di hospital.

Antara ikhtiar dia adalah mengambil vitamin shaklee..

Image may contain: 1 person, closeup

Anda baca print screen perbualan saya dan dia.. Apa jadi pada diri dia. Rasa sakit macamana. Apa yang dia lakukan.

Semoga dengan cerita  ini anda dapat bantu ramai yang positif atau bakal positif di luar sana.
Image may contain: 1 person Image may contain: text Image may contain: 2 people, text Image may contain: 1 person, possible text that says '10:57 Faiz Kb 10:52 53% Klu sdra faiz dpt cite pgalaman bagus gak..bgaimana rasa msa trima rawatan apa ikhtiar lain yg di buat 08:23 Pertama sekali symptoms yg sy rasa ketika mulai terkena wabak ini adalah batuk selepas itu diikuti dengan selsema. 08:25 Mata akan berair merah 08:25 Sy belum sempat demam lagi 08:25 Badan mulai lenguh tambah2 pada bahagian belakang 08:25 Type a m...' Image may contain: 1 person, possible text that says '10:57 Faiz Kb 10:52 53% Penyakit ini akan serang kita punya saluran pernafasan dan paru2 08:26 Hingus kita akan rasa seperti gam 08:26 Sukar bernafas, lelah dan semput, lama kelamaan berckp dua patah pun akan lelah 08:27 Di sini saya syorkan sentiasa minum air panas 08:28 Kerap kali.. bukan byk tapi keras air panas 08:28 Pada permulaan masuk ke hospital doc akan tanya symptoms apa yang kita ada... Dan tarikh mulai ada Type a m... y' Image may contain: 1 person, text 
Image may contain: 1 person Image may contain: 1 person 

Image may contain: 1 person Image may contain: 1 person, text

Faiz btuah dapat upline yang caring beri dia cara2 amik supplement yang betul.

Akhirnye dgn izin Allah dia pulih sepenuhnya.

Jika anda bantu orang lain saya pun tumpang dpt pahala.

Happy reading and enjoy your sharing❤

Salam Jumaat yang penuh barokah.

Terima kasih Faiz yang beri izin untuk share, tahniah upline yg caring❤.

Disclaimer:
Products shaklee bkn btujuan utk merawat ia hanya mambantu rawatan dgn meningkatkn sistem imun.Kesan berbeza setiap individu.









Sunday, 5 April 2020

Kod Isyarat Tangan Nama-nama Bulan

Video: Noorhayati Abdul Rahim






Jom belajar bahasa isyarat.

Ada yang nak dapatkan produk Shaklee

Jangan lupa whatsApp saya untuk saya bantu.

http://www.wasap.my/60173737174

http://www.wasap.my/60173737174

http://www.wasap.my/60173737174


Ingin dapatkan Shaklee pada harga ahli? Moh daftar di sini.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=913045


Cara Cuci Tangan

Video : Noorhayati Abdul Rahim


Muhammad Adam Asfa ingin berkongsi Cara Cuci Tangan.




Ada yang nak dapatkan produk Shaklee


Jangan lupa whatsApp saya untuk saya bantu.

http://www.wasap.my/60173737174


http://www.wasap.my/60173737174


http://www.wasap.my/60173737174


Ingin dapatkan Shaklee pada harga ahli? Moh daftar di sini.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=913045


Facebook: Pengedar Shaklee Melaka

Wednesday, 1 April 2020

Tadabbur 3 Qul

Teks & Gambar : Facebook Tadabbur Centre

Image may contain: 1 person, text





[NOTA KULIAH ONLINE]

3 Qul
Ust Mohd Nadzri Haji Mustakim
28 Mac 2020 (8.00 pagi - 8.30 pagi)

Video : https://www.facebook.com/TadabburCentre/videos/660899751390080/
________________________

RANGKAIAN 3 QUL

1. Rangkaian tiga surah yang terakhir di dalam al quran iaitu Surah al-ikhlas, Surah al-falaq dan Surah an-nas dikenali sebagai 3 Qul.

2. Secara asasnya, ketiga-tiga surah ini diturunkan bagi menjawab kepada persoalan bagi pernyataan di dalam ayat kelima , surah al-fatihah iaitu apakah bentuk penyembahan kepada Allah swt dan apa yang perlu ada di antara manusia dan penyembahan.

SURAH AL IKHLAS

3. Surah al-ikhlas dinamakan dengan “al-ikhlas” kerana ia merupakan menifestasi keikhlasan manusia kepada Allah swt. Apabila manusia tanam dalam diri bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa dan tidak mengharap selain dari Allah, maka akan timbul keikhlasan kepada Allah swt.

4. Di dalam ayat 1 surah al ikhlas, Allah swt memperkenalkan dirinya sebagai suatu entiti yang unik iaitu yang bersifat Maha Esa.

5. Perkataan as samad (الصَمَد) di dalam ayat 2 surah al ikhlas membawa erti tumpuan segala makhluk untuk memohon apa yang dikehendaki. Ia sekaligus menjawab kepada penyataan (إِيَّاكَ نَسْتَعِينُ) yang membawa maksud “ hanya kepadamu Ya-Allah kami meminta pertolongan”.

6. Di dalam ayat ketiga surah al ikhlas , Allah menjawab sangkaan atau pemikiran sebahagian manusia dengan menyamakan Tuhan dengan makhluk dengan menyatakan bahawa Allah tidak beranak dan diperanakan. Hal ini kerana ada manusia merasakan bahawa menjadi suatu kepelikan bahawa terdapat entiti yang tidak mempunyai sulur galur.

7. Sangkaan tersebut juga dijawab di dalam ayat 4 surah al-ikhlas dengan menyatakan bahawa Allah tidak sama dengan suatu apa pun.

SURAH AL-FALAQ

8. Al-falaq beerti waktu subuh iaitu waktu di mana sinaran Mentari berjaya menerobosi kegelapan malam.

9. Allah memulakan surah ini dengan perkataan a’uzu (أّعُوذ) yang membawa maksud aku berlindung. Perkataan awuz (العوذ) itu sendiri membawa pengertian sesuatu yang kecil atau lemah meminta perlindungan kepada sesuatu yang besar atau kuat.

10. Apabila kita menyebut a’uzu (أّعُوذ), emosi kita mengakui bahawa kita makhluk yang lemah dan memohon pertolongan.

11. Di dalam ayat-ayat seterusnya disebutkan mengenai perkara yang sebenarnya manusia tidak dapat lihat dan bayangkan. Ia juga tidak mempunyai penawar melainkan dengan kuasa Allah.

12. Di dalam ayat 1 surah al-falaq, manusia meminta perlindungan kepada Tuhan penguasa dan pengatur waktu fajar.

13. Dalam ayat 2 surah al-falaq, disebutkan perkara yang diminta oleh manusia agar dilindung daripada perkara itu iaitu (مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ) yang bermaksud “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan” . Perkataan sharr (شَرِّ) datang dalam bentuk kata nama am yang meluaskan kepada maksud “perlindungan dari seluruh kejahatan segala apa bentuk ciptaan Allah swt”.Sesungguhnya ciptaan Allah mempunyai dua sisi iaitu sisi baik dan sisi buruk.

14. Dalam ayat 3 surah al-falaq, disebutkan perkara yang diminta oleh manusia agar dilindung daripadanya ialah bahaya gelap apabila ia masuk. Hal ini kerana banyak kebejatan dan bahaya boleh berlaku apabila larut malam keran alasan tidak ada sesiapa melihat pada waktu malam.

15. Dalam ayat 4 surah al-falaq, disebutkan perkara yang diminta oleh manusia agar dilindung daripadanya ialah kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Menariknya bahawa perkataan naffathat (النَّفَّاثَاتِ) hadir di dalam bentuk feminin. Ia berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pembomohan dan santau.

16. Oleh kerana ini dimulakan surah dengan perkataan a’uzu (أّعُوذ) disebabkan manusia tidak mampu mengelak dari kebejatandan kejahatan ini apabila ia telah mula berlaku.

17. Dalam ayat 5 surah al-falaq, disebutkan perkara yang diminta oleh manusia agar dilindung daripadanya ialah dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kerja hasad. Di dalam ayat ini , Allah tidak menyebut nama sesiapa yang melakukan tetapi hanya disebutkan sifat pelaku itu sendiri.

18. Perkataan hasidin (حَاسِدٍ) datang dalam bentuk pelaku. Dan pelaku itu terkenal dengan sifat kelakuannya kerana kerap melakukannya. Dan penyakit hasad ini tiada ubat melainkan orang itu berusaha untuk menghilangkan sifat hasad.

19. Secara ringkasnya , disebutkan di dalam surah al falaq 4 keburukan yang manusia tidak tahu yang dipohon oleh manusia agar dijauhi dari keburukan tersebut.

SURAH AN-NAS

20. Surah ini dimulakan dengan tiga nama atau sifat Allah yang berkait rapat dengan manusia iaitu rabb, malik dan ilah ( رَبِّ النَّاسِ , مَلِكِ النَّاسِ , إِلَهِ النَّاسِ ). Perkataan rabb membawa erti pengatur, pendidik, pengasuh dan pengurus yang mengurus seluruh manusia. Adapun perkataan malik membawa erti pemilik dan perkataan ilah membawa erti Tuhan kepada manusia.

21. Terdapat ulama yang menyatakan bahawa tiga nama ini merupakan tiga peringkat kehidupan manusia iaitu :

a) Pada peringkat pertama, manusia ketika kecil dididik dan diasuh. Sebab itu ketika manusia kecil, mereka dikenalkan bahawa Allah adalah Tuhan yang mengurus dan mengasuh kita.
b) Pada peringkat kedua, ketika manusia meningkat dewasa mereka mempunyai pemilikan sendiri. Akan tetapi kekadang lupa bahawa pemilik asal bagi pemilikan mereka adalah Allah swt.
c) Pada peringkat ketiga , ketiga mana manusia meningkat usia , keinginan mereka mula kendur kepada dunia dan ingin kembali mencari Tuhan, maka Allah memperkenalkan dirinya sebagai Tuhan kepada manusia.

22. Pada 3 ayat terawal surah an – nas , disebutkan manusia meminta perlindungan kepada Allah swt di setiap fasa kehidupan mereka. Akan tetapi disebutkan di dalam 3 ayat terakhir surah ini perkara-perkara yang merujuk kepada satu kejahatan iaitu bisikan.

23. Di dalam ayat 5 surah an-nas, Allah menggunakan perkataan sudur (صُدُور) yang membawa erti dada. Ia menunujukkan bahawa bisikan itu berlaku terus masuk di dalam dada. Akan tetapi apabila bisikan itu dilakukan oleh al khannas (الْخَنَّاسِ) berulang kali, ia akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada qalb (قلب) iaitu hati lebih-lebih lagi apabila ia sedia terbuka. Sebab itu kita memohon 3 kali perlindungan kepada Allah dari bisikan ini.

24. Hikmah surah ini dijadikan sebagai penutup kepada al-quran agar manusia lihat kepada diri sendiri sebelum tidak menunding jari kepada orang lain dan menjawab kepada pernyataan ayat 5, surah al fatihah yang mengandungi unsur mohon bantuan dan pertolongan.

#stayathome
#tadabburalquran
#alquranuntuksemua

Teladan Kisah Nabi Musa A.S



Teks & gambar: Facebook Tadabbur Centre





(NOTA KULIAH ONLINE]

MENGURUS EMOSI KETIKA DILANDA MUSIBAH: TELADAN DARI KISAH NABI MUSA A.S
DR AZRUL AZLAN
AHAD , 29 MAC 2020

VIDEO: https://www.facebook.com/TadabburCentre/videos/212091350021505/

____________________________

TAKUT TUHAN VS TAKUT KUMAN

1. Tidak dinafikan bahawa keyakinan yang tinggi kepada Allah swt memberikan kekuatan kepada manusia untuk mengimani bahawa Allah swt akan membantu kita . Akan tetapi Allah swt mengajar kita agar mempunyai suatu strategi dan waspada apabila berhadapan suatu bahaya yang menimpa kita.

2. Hal ini Nabi saw sendiri berhijrah ke Madinah menggunakan jalan rahsia menuju ke sana . Baginda Nabi saw juga memakai sut baju perisai di dalam medan perang sebagai suatu bentuk waspada terhadap bahaya.

3. Perkataan “istianah” (اِستِعَانَة) di dalam surah al fatihah ayat lima itu sendiri mengandungi erti konsep tawakkal . Untuk mendapat perlindungan dari Allah , kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Demikian yang berlaku pada hari , kita diminta agar duduk di rumah supaya tidak bercampur dengan orang ramai yang boleh memungkinkan kita untuk dijangkiti virus Covid-19.

FAHAM SITUASI NABI MUSA DAN BANI ISRAEL

4. Di dalam surah Ibrahim ayat 6 , Allah menkhabarkan kisah Nabi Musa as dan bani Israel yang lari dari Firaun yang ingin membunuh mereka.

Allah swt berfirman :

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ (6)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu". (Ibrahim :6)

5. Berdasarkan ayat 6 surah Ibrahim, situasi yang dihadapi oleh Nabi Musa as dan bani Israel ialah :

a) Lari dari Firaun yang ingin membunuh mereka.
b) Berada di padang pasir yang panas terik dan tiada makanan.

6. Adapun situasi yang berlaku pada kita di musim wabak Covid-19 ialah :

a) “Lari” untuk berada di rumah dari dijangkiti Covid-19 yang boleh membunuh manusia
b) Berada di rumah tetapi tidak memperoleh pendapatan kerana tidak boleh bekerja.

7. Persamaan situasi yang kita hadapi sekarang dengan situasi Nabi Musa as adalah lari dari musibah yang besar menuju ke suatu musibah yang lebih kecil.

PENGURUSAN EMOSI KETIKA DILANDA MUSIBAH
POIN PERTAMA : TENANGKAN DIRI AGAR TIDAK PANIK

8. Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Musa as untuk mengurus emosi bani Israel berdasarkan ayat 6 surah Ibrahim adalah menenangkan keadaan diri mereka agar tidak panik dengan meminta mereka mengingati nikmat Allah swt yang telah dikurniakan kepada mereka sebelum ini.

9. Apabila kita melihat kembali surah al-kauthar, sebab surah ini diturunkan adalah bercerita mengenai Nabi saw yang kehilangan anak Baginda dalam keadaan dibantai oleh kaum musyrikin. Maka Allah memberi suatu panduan kepada Nabi saw untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan melihat seberapa banyak nikmat Allah swt yang telah dikurniakan .

10. Nikmat itu bukan sahaja datang dalam bentuk kesenangan akan tetapi juga hadir dalam bentuk selamat dari musibah yang besar. Oleh kerana itu Nabi Musa as di dalam ayat 6 surah Ibrahim meminta kaumnya agar ingat kembali nikmat Allah kepada mereka iaitu terselamat dari dibunuh Firaun dan tentera-tenteranya.

POIN KEDUA : FOKUS UNTUK MENCARI SOLUSI YANG DIHADAPI

11. Pada ayat 7 surah Ibrahim, Allah berfirman :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (7)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim :7)

12. Di dalam ayat 7 surah Ibrahim, Allah memulakan ayat dengan perkataan “taazzana” (تَأَذَّنَ) yang membawa erti memberitahu. Perkataan ini mengandungi tiga unsur iaitu :

a) Pengumuman
b) Deklarasi
c) Mengajak orang lain melakukan sesuatu

13. Pengertian perkataan “taazzana” (تَأَذَّنَ) ialah memasang telinga dan mengenepikan segala yang bermain di fikiran kita.

14. Keadaan Nabi Musa as dan bani Israel ketika itu adalah

a) Berasa amat penat selepas melarikan diri daripada Firaun.
b) Berasa amat lapar kerana makanan tidak ada di kawasan itu.
c) Berada dalam keadaan yang sangat panas disebabkan mereka berada padang pasir yang kering kontang.

15. Apabila Allah menggunakan perkataan “taazzana” (تَأَذَّنَ) , maka Allah swt meminta agar mereka lupakan seketika apa yang mereka hadapi dan memasang telinga untuk dengar kepada apa yang disampaikan oleh Nabi Musa as.

16. Di dalam ayat ini , Allah menggunakan perkataan “rabbukum” (رَبُّكُمْ) . “Rabb” (رَبُّ) bukan membawa sekadar erti Tuhan akan tetapi ia juga membawa maksud pelindung, pendidik dan penjaga. Dalam konteks ayat ini , seolah – olah Allah ingin memberitahu bani Israel bahawa di saat itu Allah sedang menjaga mereka.

17. Nabi Musa as mengajar kita di dalam ayat ini agar fokus kepada apa yang kita miliki dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan tidak fokus kepada apa yang kita tiada.

18. Berdasarkan ayat ini juga , nasihat yang perlu diberikan kepada orang yang ditimpa musibah adalah agar bersyukur dan bukan bersabar kerana manusia yang tidak bersyukur biasanya sukar untuk bersabar.

19. Bagaimana untuk bersyukur:

a) Lihat orang yang lebih susah dari kita
b) Lakukan solat. Solat dimulakan dengan pujian kepada Allah di dalam surah al – fatihah . Semak kembali solat apabila sukar untuk bersyukur.
c) Sedar bahawa tiada satupun adalah milik kita kerana kesemuanya adalah kepunyaaan Allah swt (Rujuk surah al-baqarah ayat 156).

20. Di dalam surah al baqarah ayat 155 , Allah menyebut (بَشِّرِ الصَّابِرِينَ) yang membawa erti berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Perkataan (بَشِّرِ) membawa pengertian khabar gembira yang merpakan suatu bentuk hadiah buat orang yang bersabar.

POIN 3 : SYUKUR YANG DISUSULI DENGAN TINDAKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH.

21. Di dalam ayat 7 surah Ibrahim, Allah menyebutkan syakartum (شَكَرْتُمْ) yang merupakan kata kerja. Signifikan pengunaan kata kerja disini , manusia perlu bertindak setelah bertenang dan memberi fokus terhadap penyelesaian masalah.

22. Di sini juga mengandungi konsep tawakkal kepada Allah swt. Sekiranya kita ingin dapat apa yang diberikan Allah swt, kita perlu bertindak.

23. Menariknya , perkataan laaizaddanakum (لَأَزِيدَنَّكُمْ) merupakan feel mudhari’ (kata kerja kala kini) yang menunjukkan kepada sesuatu yang berterusan. Hal ini menunjukkan bahawa selagi kita bersyukur dan bertindak maka Allah akan tambahkan nikmat kepada kita.

POIN 4 :MUHASABAH DIRI

24. Di dalam ayat yang sama, ayat selepas (لئِن كَفَرْتُمْ ) tidak datang dalam bentuk kata kerja, tetapi dalam bentuk pernyataan bahawa azabnya amat keras.

25. Ia merupakan mesej bahawa Allah beri peluang kepada kepadamanusia yang kufur untuk kembali kepada bersyukur. Oleh itu tidak dinyatakan kesan di dalam ayat tersebut kepada orang yang kufur.

26. Kufur bukan sahaja bermaksud kufur iman tetapi boleh membawa pengertian :

a) Tidak bertindak.
b) Tidak berasa puas.
c) Tidak berterima kasih.
d) Melihat suatu perkara dari sudut yang negatif sahaja
e) Memandang kehidupan dalam bentuk yang suram.

#stayathome
#tadabburalquran
#alquranuntuksemua

Tadabbur Surah Al Nahl

Teks & gambar : Facebook Tadabbur Centre

Image may contain: cloud and sky

PERUMPAMAAN SEBUAH NEGERI YANG TENTERAM : NIKMAT YANG DIRASAI SELEPAS KEHILANGAN.

Allah swt telah mengaturkan ciptaannya dengan suatu ketetapan Ilahi yang nyata. Barang sesiapa yang beramal dengannya maka akan terselamat dan sesiapa yang menolaknya pasti akan merasai kehampaan yang sebenar-benarnya.
.
Dan antara ketetapan tersebut adalah pasang surut kewujudan sebuah tamadun, masyarakat dan negara. Allah swt sendiri telah menceritakan pelbagai kisah mengenai masyarakat dan tamadun terdahulu yang dibinasakan disebabkan perlawanan mereka terhadap Allah swt .
.
Di dalam al quran, Allah telah mendatangkan suatu bentuk perumpamaan yang amat dekat dengan realiti kita yang mana menjelaskan mengenai aturan ini di dalam al quran.
.
Firman Allah swt :
.
.
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ (112)
.
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(Al-Nahl :112)
.
Berdasarkan ayat ini, sebahagian ulama tafsir menyatakan bahawa Allah memberikan suatu perumpaan untuk menerangkan keadaan yang berlaku di Makkah yang mana dilimpahi dengan keamanan dan kemakmuran.
.
Akan tetapi ketika mana Nabi saw diutuskan menyampaikan wahyu Allah swt kepada masyarakat Makkah, mereka menolak ajaran tersebut malah menyakiti Baginda secara berlebihan. Lalu disebabkan kekufuran mereka, Allah swt menurunkan bala bencana dan wabak penyakit ke atas mereka.

Tujuan perumpamaan ini sebenarnya bukanlah di mana keadaan ini berlaku. Akan tetapi yang lebih utama daripada itu adalah bagaimana Allah swt mengubah situasi tempat tersebut daripada kesenangan dan kemakmuran yang melimpah ruah kepada tempat yang didatangkan bencana sekelip mata disebabkan penolakkan mereka terhadap aturan Allah swt.
.
Kita boleh lihat ketika mana manusia dilimpahi pelbagai kesenangan tetapi tidak mensyukuri apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka. Lalu apabila Allah swt menurunkan musibah kepada suatu tempat yang aman dan makmur, pada ketika itu barulah manusia sedar betapa besarnya nikmat Tuhan yang telah diberikan kepada mereka.
.
Sesungguhnya perumpaan ini disampaikan Allah kepada kita agar mengambil iktibar dan peringatan terhadap akibat yang menimpa mereka. Suatu perkara yang perlu diambil perhatian juga bahawa setiap aturan di muka bumi ini kekadang ia bersilih ganti antara kesenangan dan kesusahan, ketenteraman dan kebimbangan serta kebahagiaan dan kesedihan.
.
Oleh itu kita perlu ingat, sesiapa yang hidup di dalam kenikmatan tetapi tidak menghargai dan bersyukur dengan nikmat tersebut, maka tidak mustahil Allah akan menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

#tadabburalquran
#alquranuntuksemua

Tadabbur Surah Yunus

Teks & gambar : Facebook Tadabbur Centre



IBRAH DARI SURAH YUNUS: BAGAIMANA BERMUAMALAH DENGAN QADA' ALLAH?

Kira-kira sudah hampir dua bulan, negara kita dilanda musibah pandemik wabak COVID-19 berikutan sejak gelombang COVID-19 kedua Februari lalu. Sedih sungguh apabila kita menyaksikan berita peningkatan jumlah pesakit Covid-19 setiap hari. Wabak ini tidak mengenal kawan dan lawan. Hatta bayi sekalipun berisiko dijangkiti penyakit ini.
.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita tidak sedar bahawa ujian menghadapi masa lapang ketika memiliki tubuh badan yang sihat adalah ujian yang berat. Nabi telah menyebutkan bahawa dua nikmat yang sering dilupakan ialah nikmat kesihatan dan masa lapang.
.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
.
Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR Bukhari No: 5933) Status: Hadis Sahih
.
Perhatikan. Frontliners negara kita ditarik nikmat masa lapang demi merawat pesakit Covid-19. Kita saksikan sendiri bagaimana letihnya mereka bertugas. Pesakit-pesakit wabak pula, Allah tarik nikmat kesihatan mereka. Ibaratkan hari ini adalah hari terakhir mereka bersua muka dengan keluarga, apabila didapati gejala dan disahkan positif Covid-19.
.
Kita? Adakah kita semakin ingat Allah atau semakin jauh dari-Nya?
.
RISALAH QADAR
.
Qada' dan qadar Allah SWT itu terjadi dengan hikmah yang bersumber dari Allah, tidak akan terjadi sesuatu perkara dengan sia-sia. Terkadang kita dapat memahami hikmah tersebut, dan terkadang kita tidak menyedarinya. Meskipun kita tidak dapat menyedarinya dengan keterbatasan akal kita yang sederhana ini, jangan sampai kita menuduh Allah SWT menzalimi dan membiarkan diri kita.
.
Allah menguji setiap hamba-hambaNya.
Adakah kita mengingati Allah atau melupakan-Nya ketika ditimpakan musibah?
Adakah kita mahu tunggu ditimpakan musibah yang lebih besar lagi, baru mahu bertaubat?
.
BERTAUBAT SEBELUM DATANG AZAB
.
Perhatikanlah kisah kaum Nabi Yunus yang ditinggalkan oleh nabinya dalam keadaan kecewa. Nabi Yunus membawa diri ke laut setelah dakwahnya ditolak dan didustakan dengan keras oleh kaumnya. Allah menjadi murka ke atas kaum Nabi Yunus lalu mengancam untuk menimpakan azab keras keatas mereka.
.
Namun, apabila hampir datangnya azab ke atas mereka, cepat-cepat hati mereka kembali bertaubat dan beriman. Allah Maha Mengetahui kebenaran hati mereka untuk kembali kepada-Nya. Lalu dengan Rahmat-Nya, Allah SWT menerima taubat mereka dan mengangkat azab tersebut sebagaimana firman Allah di dalam surah Yunus ayat 98.
.
فَلَوْلَا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا إِلَّا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ
.
"(Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan)." (Yunus 10:98)
.
Janganlah sesekali iman kita terhadap Qada' dan Qadar Allah SWT melemah walau dalam keadaan bagaimana pun. Allah Maha Berkuasa atas sesuatu. Tidak akan terjadi penularan wabak pandemik sebegini jika bukan dengan kehendak-Nya. Ambillah ibrah dari ujian yang kita hadapi hari ini, dan teruskan berdoa.
.
MUAMALAH DENGAN QADA' ALLAH
.
Pada penutup surah Yunus, terdapat tiga pengajaran secara amaliyah untuk mengimani qada' dan qadar Allah SWT, iaitu

1. Berserah diri kepada Allah, dan mengikuti segala syariatnya.

.
وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
.
"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '." (Yunus 10:105)
.
2. Jangan sesekali meminta pertolongan kepada selain Allah SWT

.
وَلَا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۖ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Yunus 10:106)

3. Sedar bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak ke atas sesuatu. Maka bertawakkal kepada Allah SWT

.
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
.
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Yunus 10:107)

Allahu a'lam
.
#stayathome
#tadabburalquran
#alquranuntuksemua

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...