Friday 27 March 2020

Tadabbur Surah Al Khautsar

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sempena cuti Perintah Kawal Pergerakkan (PKP) atas sebab negara kita diuji dengan penyebaran Covid 19, Allah izin menonton pelbagai video langsung santapan rohani daripada pelbagai medium. Semalam 26 Mac sempat saya menonton Motivasi Al Quran untuk kehidupan- Refleksi surah Al- Kautsar daripada saudara Hafizul Faiz di Facebook Tadabbur Centre.

Kelebihan Surah Al Kautsar

Asbabun Nuzul Surah;
Diturunkan ketika Rasulullah kehilangan anak baginda.
Nikmat punya anak hilang dan Allah gantikan dengan nikmat lebih baik iaitu Al Khautsar bermaksud nikmat yang sangat banyak-infiniti.

Ayat 1: "Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak."
Kauthsar-bermaksud infiniti bermakna nikmat yang terlalu banyak Allah beri pada Rasulullah yang tidak terhitung.
Huruf Tho- bermaksud besar (susah nak sebut)-Nikmat besar yang Allah nak bagi.
Allah guna KAMI untuk tunjuk dekatnya Allah dengan Rasulullah.

Ayat 2: "Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri pada Allah)".
Fasolli-solatlah kamu kepada kami, ayat suruhan kerana pada waktu kehilangan kita rasa kosong, kita perlukan kekuatan jadi Allah suruh supaya kite bergerak. Ada signal/seruan supaya kite terpandu. Tiada penggunaan KAMI menunjukkan ayat ini general/umum yang ditujukkan kepada semua iaitu perintah solat.
Anhar bermaksud korban. Bagi memperoleh nikmat yang banyak perlu ada pengorbanan.

Ayat 3: "Sungguh, orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus."
Abtar- bermaksud putus (daripada rahmat Allah)
Huruf Ra bermaksud payah, semua pengakhiran ayat dalam surah ini mempunyai huruf Ra.

Rahmat Allah tu infiniti, tapi kite perlu berkorban sekiranya tidak, putuslah kite daripada rahmat Allah. Allahua'lam.

Maklumat tambahan,


Surah Al Maun (surah sebelum Al-Khautsar) menceritakan mengenai penipuan agama.
Disebut mengenai anak yatim, tidak memberi makan orang miskin iaitu hak mereka. Berkait dengan orang yang menindas dan solat mereka lalai.

Sebelum Islam sampai perkataan (arab) solla bermaksud

1-unta yang duduk (apabila bangun unta akan renggangkan dan luruskan badan)-lembutkan hati
2-kuda yang sedang kalah dalam perlumbaan- kita kalah dalam mengejar dunia, jadi kita mencari kajayaan dengan solat kepada Allah.

Allahua'lam

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...