Tuesday 13 August 2019

Promo Gambang Waterpark

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah semalam berpeluang bawa anak-anak bersama sepupu mereka, tiga keluarga pergi ke Gambang Waterpark.

Kebetulan cuti sekolah seminggu dan pihak Gambang Waterpark pun ada tawarkan harga murah. Hanya RM12 tidak kira dewasa atau kanak-kanak harga sama. Untuk anak umur 4 tahun ke bawah tiket masuk adalah percuma.

Kami pergi seramai 20 orang. Kami 5 beradik bersama 3 ipar dan 15 kanak-kanak (sepupu). Kami datang seawal jam 10 pagi. Datang awal tempat letak kereta pun banyak. Kami letak kereta di 'basement' terus tuju ke lif. Di sini tidak dibenarkan bawa makanan luar, tapi kami seludup juga roti dan air masak.

Kami menempah tiket di atas talian, jadi kami tidak perlu berbaris panjang untuk membeli tiket. Terus menuju ke ruangan masuk dan mendapatkan pelampung 'double' untuk kegunaan kami nanti. Ini harga setiap servis/barang yang kite perlukan di dalam nanti. Semua guna e-value (scan barcode) tiada penggunaan tunai.

Ada ruangan yang lebih luas untuk kite mandi bersama anak di COCO BEACH. Perlu perhatikan anak-anak sebab hala ke dalam air lebih dalam. Pelampung diperlukan di ruangan ini. Pada masa tertentu akan ada ombak buatan. Anak-anak memang seronok bila ada ombak ini, tidak kurang yang takut. Kalau duduk di birai 'pantai' pun perlu pantau anak kecil kerana boleh tahan kuat juga pukulan ombak tersebut.

Oh ya, sekiranya ingin simpan barang berharga ada loker berkunci disediakan. Kami letak beg pakaian di bawah khemah berbumbung siap dengan kerusi dan meja. Ia percuma tidak perlu bayar, tetapi guna konsep siapa cepat dia dapat.

Selepas itu boleh bawa anak-anak ke ruangan khas untuk anak-anak, bagaikan Taman Permainan mereka dan tempat meluncur. Anak-anak kami semua lelaki memang sukalah meluncur air berkali-kali. Kami pun sama tumpang main.

Ada masa saya lari sekejap berdua dengan suami mengelilingi sungai bersama pelampung meninggalkan anak-anak di bawah pantauan makcik mereka seketika. Kemudian kami menuju area game dewasa. Rupa-rupanya ramai juga kanak-kanak di ruangan ini. Syarat untuk anak-anak sertai bersama, mereka perlu punya ketinggian melebihi 110cm.

Di sini kami bermain 'papan' luncur, family game, naik pelampung khas lebih kurang 4-6orang dan meluncur. Ada tempat luncuran tertutup gelap, saya naik bersama suami dan  anak buah. Pusingan pertama saya bersama suami, pusingan kedua saya meluncur bersama anak dan anak buah. Suami ambil giliran menjaga anak-anak lain yang tidak melepasi ketinggian untuk bermain.

Bermain memang seronok, tetapi nak menapak ketinggian yang boleh tahan tinggi sampai berkumpul asid laktik dan pada masa yang sama perlu menampung berat pelampung. (Kena bawa sendiri ke atas).

Selepas 2 jam kami turun semula ke bawah melayan anak-anak di Coco Beach. Masa ini masing-masing mintak makan. Mereka makan roti dan air yang kami bawa. Ada juga makcik mereka bawa mihun goreng dan nugget serta sosej. Hilanglah lapar sekejap sementara tunggu balik rumah makan.

Selesai mandikan anak-anak di tandas yang disediakan, saya lari sekejap ke surau menunaikan solat zohor. Alhamdulillah surau disediakan dan bersih. Selepas semua sudah keletihan kami bergerak pulang ke rumah mak abah di Tanjung Api.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...