Tuesday 31 March 2020

Face Shield

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Full Length Face Shield - USA Medical and Surgical Supplies
(gambar google)

Baru-baru ni, sebelum saya melelapkan mata,ingatan kepada 'team frontliner' hadir ke dalam fikiran dan mata pun masih belum mahu lelap.

"Aku tidur dengan selesa atas katil ni, mereka bertungkus lumus di luar sana meninggalkan keluarga, penat, makan pun tak sempat, nak solat terkejar-kejar, Al quran entah dapat dibaca ataupun tidak"

Beberapa kali juga menonton video ustaz Ebit Liew menghantar sumbangan ke sana ke mari. Seronok tengok dalam masa yang sama cemburu sebab tak mampu nak buat seperti beliau.

Alhamdulillah Allah hadirkan ilham sebelum terlelap itu,

"Aku tak boleh bantu lebih, cuti-cuti ini boleh juga bantu mereka dengan buatkan face shield DIY, ok jugak."

 Iyalah nak bantu di hospital tak mampu, mana tahu usaha yang kecil ini boleh membantu memudahkan urusan mereka. Lebih-lebih lagi di wall facebook kerap lalu post team frontliner di klinik-klinik kesihatan berusaha menyediakan face shield secara DIY.

Misi meng'google' cara membuat face Shield DIY pun bermula. Niat disampaikan kepada encik suami, yang menyokong penuh apa yang isterinya nak lakukan. Sudah tentulah beliau sebagai ketua keluarga akan membantu mencari bahan-bahannya. Tunjukkan contoh kepadanya dan alhamdulillah encik suami dapat mencari semua bahannya.

Saya kongsikan cara yang saya, suami dan anak-anak lakukan.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

1. A4 Plastic cover (1 kotak ada 100pcs)2. Span basuh pinggan (1 pastik ada 4 pcs)3. Tali4. Double tape5. Gunting6. Penebuk lubang



Di rumah kebetulan ada plastik laminate pun saya gunakan, kebetulan ada mesin laminate di rumah.


Ini saya guna plastik laminate, buat tambah-tambah yang tak cukup.

Multi Purpose Sponge | Foam For Washing Floating Hydroponic ...
Ini contoh span (gambar google). Suami saya bantu potong memanjang. Satu span ni boleh dapat 4 unit face shield.


Ini tali yang saya minta suami belikan. Sebenarnya saya nak beli getah, tapi yang ada di Family Store hanyalah getah pinggang kain yang tebal. Kalau boleh nak beli tali warna putih, tapi suami kata ada jenis tali reben dan licin. Takut melurut pula kalau pakai. Saya pilih tali reben juga ini tapi yang lebih kesat, moga-moga ia tidak melurut apabila diikat di kepala.

Okay jom kita kongsi caranya.


1. Suami saya potongkan 1 span ini kepada 4 .


2. Anak sulung bantu letakkan double tape pada span.


3. Lekatkan pada plastic cover. (saya letak kertas putih yang dilipat dua di bawah plastik-supaya nampak di mana tengahnya) 


4. Potong di kedua-dua bucunya (sebelah bawah bukan side yang ada span yer) jadikan curve. Nak buang tajam bucu tu.


5. Tebuk lubang di kedua-dua belah  bucu plastic cover, sebelah span yang dah dilekatkan tadi.


6. Ikat tali pada plastic cover. Panjang tali agak-agaklah saiz kepala orang. Suami siap mintak panjangkan lagi sebab nanti ada yang nak ikat reben. kalau ku ikat mati je gamaknya.


7. Siap. Tadaaaa..


8. Susun elok- elok. Mula mintak suami cari kotak, tapi takpelah taknak dia keluar rumah selalu.


Ready. Kite guna beg Shaklee. Eh sempat promote. Alhamdulillah cukup-cukup kami dapat 100 unit face shield DIY ini.


Kami juga sudah berhubung dengan wakil pihak Hospital Melaka. Kebetulan adik sahabat seorang doktor di sana. Memang doktor bagitahu sangat memerlukan face shield ini sebab bilangan pesakit bertambah setiap hari.

Semoga daripada perkongsian ini memberi idea kepada kawan-kawan bagaimana kita boleh membantu team fronliner walaupun kita hanya #stayathome.

Jangan lupakan titipkan doa buat semua moga sentiasa dipermudahkan, dikurniakan kekuatan serta dilindungi. Moga Allah angkat wabak Covid 19 daripada dunia ini. Ameen









No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...