Teks : Noorhayati Abdul Rahim
Sejak beberapa minggu ini negara kita dilanda musibah dengan penyebaran Wabak Covid-19. Setiap hari ada sahaja kes baru yang kadang menjadikan kita risau dan takut.
Sesungguhnya ia datang daripada Allah, maka kepadaNya jua kita memohon dipermudahkan, dikurniakan kekuatan dan perlindungan. Setiap kali solat, titipkan doa buat pejuang 'team frontliners' kita yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi mengawal penyebaran wabak ini dan merawat mereka yang dijangkiti.
Titip juga doa buat saudara kita yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang mungkin bekerja kais pagi makan pagi dan kini tidak dapat keluar bekerja meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin ada yang diberi cuti tanpa gaji dan mungkin juga yang diberhentikan terus. Doakan Allah permudahkan mereka dan mencukupkan mereka sekeluarga, in shaa Allah.
Tidak dilupakan doa memohon kesembuhan buat mereka yang telah dijangkiti. Moga Allah Ya Syaafi' menyembuhkaan dan dikurniakan kekuatan buat mereka yang diuji dan keluarga mereka.
Dan doakanlah untuk diri kita, keluarga dan insan-insan yang kita sayangi agar dilindungiNya daripada wabak ini.
Jom kita amalkan doa dan zikir memohon Allah lindungi kita, keluarga dan rakyat Malaysia daripada musibah ini. In syaa Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manfaat Vitamin C Shaklee
Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...
-
1. Apa ESP tu? Energizing Soy Protein iaitu minuman yang membekalkan tenaga segera dan ia kekal dalam tempoh yang lama. 2. Siapa boleh min...
-
Teks: Noorhayati Abdul Rahim Assalamualaikum dah lama tak update blog. Ok saya nak kongsi beberapa keistimewaan Vitamin C yang orang luar be...
-
Teks: Noorhayati Abdul Rahim Minggu lepas sekolah kami menerima kehadiran kunjungan dari Jabatan Bomba bagi mengadakan latihan kebaka...
No comments:
Post a Comment