Petang semalam selepas jemput anak-anak hero soleh dari masjid lepas solat Jumaat bawa mereka makan dan pergi sekolah mama semula sebab banyak keje mama nak setelkan.
Kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari😂
Geram dengan hero-hero, main-main gaduh, seorang menangis seorang mencubit. Mamatidak boleh fokus, hati rasa nak marah sangat. Hati jadi bertambah marah sebab kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang dirancang. Perancangan asal semua lari. Kita hanya merancang, perancangan Allah lebih baik.
Geram dengan hero-hero, main-main gaduh, seorang menangis seorang mencubit. Mamatidak boleh fokus, hati rasa nak marah sangat. Hati jadi bertambah marah sebab kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang dirancang. Perancangan asal semua lari. Kita hanya merancang, perancangan Allah lebih baik.
Dalam kereta bersambung lagi si sulung marah² dan menangis mama ajak balik ketika dia belum habiskan merekod bacaan NILAM. Kira mamalah pulak ganggu kerja dia😚
Mama mengejar masa nak hantar permohonon Jawatan kerja (untuk makcik² diorang) di Perpustakaan Awam. Perpustakaan tutup pukul 5. Nak jemput hero no 3 lagi di tadika. Jam dah pukul 4.45 petang.
Jadi taulah ape terjadi dalam kereta sepanjang jalan, mama marah²la. Walaupun pagi² mama dah niat nak jadi ibu sabar.
Wallahuyuhibbussoobirin
Wallahuyuhibbulmuhsinin
Wallahuyuhibbulmuhsinin
Dan Allah Dia menyukai orang² yang bersabar (Ali 'Imran 146)
Dan Allah Dia menyukai orang² yang berbuat kebaikan
(Ali 'Imran 148)
Dan Allah Dia menyukai orang² yang berbuat kebaikan
(Ali 'Imran 148)
Ayat Allah ini mama masih dalam usaha amalkan. Walaupun semalam tidak berjaya mama akan usaha lagi dengan bantuan Ya Sobur Ya A'ziz Ya Qowiy Ya Matin.
Sampai rumah lepas solat Asar mama amikla Al Quran baca nak menenangkan hati yang dikuasai syaitan tadi.
Tup tup muka pertama ayat pertama terus dapat ayat ini
.....Dan sungguh telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti nyata kemudian sungguh banyak di antara mereka setelah itu di bumi, orang-orang yang melampaui batas"
(Al-Maidah 32)
Walaupun dalam ayat ni ditujukan pada kaum Bani Israel tetapi terasa terkena pada batang hidung sendiri. "ORANG² YANG MELAMPAUI BATAS” Terus amik jam zikir, istighfar kat Allah. Akulah yang marah² tadi xingat dunia melampau batas, ya Allah ampunilah aku😕
Sebab tu Allah cakap Al Quran tu mukjizat dan panduan hidup. Kite tersasar Allah tarik balik kite ke jalanNya dengan mukjizat Al Quran ini. Kite tidak sempurna tapi moga Allah pandang usaha kita untuk kembali ke jalanNya.
Jom mulakan langkah pertama kite ke dunia cinta Al Quran.
Seminar AUDITLIFE INCOME di Kuala Lumpur 3 Mac 2019 (Ahad).
Seminar AUDITLIFE INCOME di Kuala Lumpur 3 Mac 2019 (Ahad).
#backtoalquran
#husnaharon
#auditlifeincome
No comments:
Post a Comment