Sunday, 24 February 2019

Ajar Anak Solat

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

[Solat bermalas-malas]

Semalam masa mama sedang solat Maghrib, abang Aqif pun datang sebelah solat Maghrib. Dia solat 
sendiri. Masa tu mama perasan dia solat dengan malas, dia sujud kepala yang sentuh sejadah bukan dahi dan hidung. Selesai sahaja dia solat mama pun bagi tazkirah sikit, kebetulan baru lepas baca surah An-Nisa' ayat 142 pasal orang munafik dan solat orang malas. Terus mama tunjuk ayat ini kat dia.

Image may contain: text
Dia bukan tidak tahu anggota sujud, apa yang perlu menyentuh sejadah, sebab mama dah pernah 
bagitahu sebelum ni.
                                   Image may contain: one or more people and text
                                        Gambar sumber googles

" Abang tahu tak cara abang solat ni cara orang munafik solat. Orang munafik ni hanya Allah sahaja yang kenal, depan kita dia solat, bersedekah, buat baik semua tapi belakang kite dia xbuat pun, dia nak menunjuk sahaja. Dia tipu Allah, tapi Allah tu tahu semua dalam hati orang munafik"

"Tengok ayat ini Allah cakap ape, orang munafik dia solat dengan malas, aish tengah jupe Allah ni, nak bercakap-cakap dengan Allah kenapa nak malas-malas. Solat itu menunjukkan kesyukuran kite pada nikmat-nikmat yang Allah berikan kat kita. Apa lagi sifat orang munafik, dia riak suke menunjuk-nunjuk. Lagi satu sangat sedikit ingat Allah. Solat tapi dalam kepala dok pikir benda lain, pasal nak mainlah, nak tengok tvlah itulah yang solat tapi tak ingat Allah"

"Mama teringat cerita ustaz (PU Yusof) masa kelas mengenai Hari Akhirat, selepas dihisab, kaum kafir dah tentulah dimasukkan ke neraka. Orang beriman dan kaum munafik akan meniti sirat. Bayangkan berapa ramai yang meniti, di bawahnya api neraka, dan keadaan masa tu sangat gelap😰"

"Masa tulah Allah kurniakan cahaya pada orang-orang beriman, dan kaum munafik merayu-rayu nak sedikit cahaya dari orang beriman. Tapi xdapatlahkan. Ustaz cadangkan baca doa dari surah At Tahrim ayat 8, yang terangkan pasal orang beriman terpancar cahaya dari hadapan dan kanan mereka."

                                Image may contain: text
                                                             Barisan yang terakhir

Moga Allah sempurnakan cahaya buat kita, ibubapa serta zuriat keturunan kita dan tergolong dalam 
golongan orang-orang beriman dan terhindar dari menjadi orang yang munafik. Amiin

Kawan-kawan yang berminat dan mahu push diri untuk mula bersahabat dengan Al Quran, saya 
menjemput semua ke SEMINAR AUDITLIFE INCOME pada 3 Mac 2019 (Ahad) di Kuala Lumpur 
bersama Puan Husna Haron.

Pendaftaran akan ditutup pada 27 Februari 2019 (Rabu).

Daftar seorang rm250.

Daftar bersepuluh rm140.

Tiada bajet mintak Allah Ya Razzak Ya Wahhab Ya Wasi' bantu.

Anak tiada siapa jaga mintak Ya Baari' Ya A'lim uruskan.

Allah Maha Besar semua masalah kita amat mudah bagiNya.
Mintaklah dengan DOA. Allah Ya Sami' Maha Mendengar Allah Ya Mujib Maha Memakbulkan DOA. In shaa Allah.

                         No photo description available.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vitamin C Shaklee

  Vitamin C juga dikenali sebagai Asid Askorbik iaitu Vitamin yang larut air. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri, jadi ki...